Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500173
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda Shamsudin, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Rahafza Abdul Manap (P68172) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:39:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:39:18Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:108332 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500173 | - |
dc.description | Pencemaran udara di dalam sesebuah bilik mahupun bangunan berpunca daripada pembebasan sebatian organik meruap oleh pelbagai sumber termasuklah perabot dan karpet baharu, cat, pelekat kertas dinding dan juga asap kenderaan. Sebatian organik meruap seperti benzena, toluena, etilbenzena, xilena (BTEX) dan formaldehid merupakan sebatian organik meruap yang biasa terdapat didalam udara sesebuah bangunan. Kehadiran sebatian organik meruap terutamanya formaldehid yang bersifat karsinogen menjejaskan kualiti udara dan kesihatan manusia di dalam bangunan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji, menganalisis dan membuktikan keupayaan serat mesokarpa kelapa sawit (SMKS) sebagai bahan mentah dalam penghasilan bahan jerap bio-arang berasaskan serat mesokarpa kelapa sawit (BABS) untuk menyerap dan menyingkirkan formaldehid dalam udara. Beberapa faktor seperti mudah didapati dalam jumlah yang banyak dengan kos pemprosesan yang rendah dan kandungan bahan lignoselulosa (selulosa, 43%, hemiselulosa, 33% dan lignin, 22%) yang terdapat dalam SMKS merupakan kelebihan SMKS sebagai bahan penjerap. Kajian ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pencirian bahan BABS dari segi fizikal dan kimia, analisis penyerapan berkelompok, analisis model kinetik dan isoterma dan ujian aplikasi campuran BABS-TiO2 (BABSTO) ke dalam cat komersial. SMKS menjalani proses karbonisasi pada suhu 500 °C, 600 °C, 700 °C dan 800 °C dengan kadar pemanasan 10 °C/min dan suhu tersebut dikekalkan selama sejam untuk menghasilkan BABS, masing-masing dilabel sebagai POFN500, POFN600, POFN700 dan POFN800. Sampel POFN500 memberikan peratus penyingkiran formaldehid tertinggi (80.9%) mengatasi POFN600, POFN700 dan POFN800 masing-masing dengan 69.5% 74.3% dan 71.9%. Kesemua sampel mencatatkan peratus kecekapan penyahjerapan BTEX melebihi 75%. Proses karbonisasi pada julat suhu 500 °C - 800 °C ini telah memperbaiki sifat fizikokimia BABS seperti luas permukaan (0.78 m2/g kepada 19.8 m2/g dan diameter liang (0.78 nm - 7.1 nm). Selain itu, proses karbonisasi turut memberikan kesan ke atas jumlah arang yang terhasil, morfologi dari segi pembentukan liang-liang kecil dan besar, pengecutan struktur yang menyumbang kepada bentuk yang tidak sekata dan keamatan puncak-puncak tertentu yang diwakili oleh bahan lignoselulosa. Taburan saiz liang teragih pada julat meso dan mikro yang disokong dengan bentuk isoterma penjerapan-penyahjerapan jenis V dan histeresis Jenis H3 yang ditunjukkan oleh sampel BABS. Serbuk TiO2 dicampurkan kepada POFN500 bagi menghasilkan sampel BABS-TiO2 (BABSTO). TiO2 merupakan fotopemangkin yang berupaya untuk mendegradasi formaldehid yang menyumbang kepada peratus penyingkiran formaldehid yang lebih tinggi. Percampuran ini telah mengurangkan jumlah luas permukaan (19.8 m2 g-1 kepada 9.545 m2 g-1), isipadu dalam liang (0.0078 cm3 g-1 kepada 0.0014 cm3 g-1) dan jumlah isipadu dalam liang (3.048 cm3 g-1 kepada 0.023 cm3 g-1), namun berupaya menyumbang kepada peratus penyingkiran formaldehid daripada 80.9% kepada 96% dalam masa 300 minit tempoh ujian penjerapan dijalankan. Kapasiti penjerapan formaldehid juga turut bertambah daripada 391.3 mg g-1 kepada 434.4 mg g-1, manakala penjerapan maksimum qmax yang dicatatkannya adalah 497.5 mg g-1. Kajian model kinetik mendapati bahawa kepekatan pemula formaldehid, Ci mempengaruhi jenis model kinetik yang diwakili. Model kinetik pseudo-tertib kedua (Ci=0.5 ppm) berubah kepada pseudo-tertib pertama apabila kepekatan formaldehid bertambah sebanyak 4.2 kali ganda. Analisis model isoterma membuktikan bahawa penjerapan formaldehid ke atas BABSTO positif berlaku dengan nilai faktor pemisah RL (0 < RL <1) bagi semua kepekatan v pemula formaldehid (0.5, 0.75, 0.9 dan 2.1 ppm). Penjerapan formaldehid diwakili oleh isoterma Freundlich yang menjelaskan bahawa penjerapan yang berlaku tidak terhad kepada satu lapisan sahaja. Aplikasi BABSTO ke dalam cat komersial pula menunjukkan keupayaan BABSTO menurunkan kepekatan formaldehid dalam udara bagi cat berkualiti rendah yang tidak mempunyai bahan tambah spesifik untuk mengurangkan sebatian organik meruap dan anti-formaldehid daripada 1 ppm kepada 0.05 ppm untuk tempoh 180 minit. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggabungan dua kaedah iaitu penyerapan oleh serat mesokarpa kelapa sawit dan fotopemangkinan oleh TiO2 telah berjaya mengurangkan kepekatan formaldehid dalam udara.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Volatile organic compounds | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Campuran bio-arang berasaskan serat mesokarpa kelapa sawit-TiO2 sebagai bahan penjerap sebatian organik meruap dalam udara | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 163 | - |
dc.identifier.callno | TD196.O73N637 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003884(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108332+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.