Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500231
Title: | Hevea brasiliensis sebagai biomonitor logam berat |
Authors: | Muhammad Jefri Mohd Yusof (P88989) |
Supervisor: | Siti Fairus Md. Yusoff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Hevea brasiliensis Logam berat Bahan pencemar Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Jun-2019 |
Description: | Logam berat adalah antara bahan pencemar yang terdapat di persekitaran atmosfera yang membawa kesan negatif terhadap kesihatan manusia pada kepekatan yang tinggi. Oleh sebab itu, penilaian kandungan logam berat tersebut menggunakan organisma hidup yang dipanggil biomonitor seperti liken, algae, dan pokok tinggi semakin diperluas bagi menggantikan kaedah konvensional yang memerlukan kos yang tinggi dan langkah kerja yang banyak. Selain itu, biomonitor ini dapat mengurangkan kuantiti logam berat di atmosfera secara hijau dan lebih ekonomik. Dalam kajian ini, Hevea brasiliensis atau lebih dikenali sebagai pokok getah dipilih sebagai biomonitor logam berat di dua lokasi berbeza iaitu kampung Batu Embun, Jerantut (kawasan luar bandar) dan pekan Mantin (kawasan sub bandar) bagi tempoh setahun bermula pada April 2017 hingga Mac 2018. Logam berat seperti As, Cd, Cr, Cu, Fe, Mn, Ni, Pb dan Zn dikuantifikasi dalam sampel tanah, daun, kulit kayu dan lateks pokok getah menggunakan spektrofotometer pancaran plasma gandingan aruhan (ICP-OES). Berdasarkan analisis logam berat, beberapa logam berat dalam sampel tanah (As di kedua-dua lokasi dan Cu, Pb dan Zn di Mantin), sampel daun dan kulit kayu (Mn dan Pb di kedua-dua lokasi dan Zn di Mantin) serta sampel lateks (Cu di Mantin) berada di luar julat kepekatan dibenarkan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO). Trend pengumpulan logam berat dalam pokok getah adalah daun > kulit kayu > lateks. Faktor pengayaan (EF) logam berat yang tinggi (EF > 10) menerangkan kepekatan logam berat yang tinggi dalam setiap sampel. Selain itu, pengiraan faktor biokepekatan (BCF) membuktikan bahawa logam berat dalam sampel datang dari sampel tanah melalui sistem akar pokok apabila nilai BCF > 1. Data daripada Jabatan Meteorologi Malaysia pula menunjukkan jumlah hujan telah mempengaruhi kandungan logam berat yang diserap oleh pokok getah (ujian t-berpasangan, p < 0.05). Model 3 dimensi (3D) ringkas dengan persamaan permukaan kuadrik telah dijana bagi menunjukkan interaksi antara lokasi kajian, jumlah hujan setiap bulan, dan kepekatan logam berat bagi setiap sampel. Seterusnya, penilaian toleransi pokok getah menggunakan indeks toleransi pencemaran udara (APTI) dan indeks jangkaan prestasi (API) masing-masing dengan nilai minimum 10.7 dan 62.5% telah mengelaskan pokok getah sebagai biomonitor dalam kategori baik. Mekanisme toleransi sel terhadap logam berat yang memasuki tisu tumbuhan dengan penilaian kriteria seperti kandungan asid askorbik, jumlah kandungan klorofil, nilai pH dan peratusan air dalam sampel daun menunjukkan trend regresi linear (nilai R2 = 0.999) dan mempengaruhi penilaian APTI dan API (ujian t-berpasangan, p < 0.05). Sementara itu, analisis logam berat dalam sampel lateks menunjukkan kesan antagonistik kandungan logam surih terhadap tahap keplastikan lateks. Walau bagaimanapun, kandungan logam berat yang tinggi dalam lateks bertindak sebagai pengserasi yang baik bagi menghasilkan adunan polistirena/getah asli (PS/NR) dengan kekuatan tensil dan tenaga hentaman yang meningkat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 191 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111729+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.