Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500289
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaidi Isa, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorChin Wen Cheong (P37693)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:01Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:01Z-
dc.date.issued2011-08-12
dc.identifier.otherukmvital:114339
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500289-
dc.descriptionIsu hipotesis pasaran cekap (HPC) dan ramalan pulangan sekuriti merupakan teras kajian dalam skop pengajian kewangan. Dengan wujudnya kaedah analisis yang lebih tepat dan juga sumber data berfrekuensi tinggi, definisi kecekapan pasaran telah mengalami evolusi dengan melibatkan pelbagai sifat statistik yang lebih kompleks. Salah satu kelemahan anggapan HPC adalah mengandaikan semua individu rasional dalam pasaran homogen memperoleh informasi yang setara dan bertindak mengikut informasi yang sama. Anggapan ini biasanya bercanggah dengan keadaan pasaran yang sebenar. Selain itu, penggunaan data harian yang hanya merekodkan satu bacaan urus niaga dan pengabaian sifat statistik (perubahan struktur dan ketidaktaklinearan) juga boleh menggugat ketepatan hasil ujian kecekapan pasaran. Selaras dengan keadaan pasaran kewangan yang dinamik, kajian ini bertujuan mengkaji semula dan membuat perbandingan dengan literatur awal terhadap kajian kelinearan dan ketidaklinearan kecekapan pasaran Bursa Malaysia dengan melibatkan perubahan struktur yang disebabkan oleh krisis kewangan Asia. Selain itu, kajian ini melanjutkan analisis daripada pasaran homogen kepada pasaran heterogen dengan mengambil kira sifat individu pasaran yang mengamalkan pelaburan mengikut jangka masa yang berbeza. Berdasarkan konsep pasaran heterogen ini, model berdasarkan data harian dan data berfrekuensi tinggi diperkenalkan dalam pasaran saham Malaysia. Hasil penganggaran empirik kemudian diaplikasikan dalam penentuan dan pengawalan pasaran risiko dengan pendekatan Value-at-Risk (VaR). Kajian ini menyumbang kepada literatur kecekapan pasaran dalam empat aspek: pertama melakukan kajian semula kecekapan pasaran Bursa Malaysia dengan tambahan penglibatan perubahan struktur kepada rejim prakrisis dan pascakrisis. Kedua, suatu kaedah justifikasi pasaran heterogen telah diperkenalkan dengan kaedah plot agregat varians terubah suai. Ketiga, suatu model kemeruapan yang lebih luwes disarankan dengan kombinasi kemeruapan harian dan kemeruapan realisasi yang selaras dengan pasaran heterogen. Akhir sekali, hasil penganggaran diaplikasi untuk menentukan pasaran risiko (VaR) yang melibatkan pasaran saham utama dan sektor.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectMathematical statistics
dc.subjectAnalysis of variance
dc.subjectLinear models (Statistics)
dc.subjectInvestment analysis -- Mathematical models
dc.subjectCapital -- Prices -- History -- Econometric models
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian kecekapan pasaran dan kemeruapan dengan menggunakan data lampau: kajian empirik bagi pasaran saham Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages221
dc.identifier.callnoQA276.18.C485 2011 tesis
dc.identifier.barcode003149 (2011)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114339+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.