Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500345
Title: Aktiviti ekstrak etanol dan fraksi aktif daripada labisia pumila (kacip Fatimah) terhadap sel melanoma HM3KO dan model karsinogenesis kulit mencit
Authors: Fezah Othman (P34436)
Supervisor: Nazlina Ibrahim, Prof. Madya Dr
Keywords: Antineoplastic agents
Cancer Chemotherapy
Issue Date: 13-Jul-2012
Description: Kajian ini adalah untuk menentukan potensi antikanser oleh ekstrak etanol dan fraksi aktif daripada Labisia pumila secara in vitro dan in vivo. Penyaringan awal menunjukkan ekstrak etanol L. pumila lebih sitotoksik berbanding ekstrak akues dan heksana. Sebanyak sembilan fraksi dapat diasingkan daripada ekstrak etanol dan hanya dua fraksi iaitu F2 dan F3 didapati paling aktif. Memandangkan hasil F3 adalah 7.4 kali ganda lebih banyak dari F2, maka F3 dipilih untuk pemisahan seterusnya. Pemisahan F3 menghasilkan lima subfraksi utama, di mana subfraksi kedua (SF2Lp) didapati lebih sitotoksik terhadap sel melanoma HM3KO dan bersifat sitoselektif terhadap sel-sel bukan kanser yang terpilih. Seterusnya, hasil daripada analisis HPLC menunjukkan fraksi aktif SF2Lp berkemungkinan mengandungi sebatian mirip Quercetin. Kajian in vitro yang menggunakan sel melanoma HM3KO sebagai model seterusnya menunjukkan SF2Lp mampu merencat proliferasi sel melanoma HM3KO melalui penahanan kitar sel pada fasa G1 dan mengaruh apoptosis sebagai mod utama kematian sel dan pada kepekatan 15 μg/ml, aktiviti antiproliferasi SF2Lp didapati setara dengan drug antineoplastik Dacarbazine. Hasil pemedapan Western seterusnya menunjukkan, untuk mengaruh apoptosis sel melanoma HM3KO, fraksi aktif SF2Lp bertindak meningkatkan aras pengekspresan protein pro-apoptotik Bax dan perencat tumor p53, menurunkan aras pengekspresan protein anti-apoptotik Bcl-2 dan mengaktifkan kaspase-9 dan -7 tanpa mempengaruhi aras pengekspresan kaspase-8. Ekstrak dan fraksi aktif SF2LP daripada L. pumila seterusnya dikaji dalam model karsinogenesis kulit mencit dua tahap. Keputusan dari kajian menunjukkan ekstrak etanol dan fraksi aktif SF2Lp mampu merencat pertumbuhan tumor kulit mencit aruhan DMBA-MK secara bersandaran dos. Ini disahkan dengan pemanjangan tempoh pendaman tumor, pengurangan insiden tumor, beban tumor dan isipadu tumor dalam mencit yang dirawat dengan L. pumila berbanding kumpulan kawalan karsinogen. Indeks Mitosis yang diperoleh seterusnya menunjukkan fraksi aktif SF2Lp mampu merencat proliferasi sel tumor, manakala Indeks Apoptosis menunjukkan fraksi aktif SF2Lp mampu meningkatkan apoptosis sel tumor. Pada dos 200 μg/kg, SF2Lp didapati sekeupayaan dengan agen antitumor kurkumin dalam merencat pertumbuhan dan perebakan tumor kulit mencit aruhan DMBA-MK. Hasil kajian in vivo selanjutnya menunjukkan, fraksi aktif SF2Lp bertindak meningkatkan aras pengekspresan protein Bax dan p53, menurunkan aras protein anti apoptotik Bcl-2 dan mengaktifkan kaspase-9, tanpa mempengaruhi kaspase-8 dan -7 dalam mengaruh apoptosis sel-sel tumor kulit mencit aruhan DMBA-MK. Kesimpulannya, ekstrak etanol dan fraksi aktif daripada tumbuhan Labisia pumila dengan aktiviti antikanser telah berjaya dipencilkan. Fraksi aktif SF2Lp adalah berkeupayaan sebagai agen antikanser untuk sel-sel melanoma HM3KO in vitro dan sel-sel tumor dalam model karsinogenesis aruhan DMBA-MK in vivo. Hipotesis mekanisme tindakan antikanser oleh fraksi aktif SF2Lp adalah seperti dicadangkan.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar,Doktor Falsafah
Pages: 234
Call Number: RS431.A64F449 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117471+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.