Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500280
Title: Dot karbon yang berpendarfluor daripada kanji ubi gadong bagi aplikasi perubatan
Authors: Regina Sisika Sonthanasamy (P90318)
Supervisor: Mohammad Azwani Shah Mat Lazim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kanji ubi gadong
Dot karbon
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Oct-2019
Description: Kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian utama. Bahagian pertama ialah pengubahan nanohablur kanji Dioscorea hispida Dennts menjadi dot karbon (Dot-K) berpendarfluor dan permukaannya telah diubahsuai dengan kation seperti O,O'-bis(3-aminopropil) polietilena glikol 1500N (PEG1500N) dan polietilenaimina bercabang (PEIB) untuk meningkatkan kecekapan fungsi dot-K dalam bidang kajian biologi. Pengubahsuaian permukaan telah mengurangkan saiz dot-K daripada 6-25 nm kepada 3-20 nm tanpa mengubah bentuknya. Dot-K yang terubahsuai menunjukkan puncak pendarfluor beralih ke panjang gelombang yang lebih tinggi (dari 420 nm kepada 500 nm). Dot-K-PEG1500N dan Dot-K-PEIB menunjukkan ciri fototerma yang stabil apabila penyinaran kepada lampu ultraviolet (UV) dan laser dilaksanakan selama 30 minit. Kajian In vitro bagi dot-K dengan ikan kuda belang (Danio rerio) mendedahkan bahawa dot-K-PEG1500N adalah tidak toksik kepada embrio ikan berbanding dengan dot-K-PEIB. Kajian ini telah berjaya menunjukkan dot-K sebagai pembawa nano dengan sifat penderia terma. Selanjutnya, bahagian kedua bagi kajian ini ialah penggunaan dot-K yang dihasilkan untuk mengkaji mekanisme ikatan di antara protein. Interaksi ikatan di antara dot-K dan bovine serum albumin (BSA) telah dianalisis dengan menggunakan kaedah spektroskopi. Persamaan Stern-Volmer menunjukkan bahawa pelindapan pendarfluor bagi model protein, BSA oleh dot-K adalah disebabkan oleh pelindapan dinamik bagi ikatan bukan kovalen dan pelindapan statik bagi ikatan kovalen. Pemalar ikatan, KA dan bilangan tapak ikatan, bagi interaksi kovalen ialah 1754.7 L / mol dan n ≈ 1 (0.6922) masing-masing. Hasil keamatan pendarfluor menunjukkan jenis ikatan mempengaruhi sifat fisiko-kimia dot-K yang berbeza. Seterusnya, bahagian ketiga ialah mengkaji potensi dot-K yang digabungkan dengan BSA sebagai pembawa sebatian bioaktif untuk penghantaran bersasaran α-mangostin (Xa). Dot-K-BSA yang disangkutkan dengan asid folik (AF) sebagai molekul penunjuk arah kerana ia mempunyai keamatan yang tinggi pada sel-sel kanser. Profil pembebasan sebatian bioaktif bagi Xa telah dikaji menggunakan model statistik piawai dan disahkan bahawa ia adalah tindak balas kinetik tertib pertama pada pH 5.8. Pengimejan bio selular dianalisis dengan menggunakan mikroskop pendarfluor yang menunjukkan pendarfluor berwarna hijau terang dari pengantarinan dot-K yang khususnya disasarkan dengan AF dalam sel HeLa. Sebagai tambahan, kompleks dot-K-BSA-AF-Xa teranostik menunjukkan kesan sitotoksik yang kuat pada model sel kanser. Oleh itu, ciri-ciri pembawa sebatian bioaktif (terapeutik) dan pengimejan bio (diagnostik) oleh komplek dot-K-BSA-AF-Xa mempunyai potensi untuk aplikasi teranostik dalam terapi kanser. Bahagian akhir, dot-K yang diperoleh selanjutnya dibangunkan sebagai penderia bio arginina. Enzim arginase dari Glaciozyma antarctica (E.C.3.5.3.1) telah dipegunkan antara akrilik mikrosfera (AMS) dengan dot-K. Kajian permukaan dan topologi dot-K yang dipegun telah dicirikan dengan menggunakan mikroskopi pancaran medan pengimbasan elektron. Spektrofluorometer menunjukkan hasil puncak pancaran pendarfluor pada panjang gelombang 420 nm apabila pengujaan telah ditetapkan pada 380 nm. Penderia bio yang dibangunkan telah digunakan untuk memantau arginina dalam jus buah-buahan segar. Bahagian kajian ini telah berjaya membangunkan sistem penderia bio optik baru bagi menganggar kandungan arginina.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 294
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113575+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
797.34 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.