Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500246
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSupian Samat, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Nur Rashidi Rosli (P78513)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:40:23Z-
dc.date.available2023-10-13T09:40:23Z-
dc.date.issued2019-07-27-
dc.identifier.otherukmvital:112339-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500246-
dc.descriptionIkan merupakan salah satu sumber protein utama yang diperlukan dalam diet seharian manusia. Kehadiran logam berat dan kepekatan aktiviti radionuklid tabii dalam sumber makanan dan air menyebabkan ancaman serius kepada manusia. Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan kepekatan 23 logam berat terpilih dan kepekatan aktiviti radionuklid tabii 232Th, 238U dan 40K dalam 10 spesies ikan komersial serta menilai dos berkesan tahunan pemakanan dan risiko kanser bagi kategori dewasa. Perbandingan dilakukan di antara kepekatan logam berat ini dengan had pengambilan logam oleh badan kebangsaan dan antarabangsa. Perbandingan juga dilakukan terhadap dos berkesan tahunan kajian ini dengan had selamat dos berkesan tahunan yang digariskan oleh UNSCEAR. Tiga puluh sampel ikan komersial dari 10 spesies yang berbeza ditangkap menggunakan pukat tunda di tiga lokasi utama penangkapan ikan di perairan Terengganu, Malaysia. Kandungan logam berat diukur menggunakan spektrometri jisim-plasma gandingan teraruh ICP-MS. ICP juga menghasilkan berat radionuklid (w) yang digunakan untuk menentukan kepekatan aktiviti radionuklid (A). Dos berkesan tahunan daripada pemakanan dikira daripada kepekatan aktiviti ikan, kadar pengambilan ikan tahunan dan faktor penukaran aktiviti kepada dos. Kajian ini menggunakan kadar pengambilan ikan tahunan yang diberikan oleh FAO dan UNSCEAR. Kajian ini mendapati bahawa kepekatan logam berat dalam sampel ikan adalah lebih rendah daripada kajian terdahulu di pelbagai lokasi. Tahap purata tertinggi logam berat yang direkodkan dalam semua ikan adalah unsur P, diikuti Ca, Mg, Fe, Sr, Ti dan Sr. Kepekatan logam yang didapati daripada kajian ini adalah lebih rendah berbanding had pengambilan yang ditetapkan oleh badan kebangsaan dan antarabangsa untuk kegunaan manusia kecuali Fe (0.52 ± 0.06 mg kg-1) yang melebihi had 0.3 mg kg-1. Manakala keputusan kepekatan aktiviti (Bq kg-1) berubah-ubah dalam julat 2.72 × 10-4 ± 1.96 × 10-4 hingga 50.66 × 10-4 ± 34.57 × 10-4 Bq kg- 1 bagi 232Th, 0.96 × 10-3 ± 0.37 × 10-3 hingga 10.04 × 10-3 ± 5.09 × 10-3 bagi 238U dan 36.70 ± 17.53 hingga 82.38 ± 27.65 bagi 40K. Berdasarkan kepekatan aktiviti radionuklid, dos berkesan tahunan dan risiko kanser telah dianggarkan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa dos berkesan kolektif (mSv tahun-1) dianggarkan 2.47 × 10-5 bagi 232Th, 6.52 × 10-6 bagi 238U dan 1.9 × 10-2 bagi 40K. Ini adalah jauh lebih rendah daripada saranan UNSCEAR. Risiko kanser bagi orang dewasa yang dianggarkan daripada dos berkesan tahunan adalah 66.9 × 10-6. Nilai ini adalah jauh lebih rendah daripada faktor risiko kanser UNSCEAR iaitu 8.4 × 10-3 dan faktor risiko kanser ICRP sebanyak 3.5 × 10-3. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati bahawa pengambilan ikan daripada kawasan perairan Terengganu, Malaysia adalah selamat dan tidak memberi impak radiologi yang signifikan terhadap kesihatan manusia. Sistem pengawasan jangka panjang bioakumulasi logam dan radionuklid dalam ikan perlu dilakukan untuk memberikan maklumat berguna untuk menilai potensi risiko kesihatan berkaitan logam dan radionuklid di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIkan-
dc.subjectLogam berat-
dc.subjectRadiologi-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenentuan kepekatan logam berat dan penilaian impak radiologi dari pengambilan radionuklid tabii 232Th, 238U dan 40K dalam ikan di perairan Terengganu-
dc.typeTheses-
dc.format.pages176-
dc.identifier.barcode004241(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112339+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.