Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500370
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslan Abd Shukor, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorNurul Raihan Mohd Suib (P83866 )-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:42:17Z-
dc.date.available2023-10-13T09:42:17Z-
dc.date.issued2019-02-10-
dc.identifier.otherukmvital:117651-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500370-
dc.descriptionKedudukan bersama magnetisme dan superkonduktor adalah satu topik yang menarik kerana sifat eksklusif fenomena ini. Fenomena ini menghasilkan ketumpatan arus genting angkutan (Jct) yang tinggi. Namun begitu, Jct yang terhasil tidak berkekalan apabila aliran arus yang tinggi di dalam sampel mengakibatkan vorteks bergerak dan terjadilah rayapan fluks di dalam superkonduktor. Rayapan fluks ini dapat dihentikan dengan memperkenalkan pusat pengepinan fluks tiruan pada sampel superkonduktor. Maka, kesan terhadap peningkatan ketumpatan arus genting ini dikaji khususnya terhadap Bi1.6Pb0.4Sr2Ca2Cu3O10 (Bi-2223) dengan penambahan bahan nanozarah Ni0.5Zn0.5Fe2O4 (NZFO), Bi2O3 dan BiFeO3 (BFO) yang berperanan sebagai pusat pengepinan fluks. Teknik sepemendapan (COP) digunakan untuk penghasilan serbuk superkonduktor, Bi-2223. Oleh itu, penambahan NZFO pada julat x= 0-0.10 %bt. manakala Bi2O3 dan BFO pada julat x= 0-0.20 %bt. dilakukan terhadap Bi-2223. Jct pada sampel Bi-2223 tanpa penambahan yang disinter pada 48 jam adalah lebih baik daripada 24 jam. Oleh itu, tempoh masa persinteran 48 jam dipilih untuk sampel Bi-2223 dengan penambahan NZFO, Bi2O3 dan BFO. Pembelauan sinar-X (XRD) dilakukan bagi membuktikan kewujudan fasa Bi-2223. Fasa Bi-2223 adalah fasa dominan dengan peratus pecahan isipadu fasa lebih daripada 80% dalam semua sampel. Walau bagaimanapun, kewujudan puncak nanozarah NZFO, Bi2O3 dan BFO tidak dikesan dalam keputusan analisis pembelauan sinar-X. Struktur hablur bagi semua sampel adalah berstruktur ortorombik. Manakala, pencirian menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) digunakan bagi melihat perubahan mikrostruktur sampel superkonduktor Bi-2223 dengan penambahan nanozarah NZFO, Bi2O3 dan BFO. Suhu genting, Tc diukur dengan menggunakan kaedah penduga empat titik dan kerentanan AU. Hasil pengukuran mendapati suhu genting mula, Tc mula berada di antara 108 K - 117 K, manakala suhu genting sifar, Tc sifar adalah pada 103 K-111 K. Dalam kajian ini sampel Bi-2223 dengan penambahan nanosaiz Bi2O3 berbentuk oblik pada x= 0.02 %bt menunjukkan Tc sifar tertinggi (111 K) berbanding dengan sampel tanpa penambahan (Tc sifar =105 K). Hasil pengukuran kerentanan AU mendapati Tc-χ tertinggi adalah pada sampel Bi-2223 dengan penambahan 0.02 %bt. nanosaiz Bi2O3 berbentuk oblik. Tc sifar menggunakan penduga empat titik memberikan hasil yang sama dengan Tc-χ yang diukur menggunakan kerentanan AU. Kaedah penduga empat titik bersama dengan kriteria 1 μVcm-1 juga digunakan bagi mengukur Jct. Nilai Jct tertinggi adalah 21.9 Acm-2 pada 40 K bagi sampel Bi-2223 dengan penambahan BFO (x= 0.04 %bt.). Peningkatan Jct ini adalah 12 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan sampel tanpa penambahan. Pengukuran kerentanan AU, Jc(Tp) tertinggi adalah 25 Acm-2 iaitu pada Tp (81 K) bagi sampel dengan penambahan NZFO (x= 0.08 % bt) untuk masa persinteran 48 jam. Kajian ini menunjukkan Bi-2223 dengan penambahan NZFO, Bi2O3 dan BFO meningkatkan Jct, Jc(Tp) dan Tc-sifar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSuperconductivity-
dc.subjectMagnetism-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKetumpatan arus genting angkutan dan kerentanan arus ulang alik superkonduktor Bi1.6Pb0.4Sr2Ca2Cu3O10 dengan penambahan nanozarah Ni0.5Zn0.5Fe2O4, Bi2O3 dan BiFeO3-
dc.typeTheses-
dc.format.pages156-
dc.identifier.callnoQC611.92.N837 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004504(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117651+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
913.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.