Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500338
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haji Wan Mohtar Wan Yusof , Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Ghazali Husin (P29108) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:41:46Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:41:46Z | - |
dc.date.issued | 2012-12-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117406 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500338 | - |
dc.description | Sejumlah 97 pencilan bakteria asid laktik (LAB) telah berjaya dipencilkan daripada silaj sekoi, (14) jagung (27), pelepah kelapa sawit (PKS) (26) dan padi (30). Selepas satu siri saringan, sebanyak empat pencilan bakteria asid laktik iaitu OPF40 (Lactobacillus plantarum), S6 (Lactobacillus brevis), P5 (Lactobacilllus plantarum), JWB6 (Lactobacillus fermentum) masing-masing daripada silaj PKS, sekoi, padi dan jagung telah berjaya dipilih dan dibuat pengecaman. Beberapa kajian telah dilaksana untuk mengkaji kesan pencilan LAB, campuran LAB, urea (0.5%), gula molas (5%) (LAB+UM) ke atas substrat asal dari sudut ciri fermentasi, kestabilan aerobik, nilai pemakanan dan penghasilan tenaga metabolisme. Kajian kesan kemampatan terhadap ciri fermentasi silaj juga telah dijalankan. Sebanyak dua inokulum komersial iaitu Si-Lac Grevillia Extra dan Chikuso masing-masing bagi silaj sekoi dan silaj padi telah digunakan sebagai perlakuan perbandingan. Kaedah baru yang diperkenalkan bagi pengukuran pengeluaran gas daripada fermentasi silaj dalam bag plastik dengan kaedah penggantian air adalah satu kaedah yang praktikal, mudah dan murah. Teknik ini juga dapat menentukan jenis bakteria yang berperanan dalam fermentasi silaj. Perlakuan LAB dan LAB+UM telah meningkatkan kadar fermentasi silaj dengan meningkatkan kepekatan asid laktik dan menurunkan pH dengan bermakna berbanding dengan perlakuan kawalan. Di samping itu perlakuan LAB+UM juga telah mengurangkan kandungan asid asetik silaj. Keadaan ini berlaku pada semua jenis silaj. Perlakuan LAB S6 dan JWB6 menghasilkan jumlah asid asetik yang tinggi (2.12% dan 2.15%) berbanding dengan perlakuan LAB OPF 40 dan P5 (0.88% dan 1.32%) . Kestabilan aerobik paling tinggi ditunjukkan pada silaj sekoi yang dirawat dengan S6 (297 jam selepas didedahkan kepada udara) diikuti oleh silaj jagung yang dirawat oleh pencilan JWB6 (264 jam), silaj PKS yang dirawat dengan OPF40 (31 jam) dan silaj padi yang dirawat dengan P5 (24 jam). Perlakuan LAB+UM telah menunjukkan tempoh kestabilan aerobik paling rendah bagi silaj PKS, jagung dan pokok padi. Kandungan bahan kering dan protein kasar perlakuan LAB+UM meningkat pada semua jenis silaj. Perlakuan LAB telah mengurangkan penurunan kandungan bahan kering berbanding dengan penurunan nilai bahan kering perlakuan kawalan. Nilai serabut kasar perlakuan LAB+UM silaj PKS, jagung dan sekoi telah meningkat dengan bermakna. Manakala kandungan serabut detergen asid perlakuan LAB dan LAB+UM bagi silaj PKS dan pokok padi telah berkurangan dengan bermakna. Tindak balas yang sama berlaku pada silaj jagung bagi perlakuan LAB+UM. Perlakuan LAB+UM telah meningkatkan kandungan tenaga metabolisme yang ditentukan secara pengeluaran gas bagi semua jenis silaj kecuali silaj jagung. Perlakuan LAB telah meningkatkan kandungan tenaga metabolisme pada silaj pokok padi tetapi tidak memberi kesan kepada silaj jagung, PKS dan sekoi. Silaj yang dimampatkan telah memberi kesan positif kepada mutu silaj. Kemampatan telah meningkatkan pengeluaran asid laktik dan menurunkan nilai pH. Kandungan asid organik seperti asid asetik, asid propionik dan asid butirik juga berkurangan bila kadar mampatan bertambah pada silaj PKS. jagung, sekoi dan padi. Kesimpulannya, penggunaan bakteria asid laktik dalam silaj telah meningkatkan mutu silaj.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sorghum-Silage | |
dc.subject | Agricultural wastes | |
dc.subject | Organic wastes | |
dc.title | Penghasilan silaj bahan sisa pertanian dan sekoi menggunakan bakteria asid laktik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 220 | |
dc.identifier.callno | SF99.A37G483 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002569 (2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117406+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.