Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500255
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zalita Zainuddin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Khoirul Solehah Abdul Rahim (P78490 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:40:31Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:40:31Z | - |
dc.date.issued | 2019-06-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:112353 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500255 | - |
dc.description | Pengetahuan tentang kepekatan radionuklid di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan dan air pengairan memainkan peranan penting dalam bidang penyelidikan sinaran alam sekitar sebagai radionuklid daratan yang masuk ke tubuh badan manusia melalui dedahan langsung dan pengambilan sayur-sayuran. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kepekatan radionuklid tabii (226Ra, 232Th dan 40K) dalam sayuran serta menilai dos berkesan tahunan pemakanan dan risiko kanser; mengikut kategori umur bayi, kanak-kanak, dan dewasa. Kajian ini juga menentukan kepekatan aktiviti radionuklid dalam tanah dan air siraman, dan kesan radiologinya (aktiviti setara radium dan indeks hazard luaran). Perbandingan dilakukan terhadap kepekatan radionuklid dalam sampel sayuran, tanih dan air yang diambil daripada kawasan bekas tanah bekas lombong, tanah tinggi dan tanah pamah. Kepekatan aktiviti 226Ra, 232Th dan 40K diukur menggunakan spektrometer sinar gama dengan pengesan germanium berketulenan tinggi (HPGe). Kajian ini menggunakan kadar pengambilan sayuran tahunan yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibandingkan dengan kadar pengambilan antarabangsa yang diberikan oleh UNSCEAR. Keputusan kepekatan aktiviti 226Ra, 232Th dan 40K (Bq kg-1) dalam sayuran masing-masing adalah secara purata 3.08 ± 0.97, 1.25 ± 0.53, dan 1051.57 ± 198.07 (tanah bekas lombong); 4.26 ± 1.53, 2.53 ± 1.33, dan 1659.64 ± 278.50 (tanah tinggi); 3.20 ± 0.39, 0.35 ± 0.05, dan 646.62 ± 109.62 (tanah pamah). Dos berkesan tahunan (mSv tahun-1) bagi ketiga-tiga radionuklid mengikut kategori bayi, kanak-kanak dan dewasa berdasarkan kadar pengambilan KKM masing-masing adalah 0.61 ± 0.11, 0.43 ± 0.07, dan 0.30 ± 0.05 (tanah bekas lombong); 0.93 ± 0.07, 0.67 ± 0.10, dan 0.47 ± 0.07 (tanah tinggi); 0.39 ± 0.03, 0.29 ± 0.04, dan 0.19 ± 0.03 (tanah pamah). Dos berkesan tahunan pemakanan yang dikira berdasarkan kadar pengambilan KKM lebih rendah berbanding UNSCEAR dengan julat 0.1 sehingga 0.53 mSv tahun-1. Dos berkesan tahunan pernafasan (mSv tahun-1) daripada dedahan satu meter dari permukaan tanah ialah 0.17 ± 0.04 (tanah bekas lombong), 0.30 ± 0.05 (tanah tinggi) dan 0.10 ± 0.00 (tanah pamah). Kepekatan aktiviti radionuklid dalam sayuran, tanih dan air sejajar dengan keputusan kajian terdahulu. Jumlah dos berkesan berdasarkan pemakanan sayuran bagi tiga kategori umur secara keseluruhannya melebihi 0.29 mSv tahun-1 (nilai dos berkesan tahunan pemakanan yang digariskan oleh ICRP). Namun demikian, jumlah dos berkesan tahunan pemakanan dan dos berkesan tahunan pernafasan bagi ketiga-tiga kawasan masih berada di bawah dos berkesan tahunan daripada dedahan sinaran tabii. Risiko kanser yang dianggarkan daripada dos berkesan tahunan bagi seorang dewasa adalah lebih rendah daripada nilai risiko yang digariskan UNSCEAR. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati bahawa pengambilan sayuran daripada kawasan bekas lombong, tanah tinggi dan tanah pamah di semenanjung Malaysia tidak memberi impak radiologi yang ketara terhadap kesihatan manusia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Radionuklid | - |
dc.subject | Radiologi | - |
dc.subject | Sayuran | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kepekatan radionuklid dan impak radiologi pengambilan radionuklid tabii 226Ra, 232Th dan 40K dalam sayuran di Zon Tengah Semenanjung Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 127 | - |
dc.identifier.barcode | 004248(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112353+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.