Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500292
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Nizam Mohd. Said, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNik Norafida Nek Ali @ Nik Ali (P48208)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:03Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:03Z-
dc.date.issued2018-01-15-
dc.identifier.otherukmvital:114437-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500292-
dc.descriptionHutan Kapur di Semenanjung Malaysia terletak di lokasi yang terhad yang biasanya adalah jenis hutan dipterokarpa tanah rendah. Dirian pokok Kapur sering dilihat berkelompok di kanopi utama dan mendominasi kawasan hutan yang luas, menjadikan ia sebagai hutan monodominan. Namun begitu, aktiviti pembalakan dan gangguan yang berlaku di kawasan hutan dominan tunggal yang memperlihatkan taburan pokok dominan secara berkelompok telah mengakibatkan pembentukan luang yang besar yang seterusnya akan menjejaskan kualiti hutan ini. Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan ciri-ciri ekologi dirian hutan yang didominasi oleh pokok Kapur serta melihat perhubungan komuniti pokok dengan faktor tanah dalam tiga buah hutan Kapur terpilih di Semenanjung Malaysia iaitu di Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun, Terengganu; Hutan Simpan Lesong, Rompin, Pahang; dan Hutan Simpan Kluang, Kluang, Johor. Parameter-parameter ekologi hutan seperti struktur dirian hutan, kepelbagaian spesies, biojisim pokok, keendemikan, ciri tanah dan perhubungan antara taburan pokok dengan tanah telah ditentukan bagi setiap kawasan kajian. Sepuluh buah plot berukuran 50 m x 20 m setiap satu (jumlah luas 1 ha) telah diwujudkan di setiap lokasi kajian. Kesemua pokok yang berdiameter pada aras dada (DBH) 5 cm dan ke atas telah banci dan dicamkan. Sampel tanah lapisan atas (0-30 cm) diambil dalam setiap plot dan analisis tanah dijalankan untuk menentukan ciri-ciri fizikal dan kimia tanah. Sebanyak 332 spesies pokok dalam 147 genus dan 55 famili telah direkodkan dalam plot di HS Bukit Bauk. Di HS Lesong pula, sejumlah 284 spesies, 138 genus dan 52 famili pokok telah dibanci, manakala plot kajian di HS Kluang mempunyai 269 spesies pokok, 132 genus daripada 50 famili. Euphorbiaceae merupakan famili dengan bilangan genus dan spesies yang terbanyak di ketiga-tiga kawasan kajian. Ketiga-tiga kawasan hutan Kapur memperlihatkan kehadiran spesies endemik dan spesies terancam yang tersenarai dalam Senarai Merah IUCN. Penganggaran kekayaan spesies menggunakan perisian EstimateS mendapati bahawa kekayaan spesies pokok dalam kajian ini adalah di bawah anggaran kekayaan spesies yang dijangka oleh perisian ini. Walau bagaimanapun, Indeks Kekayaan Margalef mencatatkan nilai yang tinggi di HS Bukit Bauk (45.92) diikuti HS Lesong (39.76) dan HS Kluang (37.81). Indeks Kepelbagaian Shannon di kawasan kajian menunjukkan nilai H' yang tinggi antara 4.63-5.02. Indeks Kesamaan Sorensen menunjukkan kesamaan yang rendah antara komuniti pokok di ketiga-tiga kawasan kajian, ini menggambarkan spesies untuk setiap lokaliti adalah unik bagi habitat hutan masing-masing. Dipterocarpaceae merekodkan kepadatan tertinggi dalam ketiga-tiga kawasan kajian dengan spesies yang terpadat ialah Dryobalanops aromatica. Pemerhatian yang serupa juga diperolehi untuk kekerapan dan keluasan pangkal pokok untuk setiap kawasan kajian. Indeks Nilai Kepentingan Spesies (IVi) tertinggi ditunjukkan oleh Dryobalanops aromatica, dan pada peringkat famili, Dipterocarpaceae adalah merupakan famili terpenting di setiap kawasan kajian. Nilai biojisim pokok di kawasan-kawasan kajian adalah tinggi melebihi 500 tan/ha. Analisis tanah menunjukkan tekstur tanah yang pelbagai iaitu di HS Bukit Bauk didominasi oleh tekstur lom liat manakala HS Lesong dan HS Kluang masing-masing didominasi oleh tekstur lom liat berpasir. Ordinasi menggunakan Analisis Kesepadanan Nyahtren (DCA) menunjukkan bahawa komuniti pokok antara tiga kawasan kajian terpisah antara satu sama lain, menggambarkan terdapatnya kecerunan persekitaran yang mempengaruhi variasi flora antara kawasan. Analisis Lebihan (RDA) juga menunjukkan bahawa faktor-faktor tanah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi taburan pokok di kawasan kajian, yang mana pokok Kapur dilihat berasosiasi dengan elemen magnesium. Eksperimen bagi melihat pertumbuhan anak pokok Kapur terhadap elemen-elemen tanah menunjukkan bahawa peningkatan ketinggian anak pokok Kapur adalah paling tinggi dengan pertambahan magnesium; dan keputusan ini adalah selari dengan pemerhatian di lapangan. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini diharap dapat menyumbang maklumat kepada pihak berkepentingan terhadap kepentingan pemeliharaan hutan Kapur.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectForests and forestry -- Malaysia-
dc.subjectForest management -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleCiri ekologi komuniti pokok dan perhubungannya dengan faktor tanah dalam hutan yang didominasi pokok Kapur di Semenanjung Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages332-
dc.identifier.callnoSD235.M37N535 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003455(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114437+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
713.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.