Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500226
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noraini Talip, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Azilah Abdul Wahab (P68830) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:40:05Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:40:05Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110783 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500226 | - |
dc.description | Kajian taburan, taksonomi dan pertumbuhan kudup Rafflesia R. Br. (Rafflesiaceae) telah dijalankan di tiga negeri (Perak, Pahang, Kelantan) di Semenanjung Malaysia. Empat objektif kajian ialah untuk: i) Mengenal pasti taburan dan ekologi Rafflesia di lokaliti terpilih, ii) Menghurai dan menyenaraikan ciri morfologi bunga Rafflesia, iii) Menghurai dan menyenaraikan ciri morfologi debunga bunga Rafflesia dan iv) Mengenal pasti kenatalan dan kemortalan kudup di kawasan kajian dan faktor yang mempengaruhi kematian kudup. Pengumpulan data telah dijalankan pada Oktober 2012 hingga September 2015. Bacaan GPS (Global Positioning System) direkodkan di lokasi spesies Rafflesia. Ciri morfologi bunga Rafflesia berguna untuk mengkaji variasi spesies Rafflesia dan ciri morfologi debunga dicerap di bawah mikroskop cahaya dan mikroskop imbasan elektron. Bilangan kudup baharu dan mati direkod setiap bulan untuk memerhatikan kadar reproduktif kelompok Rafflesia di kawasan kajian. Berdasarkan kajian ini, taburan Rafflesia telah menunjukkan bahawa ia adalah endemik di Perak (Gopeng, Tapah, Kuala Kangsar, Taiping, Lenggong, Gerik, Pengkalan Hulu), Pahang (Raub, Jerantut, Benta, Kuala Lipis, Kuantan, Pulau Tioman) dan Kelantan (Bukit Tepoh, Gua Musang, Kuala Krai). Terdapat tujuh spesies Rafflesia telah direkodkan iaitu R. azlanii, R. cantleyi, R. kerrii, R. parvimaculata, R. sharifah-hapsahiae, R. su-meiae dan R. tuanku-halimii. Lima kriteria utama yang jelas digunakan bagi membezakan spesies Rafflesia ialah lobus perigon, diafragma, prosesus, tetingkap dan ramenta. Rafflesia kerrii merupakan spesies yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan mempunyai bintil yang halus pada permukaan lobus perigon dan struktur ramentanya meruncing dan bercabang. Rafflesia cantleyi mempunyai corak bintil yang lebih besar pada permukaan lobus perigon, corak tetingkap yang bersambung dan sedikit terpisah, seterusnya struktur ramenta membengkak dan bercabang. Rafflesia parvimaculata mempunyai bintil yang terpisah pada permukaan lobus perigon dengan corak tetingkap yang terpisah seperti R. kerrii kecuali struktur ramenta bagi R. parvimaculata adalah membengkak dan tidak bercabang. Rafflesia azlanii mempunyai bintil yang bersambung pada permukaan lobus perigon, corak tetingkap yang bersambung membentuk lingkaran. Satu spesies baharu diterbitkan iaitu R. tuanku-halimii. Corak bintil pada permukaan lobus perigonnya adalah bersambung dan membentuk beberapa baris bintil. Corak tetingkap bagi spesies ini adalah berbeza dengan bintilnya yang bersambung dan memenuhi hampir keseluruhan permukaan bawah diafragma. Ciri morfologi debunga tidak mempunyai perbezaan yang ketara untuk pembezaan spesies dengan kelas monoporat, saiz debunga antara 14-22 μm, corak hiasan eksin rugulat dengan ketebalan eksin yang sederhana (0.09-0.11 μm) dan ambitus bulat. Jenis bentuk debunga adalah subolat (R. cantleyi, R. kerrii, R. tuanku-halimii) dan oblat sferoid (R. parvimaculata, R. sharifah-hapsahiae). Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan kematian kudup adalah termasuk serangan serangga dan haiwan (landak, tupai), aktiviti manusia (pembalakan, pelancongan yang tidak terkawal) dan keadaan perumah. Kesimpulannya, taburan spesies Rafflesia di Semenanjung Malaysia adalah endemik di Perak, Pahang dan Kelantan. Ciri morfologi bunga mempunyai nilai taksonomi untuk pembezaan dan pengecaman spesies berbanding ciri morfologi debunga. Maklumat daripada hasil kajian ini amat berguna untuk kajian lanjut, bagi usaha pemuliharaan secara in situ dan ex situ dan bagi melengkapkan maklumat mengenai spesies Rafflesia di Semenanjung Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Rafflesiaceae -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Taburan, taksonomi dan pertumbuhan kudup Rafflesia R. Br. (Rafflesiaceae) di Semenanjung Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 555 | - |
dc.identifier.callno | QK495.R15N633 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004160(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110783+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.