Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500229
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Dalila Shahdan (P78600) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:40:08Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:40:08Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-07 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:111728 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500229 | - |
dc.description | Adunan polimer berkonduktif terbiodegradasi berdasarkan asid polilaktik (PLA), cecair getah asli (LNR) dan polianilina (PANI) serta nanokomposit polimer berkonduktif terbiodegradasi mengandungi grafin nanoplat (GNP) telah dihasilkan melalui teknik pengadunan leburan dengan bantuan rawatan ultrasonik, diikuti dengan penekanan panas dan sejuk. Adunan PLA/LNR/PANI disediakan menggunakan mesin pengadun dalaman Thermo Haake pada suhu malar 190 °C, dengan masa adunan 15 min dan kelajuan rotor 90 rpm. Masa rawatan 1 jam ultrasonik adalah optimum bagi memberikan sifat regangan yang optimum. Pada peringkat adunan PLA/LNR/PANI, kesan kandungan PANI yang rendah (0.03 - 0.11 %bt) terhadap sifat mekanik, kekonduksian elektrik, terma dan fizikal bagi PLA/LNR telah dikaji. Keputusan menunjukkan bahawa sifat mekanik dan kestabilan terma meningkat sehingga mencapai takat maksimum kandungan PANI pada 0.09 %bt. Serakan PANI yang baik dalam PLA/LNR seperti yang ditunjukkan dalam mikrograf mikroskop pindahan elektron (TEM). Walaupun kandungannya rendah, penggabungan PANI telah memberikan sifat kekonduksian elektrik adunan PLA/LNR yang sangat baik. Pada peringkat penghasilan nanokomposit PLA/LNR/PANI/GNP, kesan positif penambahan bahan pengisi GNP (0.2 - 1.0 %bt) terhadap sifat mekanik, terma, fizikal dan elektrik bagi sampel PLA/LNR/PANI/GNP diperolehi dengan pencapaian takat optimum GNP pada 0.4 %bt. Penggunaan GNP telah berjaya meningkatkan sifat elektrik nanokomposit polimer dari ~10-8 kepada ~10-7 S/cm. Kajian terhadap penambahan malik anhidrida (MA) dalam nanokomposit menggunakan kaedah dua langkah yang dimulakan dengan penghasilan cantuman PLA dengan agen penserasi MA/ dikumil peroksida (DCP) secara pukal dan kemudian diikuti dengan penghasilan nanokomposit PLA/asid polilaktik-tercangkuk-malik anhidrida (PLA-g-MA)/LNR/ PANI/GNP. Ujian regangan membuktikan kaedah dua langkah adalah lebih baik berbanding kaedah satu langkah yang melibatkan pencantuman kompaun PLA dengan bahan penserasi secara langsung bagi menghasilkan nanokomposit PLA/PLA-g-MA/ LNR/PANI/GNP. Penambahan PLA-g-MA dengan nisbah 1:1 (PLA-g-MA: GNP) telah memperbaiki ikatan antara muka bagi matriks-matriks dan pengisi-matriks seperti yang ditunjukkan dalam mikrograf SEM seiring dengan peningkatan sifat mekanik dan fizikal. Kekonduksian elektrik juga menunjukkan kesan peningkatan yang baik dengan penambahan bahan penserasi dalam nanokomposit. Dengan kehadiran PANI, GNP dan MA, sifat kerintangan terhadap penyerapan air telah dapat dipertingkatkan. Ujian terbiodegradasi yang dijalankan selama 30, 60 dan 90 hari menunjukkan bahawa kehilangan berat dalam sampel PLA/LNR/PANI adalah paling tinggi berbanding sampel PLA/LNR/PANI/GNP dan PLA/PLA-g-MA/LNR/ PANI/GNP.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Polimer | - |
dc.subject | Nanokomposit | - |
dc.subject | Biodegradasi | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Nanokomposit asid polilaktik/cecair getah asli berpenguat polianilina dan grafin nanoplat | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 213 | - |
dc.identifier.barcode | 004230(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111728+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 8.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.