Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500378
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ismanizan Ismail, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Jaswar (P44032) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:42:25Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:42:25Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117738 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500378 | - |
dc.description | Padi tradisional Aceh varieti Cantek Lembayung dan Cantek Puteh yang mempunyai ciri-ciri rintang terhadap penyakit karah, hawar daun bakteria dan penyakit merah, rasa yang sedap, beraroma, dan spesifik lokasi adalah satu sumber genetik penting padi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan sifat padi tradisional Aceh ini dari segi tinggi pokok (> 150 cm) dan tempoh matang (> 150 hari). Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan perubahan bagi ciri-ciri tersebut berasaskan mutasi aruhan melalui penyinaran gama. Penyinaran gama dilakukan menggunakan Gammacell Co60. Langkah awal melibatkan ujian dosimetri adalah menentukan LD50 untuk mengetahui dos yang efektif. Hasil ujian mendapati bahawa LD50 optimum yang dianggarkan adalah sangat tinggi. Kedua varieti disinar dengan 10 dos yang berbeza berserta kawalan dan generasi M1 ditanam untuk menjana generasi M2. Generasi M2 ditanam di MARDI, Bumbung Lima dan di STPP, Saree, Aceh untuk pemerhatian dan pemilihan mutan-mutan yang menunjukan perubahan sifat kuantitatif dan kualitatif, terutama yang mempunyai ciri separa kerdil dan tempoh matang awal. Penyinaran gama menunjukkan kesan signifikan pada padi tradisional Aceh dalam menjana mutasi genetik yang dikehendaki dalam generasi M2, iaitu berjaya menghasilkan pokok separa kerdil (54-120 cm) dan pokok tempoh matang awal (111-116 hari) pada kedua-dua varieti tersebut. Kajian mendapati bagi kedua-dua varieti dos 200-300 Gy adalah dos yang efektif untuk menghasilkan mutasi genetik. Pada generasi M2 didapati 111 mutan separa kerdil dengan frekuensi 79.9% dan 56 mutan tempoh matang awal dengan frekuensi 40.3%. Pada generasi M3, 37 mutan separa kerdil dan 19 mutan tempoh matang awal telah dipilih untuk penilaian seterusnya. Daripada jumlah tersebut, hanya satu mutan sahaja yang mempunyai kedua-dua ciri yang dikehendaki, iaitu terhasil dari varieti Cantek Lembayung menggunakan dos 300 Gy. Kajian menunjukkan bahawa pengaruhan mutasi untuk ciri separa kerdil berlaku pada frekuensi yang lebih tinggi berbanding dengan ciri tempoh matang yang terhad. Purata tinggi pokok mutan M3 separa kerdil adalah 119.6 - 127.4 cm berbanding induknya 163.6 - 173.5 cm (iaitu pengurangan 22.1 - 31.1%). Purata tempoh kematangan pokok mutan M3 yang matang awal adalah 145.0 - 150.5 hari berbanding induknya 165.1 - 172 hari (iaitu pengurangan 12.2% - 12.5%). Pada setiap generasi M2 dan M3, ciri ketinggian pokok mutan adalah lebih rendah berbanding induknya secara signifikan (p <0.05), tetapi tidak signifikan untuk ciri tempoh matang. Kaedah bioteknologi melalui penanda molekul sd-1 telah dijalankan ke atas semua mutan M3 dan didapati beberapa jalur DNA separa kerdil bersaiz lebih kurang 283 bp. Mutasi aruhan jelas berjaya menghasilkan sumber ciri yang diperlukan melalui mutan yang terhasil. Mutan-mutan ini seharusnya boleh dimanfaatkan untuk kedua-dua padi tradisional Aceh melalui usaha pembiakbakaan seterusnya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Rice -- Indonesia -- Aceh | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembiakbakaan varieti padi tradisional Aceh secara mutasi aruhan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 179 | - |
dc.identifier.callno | SB191.R5J367 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004514(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117738+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 905.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.