Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500207
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslinda Shamsudin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorFarah ��Atiqah Abdul Azam (P76828)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:39:49Z-
dc.date.available2023-10-13T09:39:49Z-
dc.date.issued2019-05-27-
dc.identifier.otherukmvital:110606-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500207-
dc.descriptionPseudowolastonit (α-CaSiO3) merupakan salah satu polimorf kalsium silikat yang bersifat bioserasi dan telah terbukti dapat .menghasilkan keterikatan dengan sel hidup dan tisu. Oleh kerana di Malaysia terdapat banyak sumber mineral batu kapur dan lambakan sekam padi yang terbuang, bahan ini digunakan sebagai bahan asas untuk menghasilkan bahan biokomposit pseudowolastonit yang baru untuk aplikasi bioperubatan. Pseudowolastonit yang disintesis 100% menggunakan sumber tempatan ini menggunakan teknik keadaan pepejal dicampur bersama bahan tambah agen penguat mulit (3Al2O3.2SiO2) yang telah dikalsin dari mineral andalusit. Ia dipercayai dapat meningkatkan sifat mekanik biokomposit pseudowolastonit ini. Agen anti-bakteria argentum (Ag) juga dimasukkan bagi menambah sifat antibakteria pada biokomposit ini. Keputusan XRD menunjukkan serbuk campuran CaO-SiO2 dengan nisbah 55:45 yang disinter pada suhu sinteran 1250 C selama 2 jam telah berjaya menghasilkan fasa tunggal pseudowolastonit (α-CaSiO3) manakala andalusit yang disinter pada suhu 1450 C selama 4 jam memperolehi fasa tunggal mulit. Seterusnya, mulit (M) dan argentum (Ag) dengan nisbah peratusan berat bahan tambah masing-masing 10-30 %bt. dan 1-5 %bt. dicampurkan bersama pseudowolastonit (PSW) menggunakan teknik pengisaran bebola dengan kelajuan 400 rpm selama 15 minit. Berdasarkan ujian ketumpatan, keporosan dan kajian morfologi, pelet biokomposit pseudowolastonit dengan komposisi yang berbeza dan disinter pada suhu 800 C, 1000 C dan 1150 C telah menunjukkan peningkatan ketumpatan pelet sejajar dengan peningkatan suhu. Penambahan mulit sebanyak 20 % bt. dengan suhu sinteran 1150 C, menunjukkan nilai kekuatan tegangan diameter (DTS) (8.8 ± 0.15 MPa) dan kekerasan mikro (3.79 0.14 GPa) yang paling tinggi berbanding pseudowolastonit asli dengan bacaan DTS dan kekerasannya masing-masing 5.04 0.25 MPa dan 2.311 0.14 GPa. Manakala komposit PSW- 20- %bt.M- 5 %bt.Ag yang disinter pada suhu 1150 C pula menunjukkan nilai kekuatan tegangan diameter 6.09 0.35 MPa dan kekerasan mikro 3.12 0.11 GPa dengan peratus keporosan 33.2%. Seterusnya, ujian antibakteria menggunakan teknik difusi cakera menunjukkan kehadiran zon perencatan pada sekeliling pelet komposit PSW yang mengandungi Ag justeru membuktikan kesan perencatan bakteria yang baik terhadap bakteria Staphylococcus aureus (S.aureus) dan Escherichia coli (E.coli). S.aureus didapati mudah rentan terhadap ion AgNP yang terdapat pada komposit PSW berbanding E.coli. Pencirian sifat kebioaktifan sampel menggunakan XRD, FTIR dan FESEM juga menunjukkan kebioaktifan sampel berdasarkan penumbuhan lapisan apatit jenis amorfus kalsium fosfat (ACP) pada permukaan kesemua sampel pada hari ketujuh rendaman dalam larutan SBF. Namun begitu, analisis kesitoktosian sampel dan percambahan sel menunjukkan reaksi sitotoksik sampel terhadap sel dalam 10% bahan larut lesap komposit selepas 24 jam inkubasi. Walaubagaimanapun, keputusan ini tidak menunjukkan bahawa sampel bersifat sangat toksik atau 'membunuh sel' 100% kerana terdapat peningkatan kadar penumbuhan sel yang positif selepas 72 jam. Secara keseluruhan, hasil kajian yang diperolehi menunjukkan komposit pseudowolastonit dengan penambahan 20 %bt. mulit dan 5 %bt. Ag bersifat bioaktif, antibakteria dan kekuatan mekaniknya berpotensi untuk di aplikasikan sebagai perancah tulang.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCalcium silicates-
dc.subjectLimestone-
dc.subjectBiomedical engineering-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan biokomposit pseudowolastonit-mulit-argentum sebagai bahan bioperubatan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages146-
dc.identifier.callnoQD181.C2F337 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004147(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110606+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.