Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500262
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmah Yaakop, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNur Atiqah Jalaludin (P63261)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:40:37Z-
dc.date.available2023-10-13T09:40:37Z-
dc.date.issued2019-09-18-
dc.identifier.otherukmvital:113564-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500262-
dc.descriptionSebanyak 29 spesies anai-anai daripada dua famili yang berasosiasi dengan kelapa sawit telah direkodkan dalam Ladang Endau Rompin, Pahang, Malaysia iaitu genus Schedorhinotermes, Parrhinotermes, Coptotermes dari famili Rhinotermitidae, dan Globitermes, Dicuspeditermes, Termes, Amitermes, Microcerotermes Nasutitermes dan Bulbitermes dari famili Termitidae. Genus Nasutitermes, anai-anai pemakan kayu dan anai-anai yang bersarang di dalam kayu merekodkan jumlah spesies paling banyak dijumpai, iaitu masing-masing sebanyak lapan, 22 dan 11 spesies kerana faktor sumber kayu dan pelepah mati yang masih boleh didapati pada lapisan tanah. Menurut kajian, jumlah spesies anai-anai yang direkodkan di ladang sawit di Semenanjung Malaysia adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 53 spesies berbanding di Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak 40 spesies. Ini kerana kebanyakan spesies yang direkodkan di Borneo adalah spesies yang kurang toleran tehadap perubahan guna tanah. Selain itu, berdasarkan jenis tanah, kebanyakan anai-anai direkodkan di tanah jenis gambut cetek berbanding tanah jenis gambut dalam dan tanah liat. Faktor kelembapan dan kandungan organik tanah yang optimum mempengaruhi kekayaan spesies anai-anai di sesuatu kawasan. Pengelompokan berdasarkan spesies anai-anai dan jenis tanah menunjukkan pada pertindihan sebanyak 90%, lima kumpulan anai-anai dihasilkan daripada analisis kelompok dua hala dan ukuran jarak dari Sorensen (Bray-Curtis) yang dibezakan dengan pemilihan makanan dan habitat. Bagi mengkaji corak perebakan anai-anai di ladang sawit, blok-blok ladang dibahagikan kepada beberapa kawasan dengan cara pembahagian melalui grid. Bagi memilih saiz grid yang sesuai, sebanyak tiga blok digunakan bagi kajian ini. Hasil kajian menunjukkan saiz grid 2x4 iaitu lapan pokok setiap grid adalah paling sesuai kerana hasil analisis kluster menunjukkan keadaan yang paling hampir dengan keadaan sebenar perebakan anai-anai di blok sawit dan saiz grid ini dapat menghasilkan jumlah data yang optimum, sesuai dengan saiz blok sawit. Corak spatial menunjukkan setiap spesies anai-anai membentuk corak taburan yang pelbagai bagi setiap blok dan kebanyakan spesies membentuk jenis taburan luang di ladang sawit. Ini menunjukkan ladang sawit mempunyai halangan fizikal dan biologi yang menghalang pengkolonian dan perebakan anai-anai ke seluruh kawasan blok sawit. Spesies anai-anai di dalam blok sawit menunjukkan terdapat asosiasi dengan spesies anai-anai yang lain. Anai-anai bereaksi dengan bacaan magnetik setempat dengan menjauhi kawasan dengan bacaan magnetik rendah. Kajian ini berjaya melihat perubahan struktur komuniti pada peringkat kumpulan berfungsi anai-anai berdasarkan kesan gangguan di sesuatu habitat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTermites -- Food-
dc.subjectTermites -- Ecology-
dc.subjectTermites -- Digestive organs-
dc.subjectHouse dust mites-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKepelbagaian dan ekologi ruang anai-anai yang berasosiasi dengan dirian sawit di Ladang Endau Rompin, Pahang, Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages198-
dc.identifier.callnoQL529.N837 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004262(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113564+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
790.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.