Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500295
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Marzuki Sidik, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Roslina Mat Yazid (P60757) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:41:07Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:41:07Z | - |
dc.date.issued | 2018-05-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114442 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500295 | - |
dc.description | Industri petroleum merupakan salah satu daripada industri utama dunia yang menyumbang kepada aktiviti sosio-ekonomi Malaysia. Namun demikian, pembangunan industri petroleum juga menyebabkan penghasilan enapcemar dalam kuantiti yang besar dan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Enapcemar petroleum mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada organisma hidup dan juga mengurangkan kesuburan tanah. Walau bagaimanapun, di beberapa kawasan yang tercemar, Cayratia trifolia boleh bermandiri dengan subur. Oleh itu, kajian pada peringkat molekul yang melibatkan pemencilan dan pencirian gen gerak balas tekanan dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kemandirian C. trifolia di kawasan penapisan petroleum, PETRONAS Penapisan Melaka Sdn Bhd (PPMSB). Kajian peringkat awal menggunakan kaedah pengkespresan pembezaan cDNA telah berjaya mengenalpasti 23 serpihan cDNA yang diekspreskan secara berbeza dalam C. trifolia dari enapcemar berbanding C. trifolia kawalan yang hidup di atas tanah tanpa pencemaran. Sebanyak 18 serpihan cDNA adalah dikawalatur naik dan lima serpihan adalah dikawalatur turun. Kesemua 23 serpihan bersaiz antara 200-900 pb yang terhasil daripada pameran pembezaan telah dijujukkan dan dianalisis. Satu jujukan cDNA separa (244 pb) yang diwakili oleh serpihan DEG7 mempunyai persamaan yang tinggi kepada translokon yang merupakan salah satu gen gerak balas tekanan. Oleh itu, DEG7 dipilih untuk mendapatkan jujukan lengkap cDNA gerak balas tekanan menggunakan kombinasi kaedah tindak balas berantai polimerase-amplifikasi pantas hujung cDNA (RACE-PCR) dan PCR degenerat. Satu serpihan bersaiz 1371 pb yang dinamakan sebagai cDNA CtSRG1 telah dipencilkan. Walau bagaimanapun, sebahagian kecil jujukan hujung 5' tidak berjaya dilengkapkan. Analisis BlastN dan BlastX menunjukkan gen CtSRG1 mempunyai persamaan yang tinggi kepada tanslokon. Protein CtSRG1 menunjukkan kehadiran dua domain pengikat-ligan iaitu Rieske dan START/RHO_alpha_C/PITP/Bet_v1/CoxG/CalC (SRPBCC), yang berperanan dalam mengawal tekanan biotik dan abiotik. Pokok C. trifolia yang diberi perlakuan plumbum (Pb), natrium klorida (NaCl), diesel dan pelukaan menunjukkan kadar fotosintesis, transpirasi, aliran stomata dan kandungan klorofil berkurang berbanding C. trifolia kawalan. Analisis pengekspresan gen melalui kaedah tindak balas berantai polimerase masa sebenar (qRT-PCR) seterusnya menunjukkan pengekspresan gen CtSRG1 dikawalatur naik apabila C. trifolia diberi perlakuan Pb, NaCl dan diesel, manakala pengekspresan gen CtSRG1 ini dikawalatur turun apabila C. trifolia diberi perlakuan pelukaan. Walau bagaimanapun, pada kepekatan fitotoksik iaitu 600 mg/kg bagi Pb, 300 mM bagi NaCl serta 40 g/kg dan 70 g/kg bagi diesel, gen CtSRG1 juga dikawalatur turun. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan bahawa gen CtSRG1 adalah gen novel yang terlibat dalam toleransi tekanan Pb, NaCl, diesel dan pelukaan dalam pokok C. trifolia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Biotic communities | - |
dc.subject | Petroleum -- Refining | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemencilan dan pencirian gen gerak balas tekanan daripada Cayratia trifolia yang diberi perlakuan tekanan abiotik | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 179 | - |
dc.identifier.callno | QH541.R637 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004357(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114442+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 656.71 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.