Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500311
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFredolin Tangang, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Fairudz Jamaluddin (P70786)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:21Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:21Z-
dc.date.issued2018-09-18-
dc.identifier.otherukmvital:114460-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500311-
dc.descriptionKitaran hujan diurnal merupakan komponen asas mencorakkan keragaman iklim. Kitaran hujan diurnal di Semenanjung Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai skala masa dan reruang peredaran atmosfera termasuk bayu laut dan bayu darat, monsun dan ayunan Madden-Julian (MJO), namun kajian tentangnya amat terhad. Kajian ini mengkaji mekanisma hujan diurnal di Semenanjung Malaysia berdasarkan analisis data cerapan dan pemodelan. Berdasarkan keunikan kitaran hujan diurnal, Semenanjung Malaysia boleh dikategorikan kepada empat sub-rantauan iaitu pantai barat (PB), kaki bukit Banjaran Titiwangsa (KBT), lembah-pedalaman (LP) dan pantai timur (PT). Kajian mekanisma fizikal dan termodinamik keragaman hujan diurnal berdasarkan simulasi model iklim rantauan bukan-hidrostatik (NHRCM) yang beresolusi 5 km, bagi tempoh tahun 1990 hingga 2009. Semasa musim peralihan monsun, kelembapan atmosfera tempatan memainkan peranan utama memodulasi keadaan hujan petang yang maksimum di sub-rantauan KBT. Sebaliknya, semasa monsun timur laut, pemanasan dan penyejukan radiasi di puncak awan mempengaruhi kestabilan atmosfera menyebabkan aktiviti hujan adalah mengurang pada waktu siang dan meningkat pada waktu malam. Selain itu, pada waktu petang semasa monsun timur laut, pertindihan bayu laut dan angin monsun timur laut menyebabkan zon perolakan mengunjur dari pantai ke sub-rantauan LP. Perbandingan prestasi antara NHRCM dan model-model iklim rantauan hidrostatik dari projek Southeast Asia Regional Climate Downscaling / Coordinated Regional Climate Downscaling Experiment (SEACLID/CORDEX) Asia Tenggara memperihalkan keupayaan NHRCM yang lebih baik didalam mensimulasi jumlah, kekerapan dan intensiti hujan diurnal. Kegagalan model peredaran am (GCM) Institute Pierre Simon Laplace (IPSL) mensimulasi kejadian hujan petang maksimum menggambarkan keperluan saringan terhadap model-model CMIP5 dilakukan terlebih dahulu sebelum model-model ini dapat digunakan sebagai unjuran perubahan iklim masa depan. Impak MJO terhadap keragaman hujan diurnal di Semenanjung Malaysia dianalisa mengikut fasa-fasa MJO berdasarkan indeks Realtime Multivariate MJO (RMM) bagi tahun 1980 sehingga 2013. Kemendungan awan yang kurang pada pagi semasa fasa awal MJO menguatkan bayu laut tempatan, mengangkut lebih lembapan dan pertambahan jumlah hujan petang di pantai barat semenanjung. Sebaliknya, arah bertentangan antara bayu laut dan angin monsun barat daya menyebabkan bayu laut menjadi cetek, menghalang kelembapan dan mengurangkan jumlah hujan petang di pantai timur semenanjung. Perbandingan mekanisma keragaman hujan diurnal semasa fasa lembap dan fasa kering MJO pula memperlihatkan ketinggian dan hembusan bayu laut yang lebih kuat (pada ketinggian kurang 1200 m), menyebabkan penumpuan kelembapan dan ricih angin menegak meningkat semasa fasa lembap berbanding fasa kering MJO di Semenanjung Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRain and rainfall -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleMekanisma keragaman hujan diurnal di Semenanjung Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages215-
dc.identifier.callnoQC925.5.M4A376 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004368(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114460+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.