Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500361
Title: Penghasilan 5-hidroksimetilfurfural daripada teras batang kelapa sawit melalui sintesis Maillard dan kesan antioksidannya
Authors: Marhaini Mostapha (P83421)
Supervisor: Sharifah Nabihah Syed Jaafar, Dr.
Keywords: Palm products
Palm oil industry -- By-products
Ruminants -- Feeding and feeds
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Sep-2019
Description: 5-hidroksimetilfurfural (5-HMF) merupakan sebatian yang kian mendapat perhatian ekoran potensi farmakologinya. Walau bagaimanapun, tindak balas penghasilan 5-HMF kebiasaannya memerlukan masa sintesis yang lama, kos yang tinggi dan bersifat toksik kerana ia melibatkan penggunaan mangkin logam atau asid. Oleh itu dalam kajian ini, sintesis Maillard (MR) terhadap sumber gula daripada teras batang kelapa sawit (TBKS) dengan sistem pemanasan gelombang mikro diketengahkan bagi penghasilan 5-HMF. Kepekatan gula (sumber karbon) dan protein (mangkin semulajadi) daripada TBKS dipertingkatkan dengan memberi pra-rawatan perlakuan simpanan. Kesan parameter penyimpanan seperti tempoh, bentuk dan suhu terhadap kandungan metabolit TBKS dianalisa menggunakan analisis multivariat (MVA) dan gas kromatografi-spektrometri jisim (GC-MS). Hasil analisis GC-MS menunjukkan peningkatan ketara gula (P<0.001) fruktosa, glukosa dan galaktosa berlaku pada TBKS yang diberi perlakuan simpanan dalam bentuk mentah selama satu bulan pada suhu 10 °C. Selanjutnya, profil protein TBKS yang disimpan dalam tempoh yang berbeza dikaji. Analisis cecair nano spektrometri jisim seiring (nanoLC-MS/MS) menunjukkan sebanyak 13 protein yang dikenal pasti telah berubah secara signifikan yang terlibat dengan tindak balas terhadap tekanan, pertahanan, perintang penyakit dan proses pengekspresan gen atau protein. Seterusnya, TBKS yang menunjukkan peningkatan kandungan gula yang tinggi dipilih dalam penghasilan 5-HMF. MR dijalankan menggunakan pemanasan gelombang mikro pada masa dan suhu sintesis berbeza diikuti dengan pengasingan 5-HMF dengan teknik penulenan cecair-cecair. Hasil analisis cecair kromatografi berprestasi tinggi (HPLC) menunjukkan kepekatan 5-HMF yang tertinggi iaitu 686 mg mL-1 diperoleh pada suhu tindak balas 200 °C selama 600 s. Kebolehan 5-HMF tulen dengan parameter sintesis MR yang berbeza dalam mengaruh aktiviti antioksidan seterusnya dikaji. Aktiviti penangkapan radikal DPPH menunjukkan kepekatan perencatan 50% adalah antara 64.69 hingga 174.59 mg mL-1 dan jumlah kandungan fenolik (TPC) sekitar 5 hingga 60 mg per 100 g persamaan asid galik (GAE). Kuasa penurunan antioksidan ferik (FRAP) menunjukkan nilai daripada 3.73 hingga 108.30 μmol FeSO4.7H2O per mg dan peratusan penangkapan radikal •OH sekitar 68 hingga 81%. Tiada kesan toksik yang ketara pada perkembangan embrio ikan zebra yang diaruh oleh 5-HMF diperhatikan. Kajian ini merupakan laporan pertama yang telah meneroka penghasilan 5-HMF dengan potensi anti-oksidan daripada TBKS melalui sintesis MR yang disokong oleh platform metabolom dan proteom. Sintesis MR ini telah berjaya menghasilkan 5-HMF yang tinggi dalam masa sintesis yang singkat, kos yang rendah di mana penggunaan sisa biojisim sebagai sumber karbon, tanpa penggunaan mangkin serta tidak mengaruh kesan toksik. Hasil kajian ini diharap akan menjadi asas kepada penambahbaikan bagi proses penghasilan 5-HMF secara hijau agar potensi aktiviti biologi 5-HMF ini boleh diketengahkan serta digunapakai dalam bidang sains bioperubatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 158
Call Number: SB299.P3M337 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117641+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.