Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500342
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslinda Mohd Nazar, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorFadzilah Md Ali (P40972)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:51Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:51Z-
dc.date.issued2012-02-02
dc.identifier.otherukmvital:117469
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500342-
dc.descriptionDalam tesis ini, dipertimbangkan beberapa masalah aliran lapisan sempadan olakan mantap dan tak mantap terhadap permukaan meregang dan mengecut bagi bendalir likat dan tak mampat. Terdapat lima masalah yang dipertimbangkan, iaitu (i) aliran olakan campuran magnetohidrodinamik (MHD) dengan kesan arus Hall; (ii) aliran MHD dan pemindahan haba dengan medan magnet teraruh; (iii) aliran olakan campuran MHD dengan medan magnet luaran; (iv) aliran tak mantap tiga-matra dan pemindahan haba; dan (v) aliran olakan tak mantap terhadap permukaan mengecut di dalam bendalir berputar. Masalah (i) hingga (iv) melibatkan permukaan meregang. Kesemua masalah yang dipertimbangkan di dalam tesis ini menggunakan penjelmaan keserupaan supaya persamaan menakluk asas dapat diturunkan kepada persamaan berbentuk parabolik, iaitu persamaan pembezaan biasa tak linear (atau persamaan pembezaan separa tak linear). Persamaan ini seterusnya diselesaikan secara berangka menggunakan skema beza terhingga tersirat yang dinamai kaedah kotak Keller. Kod atur cara penuh kaedah ini dibina menggunakan perisian MATLAB. Keputusan berangka berserta rajah bagi pekali geseran kulit setempat dan nombor Nusselt setempat, serta profil seperti profil halaju dan profil suhu diperoleh dan dibincangkan bagi beberapa nilai parameter tanpa matra mengikut masalah yang dipertimbangkan. Parameter yang terlibat adalah parameter Hall, parameter magnet, parameter keapungan, parameter ketakmantapan, nombor Prandtl, nombor salingan magnet Prandtl, nombor Hartmann, parameter putaran dan parameter sedutan. Selain daripada menyelesaikan masalah aliran lapisan sempadan mantap, kaedah kotak Keller juga didapati boleh menyelesaikan masalah aliran tak mantap dengan persamaan menakluknya terturun kepada persamaan pembezaan separa tak linear. Kesan arus Hall ke atas profil suhu adalah kecil, manakala kesan medan magnet dan arus Hall didapati berbeza ke atas tegasan ricih dan pemindahan haba pada permukaan meregang. Di samping itu, penyelesaian dual diperoleh bagi aliran menentang olakan campuran dengan kesan medan magnet luaran. Seterusnya, nombor Hartmann didapati melambatkan proses pemisahan lapisan sempadan. Selain itu, kesan medan magnet teraruh pula menjadi kurang penting terutamanya untuk nilai nombor Prandtl yang besar bagi aliran lapisan sempadan MHD terhadap permukaan meregang. Akhirnya, bagi aliran lapisan olakan tak mantap, didapati bahawa terdapat alihan licin daripada aliran awal tak mantap kepada aliran akhir mantap bagi permukaan meregang.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar,Doktor Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectBoundary layer
dc.subjectBoundary layer control
dc.subjectFluid dynamics
dc.titleBeberapa masalah aliran lapisan sempadan olakan mantap dan tak mantap terhadap permukaan meregang dan mengecut
dc.typeTheses
dc.format.pages212
dc.identifier.callnoQA913.F336 2012 tesis
dc.identifier.barcode002584 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117469+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.