Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500341
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaja Maideen Kadeer Maideen, Dr.-
dc.contributor.authorFarah Fawza Md Ariff (P45043)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:49Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:49Z-
dc.date.issued2012-09-13-
dc.identifier.otherukmvital:117464-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500341-
dc.descriptionLabisia pumila (Bl.) F. Vill, yang dikenali sebagai Kacip Fatimah daripada famili Myrsinaceae merupakan satu spesies herba yang popular digunakan di Malaysia. Bahagian daun atau keseluruhan pokok digunakan secara tradisional untuk merawat masalah dalaman dan kesihatan wanita. Kebanyakan sumber bahan mentah yang digunakan untuk pembuatan produk herba di pasaran adalah diambil dari hutan atau secara liar tanpa diketahui akan kualiti baka sesuatu spesies tersebut. Keadaan ini secara langsung akan menjejaskan kualiti dan mutu produk yang dijual. Oleh itu objektif kajian ini dijalankan adalah bagi menentukan jumlah kandungan kimia fenolik yang ada di dalam dua varieti spesies L. pumila (L. pumila var. pumila dan L. pumila var. alata) dan seterusnya melakukan pemilihan baka berhasil tinggi fenolik yang boleh digunakan di dalam program pembiakbakaan bagi spesies ini pada masa hadapan. Kandungan kimia fenolik adalah berkait rapat dengan fungsinya sebagai agen antioksida. Selain itu, teknologi penanda genetik Polimorfisma Kepanjangan Serpihan Teramplifikasi (AFLP) juga digunakan bagi mengkaji hubungan genetik di antara aksesi-aksesi yang telah terpilih. Persampelan sebanyak 300 aksesi daripada kedua-dua varieti telah diambil secara rawak dari sepuluh hutan simpan bagi setiap varieti yang meliputi tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sebanyak 50 gram daun diambil daripada setiap pokok dan diekstrak menggunakan kaedah pelarut etanol. Semua hasil ekstrak kemudian disaring melalui kaedah Folin-Ciocalteu bagi menentukan jumlah kandungan fenolik dengan tiga replikasi bagi setiap sampel. Jumlah kandungan fenolik yang diperoleh dibaca dalam unit kesamaan asid gallik mg/50 g. Hasil analisis menunjukkan min jumlah kandungan fenolik yang diperolehi bagi dua varieti yang dikaji iaitu L. pumila var. pumila dan L. pumila var. alata masing-masing memberikan julat di antara 1720.77 dan 2927.79 mg/50 g, dan antara 633.65 dan 2792.57 mg/50 g. Ujian Duncan menunjukkan terdapatnya perbezaan bererti pada p < 0.05 bagi min jumlah kandungan fenolik kedua-dua varieti di mana L. pumila var. pumila memberikan min yang lebih tinggi iaitu 2523.54 ± 25.81 mg/50 g berbanding L. pumila var. alata dengan min 1759.76 ± 66.76 mg/50 g. Daripada sejumlah 300 aksesi yang disaring, sebanyak 63 aksesi daripada L. pumila var. pumila dan 56 aksesi daripada L. pumila var. alata telah dipilih sebagai aksesi berhasil tinggi dengan masing-masing menghasilkan jumlah kandungan fenolik di antara 2677.79 ± 1.50 dan 2927.79 ± 3.32 mg/50 g, dan antara 2596.91 ± 1.82 dan 2792.57 ± 1.90 mg/50 g. Kesemua 119 aksesi-aksesi yang terpilih ini adalah berpotensi untuk dijadikan baka bagi penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi pada masa akan datang. Analisis AFLP dijalankan bagi mengkaji hubungan genetik di antara kesemua 119 aksesi yang terpilih. Sebanyak tiga kombinasi pencetus MSeI dan EcoRI telah digunakan di dalam analisis ini iaitu EACG/MCAC, EACG/MCAG dan EAGC/MCAC. Keputusan amplifikasi menghasilkan sejumlah 170 jalur dengan 100% bersifat polimorfik. Kombinasi pencetus (primer) masing-masing menghasilkan 30, 16 dan 124 jalur. Nilai identiti genetik dan analisis kluster dilakukan menggunakan program NTSys Versi 2.1. Didapati hubungan genetik di dalam L. pumila var. pumila dan L. pumila var. alata adalah jauh dengan masing-masing memberikan nilai similariti genetik J=0.300 dan J=0.298. Tiada hubungan genetik yang rapat juga diperolehi di antara kedua-dua varieti dengan J= 0.260. Dendogram yang dihasilkan menggunakan kaedah UPGMA menunjukkan kedua-dua varieti berada dalam kelompok yang berbeza. Hasil penting daripada kajian ini ialah pengenalpastian 119 aksesi L. pumila daripada dua varieti yang menghasilkan jumlah kandungan fenolik yang tinggi, sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti pembiakbakaan yang selanjutnya.,Tesis ini tiada perakuan deklarasi pelajar,Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMyrsinaceae-
dc.subjectgenetics-
dc.subjectAlternative medicine-
dc.subjectPlant population genetics-
dc.titlePenilaian kandungan fenolik dan hubungan genetik bagi dua varieti kacip fatimah (Labisia pumila var. pumila dan labisia pumila var. alata)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages228-
dc.identifier.callnoQK495.M87F346 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002589 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117464+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.