Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500330
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZainol Mustafa, Dr.-
dc.contributor.authorMohd Rashid Ab Hamid (P47327)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:39Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:39Z-
dc.date.issued2012-07-09-
dc.identifier.otherukmvital:115192-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500330-
dc.descriptionKaedah pengukuran prestasi organisasi telah mengalami perubahan daripada mengukur perkara zahir sahaja kepada mengukur perkara tidak zahir. Perkara zahir ini antaranya meliputi faktor kewangan seperti pulangan modal, aliran tunai dan keuntungan, manakala, perkara tidak zahir adalah yang berkaitan dengan faktor bukan kewangan seperti nilai-nilai teras organisasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguji Model Kecemerlangan Prestasi yang terdiri daripada enam kriteria pencapaian bersandarkan nilai teras iaitu kepimpinan, budaya, fokus produktiviti, fokus pekerja, fokus pemegang taruh dan prestasi keseluruhan. Setiap daripada enam kriteria ini diukur menggunakan enam penunjuk prestasi nilai teras. Sebanyak 12 hipotesis telah diutarakan untuk menguji perkaitan antara enam kriteria kecemerlangan dalam model tersebut. Pemodelan Persamaan Struktur (PPS) dengan perisian AMOS versi 18.0 menggunakan penganggaran Kebolehjadian Maksimum (KM) dan perisian SmartPLS menggunakan penganggaran Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) digunakan untuk analisis pemodelan. Soal selidik telah dibangun dan diedarkan kepada responden menggunakan teknik pensampelan kelompok dan berstrata terhadap dua kluster Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu kluster Universiti Penyelidikan (RU) yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kluster Universiti Berfokus (FU) iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sebanyak 537 soal selidik yang lengkap dipertimbangkan untuk analisis dan keputusan PPS menggunakan penganggaran KM mendapati bahawa statistik padanan Model Kecemerlangan IPT berasaskan Nilai Teras dapat diterima. Dapatan kajian menjelaskan bahawa nilai kepimpinan memberikan kesan yang signifikan kepada (1) nilai budaya universiti, (2) nilai pekerja, dan (3) nilai pemegang taruh. Begitu juga, nilai budaya mempengaruhi secara signifikan (1) nilai produktiviti dan (2) nilai pekerja. Selanjutnya, nilai pekerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai produktiviti dan nilai pemegang taruh. Tambahan itu, nilai produktiviti dan nilai pemegang taruh juga memberi kesan langsung yang signifikan kepada prestasi universiti. Namun begitu, keputusan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan bersebab yang signifikan antara nilai kepimpinan kepada nilai produktiviti, dan nilai budaya kepada nilai pemegang taruh dalam persekitaran universiti. Juga, hubungan bersebab antara nilai pekerja dengan prestasi universiti turut tidak signifikan. Kemudian, keputusan pemodelan menggunakan penganggaran KM diuji dengan penganggaran KDTS dengan mengambil kira semua set data termasuk pencilan. Keputusan tersebut melengkapi pemodelan dengan penganggaran KM terhadap model hipotesis yang diuji. Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa perkaitanperkaitan yang signifikan secara statistik dan penting secara praktikal diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan demi meningkatkan prestasi universiti melalui penunjuk-penunjuk nilai teras.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPerformance -- Measurement-
dc.subjectValues-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleModel kecemerlangan prestasi IPT berasaskan nilai teras: pendekatan pemodelan persamaan struktur (PPS)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages301-
dc.identifier.callnoHF5549.5.P35M637 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002537(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115192+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.