Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500275
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIzfa Riza Hazmi, Dr.-
dc.contributor.authorNurul Fatihah Abd Latip (P84023)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:40:49Z-
dc.date.available2023-10-13T09:40:49Z-
dc.date.issued2019-06-08-
dc.identifier.otherukmvital:113572-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500275-
dc.descriptionElaeidobius kamerunicus merupakan kumbang pendebunga utama kelapa sawit. Kajian ini dijalankan untuk menentukan morfologi, ekologi dan kelakuan kumbang E.kamerunicus di dua ladang kelapa sawit iaitu Ladang Lekir, Perak dan Ladang FELDA,Jengka Pahang. Kepelbagaian dan kelimpahan serangga di kedua – dua bunga sawit serta tindak balasnya terhadap suhu dan kelembapan telah dikaji. Kajian ini dijalankan menggunakan perangkap tingkap yang dipasang pada kedua – dua bunga sawit di Ladang Lekir (April 2017 - Mac 2018) dan Ladang FELDA (Januari - Disember 2017).Bunga sawit jantan merekodkan bilangan spesies dan individu serangga paling tinggi berbanding bunga sawit betina di kedua – dua Ladang Lekir ((Jantan; H’ = 2.044, E’ = 0.5149, R’ = 1.802, Betina; H’ = 1.793, E’ = 0.4622, R’ = 1.71) dan Ladang FELDA (Jantan; H’ = 1.952, E’ = 0.5867, R’ = 1.487; Betina; H’ = 1.679, E’ = 0.4872, R’ = 1.503). Elaeidobius kamerunicus sangat melimpah di kedua – dua bunga sawit,menunjukkan bahawa E. kamerunicus merupakan pendebunga utama kelapa sawit.Suhu dan kelembapan masing – masing berkorelasi positif dan negatif terhadap kepelbagaian dan kelimpahan serangga di kedua – dua bunga sawit. Perbezaan populasi E. kamerunicus berdasarkan sampel dari enam negeri di Malaysia dan juga populasi E.kamerunicus di Malaysia, Indonesia dan Liberia telah ditentukan. Hasil Analisis Diskriminan Kanonikal (CDA) berdasarkan 15 ciri morfologi menunjukkan tidak terdapat perbezaan populasi E. kamerunicus dalam Malaysia. Namun, terdapat perpisahan antara tiga kawasan (Malaysia, Indonesia dan Liberia) dengan 77.5% (jantan) dan 83.3% (betina) dikelaskan dengan tepat. Taburan hujan dan bilangan bunga sawit jantan antesis serta spikelet mempengaruhi kelimpahan populasi E. kamerunicus pada umur dan baka sawit berbeza serta hasil sawit. Pensampelan dijalankan pada setiap bulan di Ladang Lekir (Oktober 2015 - September 2016) dan di Ladang FELDA (Januari - Disember 2017). Sembilan batang spikelet dipilih daripada setiap bunga sawit jantan dan bilangan E. kamerunicus dikira. Purata bilangan E. kamerunicus per hektar adalah masing – masing 21,086 dan 25,712 di plot sawit berumur 4 dan 6 tahun (Ladang Lekir) manakala 8,701 dan 4,698 di plot baka sawit klon dan D × P (Ladang FELDA). Populasi E. kamerunicus berkorelasi positif dengan taburan hujan dan bunga sawit jantan antesis, dengan bunga sawit jantan antesis berkorelasi secara positif yang kuat dengan populasi E. kamerunicus pada plot sawit umur 4 (r = 0.875) dan 6 tahun (r = 0.842) serta di plot baka sawit klon (r = 0.791) dan D × P (r = 0.774). Set buah direkodkan rendah sewaktu taburan hujan dan populasi E. kamerunicus tinggi, membuktikan bahawa debunga sawit sangat penting dalam menentukan penghasilan set buah. Kelakuan diurnal E. kamerunicus iaitu kelakuan terbang (T), gerak (G), makan (M), rehat (R), bersih (B) dan mengawan (K) antara 11.30 pagi – 1.30 petang telah diperhatikan. Kelakuan diurnal E. kamerunicus yang berbeza jantina, jenis dan tahap kelaparan diperhatikan pada kedua – dua bunga sawit, yang mana terdapat perbezaan yang signifikan (P < 0.05) bagi kelakuan T, R dan B pada tahap kelaparan E.kamerunicus. Hasil yang sama ditunjukkan bagi jenis E. kamerunicus untuk kelakuan R, M dan K manakala terdapat perbezaan yang signifikan untuk kelakuan G, R dan M bagi jantina E. kamerunicus. Kesimpulannya, populasi E. kamerunicus sangat bergantung kepada bilangan bunga sawit jantan dan baka sawit untuk menentukan penghasilan set buah. Pengurusan kelapa sawit perlu dititikberatkan bagi menghasilkan set buah yang banyak dan berkualiti disamping mengekalkan ekosistem sawit.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectElaeidobius kamerunicus-
dc.subjectKelapa sawit-
dc.subjectKumbang-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleMorfologi, ekologi dan kelakuan kumbang pendebunga kelapa sawit, Elaeidobius kamerunicus (Coleoptera: Curculionidae) di ladang sawit Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages230-
dc.identifier.barcode004270 (2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113572+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.