Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500265
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Shafawati Mohd Taib, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nabilah Ishak (P83816)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:40:39Z-
dc.date.available2023-10-13T09:40:39Z-
dc.date.issued2019-01-18-
dc.identifier.otherukmvital:113566-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500265-
dc.descriptionLeptospirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus merupakan penyakit berjangkit yang semakin menular di negara-negara tropik termasuk Malaysia dan menjadi ancaman kepada kesihatan awam di persekitaran bandar dan luar bandar. Kejadian wabak leptospirosis yang terjadi di Malaysia sering kali dikaitkan dengan persekitaran yang tidak terurus dengan baik terutamanya kawasan perumahan yang mempunyai jumlah penempatan tinggi dan kawasan rekreasi yang sering dilawati. Mamalia kecil seperti tikus merupakan hos reservoir penyakit utama dan pembawa bakteria Leptospira. Selain leptospirosis, perumah mamalia kecil juga mampu menyebarkan penyakit lain secara tidak langsung melalui agen ektoparasit seperti sengkenit, kutu dan tungau. Oleh yang demikian, kajian penyelidikan telah dijalankan di tiga kategori habitat wabak leptospirosis yang berbeza iaitu bandar (B), separa bandar (SB) dan hutan rekreasi (HR) bertujuan untuk mengesan dan menyiasat prevalen penyakit leptospirosis. Di samping itu, kajian ini juga menentukan prevalen sengkenit dan bakteria bawaan sengkenit dalam kalangan spesies perumah mamalia kecil. Sebanyak dua ratus perangkap lipat diletakkan dalam plot satu hektar dan di sepanjang aliran sungai, laluan jejak hutan dan sekitar kediaman manusia secara rawak. Penyaringan bakteria Leptospira dalam kalangan perumah dijalankan menggunakan gen separa lipL32 yang hanya mensasarkan Leptospira patogenik. Daripada 537 individu mamalia kecil ditangkap yang terdiri daripada 15 spesies (13 Rodentia, 1 Scandentia dan 1 Insectivora), 59 individu (7 spesies) adalah positif terhadap Leptospira patogenik. Prevalen paling tinggi direkodkan di habitat HR (19.4%), diikuti oleh B (16.6%) dan SB (9.8%). HR merekodkan prevalen Leptospira tertinggi bagi spesies Maxomys whiteheadi (27.6%, n=8/29) dan Sundamys muelleri (27.3%, n=6/22), manakala habitat B merekodkan prevalen tertinggi bagi Suncus murinus (100%, n=3/3) dan Rattus norvegicus (16.4%, 18/110), dan SB pula pada R. norvegicus (25%, n=1/4) dan Rattus rattus (20.6%, n=7/34). Namun begitu, tiada perbezaan signifikan di antara prevalen Leptospira dan kategori habitat (χ2=73.162, p=0.206). Sebanyak 156 individu sengkenit dewasa terdiri daripada sengkenit betina (n=148) dan jantan (n=8) telah diperoleh daripada 42 individu perumah daripada lapan spesies. S. muelleri adalah perumah yang paling tinggi diinfestasi oleh sengkenit (n=17/44). Prevalen infestasi sengkenit paling tinggi direkodkan di HR (4.84%, n=26) berbanding SB (2.97%, n=16) manakala tiada individu sengkenit direkodkan di B. Spesies sengkenit yang paling tinggi kelimpahan dan dominan di kedua-dua kawasan ialah Ixodes granulatus (82.70%, n=129), diikuti oleh Dermacentor sp. (15.30%, n=24), dan Amblyomma sp. (2%, n=3). Terdapat perbezaan signifikan bagi sengkenit I. granulatus dalam setiap individu spesies perumah (ANOVA satu hala, F=4.729, df=7, p=0.039), namun tiada perbezaan yang signifikan bagi spesies Dermacentor dan Amblyomma (p>0.05). Daripada kajian ini, infestasi sengkenit pada perumah jantan berbeza secara signifikan (69.05%, n=29) berbanding perumah betina (30.95%, n=13), (Chi-square bagi satu sampel, χ2=7.209, df=1, p=0.007). Penyaringan bakteria bawaan sengkenit menunjukkan hanya satu bakteria dapat dikesan dalam sengkenit iaitu bakteria Borrelia. Borrelia hanya dikesan pada 72 individu sengkenit I. granulatus, yang menginfestasi S. muelleri, M. whiteheadi, L. sabanus dan R. rattus. Tiga belas sampel sengkenit untuk setiap spesies perumah dipilih untuk analisis lebih lanjut menggunakan jujukan gen separa fla B. Pencarian jujukan di NCBI GenBank mendedahkan 94%-100% persamaan dengan spesies daripada kumpulan penyakit Lyme iaitu B. yangtzensis, B. valaisiana, B. garinii dan B. japonica. Penemuan daripada kajian ini mendapati bahawa habitat HR mempunyai risiko yang tinggi bukan hanya terhadap bakteria Leptospira sahaja, tetapi infestasi sengkenit dan bakteria bawaan sengkenit. Oleh itu, penemuan daripada kajian ini akan dapat membantu dan dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak kesihatan awam untuk merangka pelan strategik untuk mengawal populasi mamalia kecil, sengkenit bawaan mamalia kecil dan sekali gus mengawal penyakit di kawasan yang terjejas.,'Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLeptospirosis-
dc.subjectPenyakit kencing tikus-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengenalpastian dan pencirian bakteria patogenik dalam perumah mamalia kecil dan sengkenit di kawasan wabak leptospirosis-
dc.typeTheses-
dc.format.pages207-
dc.identifier.callnoRC184.L4S568 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004264(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113566+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
692.66 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.