Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500166
Title: Taburan, fiziko˗kimia tanah, anatomi dan mikroskopik Tetrastigma rafflesiae Planchon di Perak, Pahang dan Kelantan
Authors: Syamsurina Arshad (P70780)
Supervisor: Jumaat Adam, Prof. Dr.
Keywords: Rafflesia -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Dec-2018
Description: Tetrastigma rafflesiae Planchon merupakan spesies anggur liar daripada famili Vitaceae yang kurang dikenali berbanding holoparasitnya, bunga Rafflesia. Kajian komprehensif ke atas spesies ini amat wajar kerana sifat yang unik berasosiasi dengan Rafflesia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji taburan dan ekologi T. rafflesiae yang terdapat di lokaliti terpilih iaitu di negeri Perak, Pahang dan Kelantan, menganalisis ciri fiziko-kimia T. rafflesiae di lapangan (habitat semulajadi), mengenal pasti teknik hortikultur yang sesuai untuk pembiakan allternatif T. rafflesiae bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan serta menghuraikan ciri anatomi dan mikromorfologi T. rafflesiae. Hasil kajian merekodkan taburan T. rafflesiae berada di 127 lokasi iaitu 51 lokasi di Perak, 69 lokasi di Pahang dan tujuh lokasi di Kelantan dengan habitatnya tertumpu di lereng bukit, tepi sungai, tanah rata, cerun dan kawasan berbatu. Sejumlah 85 lokasi menunjukkan T. rafflesiae berasosiasi dengan Rafflesia. Analisis fiziko-kimia tanah memperlihatkan habitat semulajadi T. rafflesiae tertumpu di kawasan berasid dengan julat pH 3.79 hingga 5.80. Ordinasi menggunakan Analisis Kesepadanan Berkanonik (CCA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan corak taburan spesies ini di antara lokasi penemuan walaupun dalam negeri yang sama. Hasil kajian secara ex situ mendapati T. rafflesiae mudah dibiakkan melalui kaedah keratan batang berbanding kaedah tisu kultur. Keratan batang berjaya dibiakkan menggunakan medium campuran tanah 7:3:1 dan 3:2:1 berbanding medium lain. Selepas 180 hari, keratan batang yang dibiakkan melalui medium 7:3:1 mempunyai kandungan klorofil daun yang tinggi (10.22c), luas permukaan daun yang tinggi (16.375c) dan bilangan ruas (0.825b) manakala penggunaan medium 3:2:1 meningkatkan kuantiti bilangan daun (12.10b) dan tinggi keratan (18.775c). Menerusi kajian anatomi dan mikroskopik menunjukkan T. rafflesiae mempunyai corak tisu vaskular petiol sistem tertutup dengan satu gegelang tisu vaskular terdiri daripada 19-20 berkas vaskular yang tersusun secara tidak selanjar berbentuk - bentuk-O, corak tisu vaskular tulang daun dengan sistem tertutup, satu gegelang tisu vaskular yang terdiri daripada 7-9 berkas vaskular tersusun tidak selanjar hampir bentuk-O, bentuk luaran petiol pada adaksial cembung, pada abaksial bentuk-U dan struktur seperti cuping terbentuk pada kawasan pertemuan pemukaan abaksial dan adaksial, bentuk luaran tulang daun adaksial berbonggol dan abaksial bentuk-U, tepi anak daun membulat-hujung, dinding antiklin abaksial dan adaksial lurus ke melengkung, serta kehadiran stomata adalah secara homostomatik, hipostomatik dan jenis diasitik. Empulur besar secara relatif memenuhi 80% ruang tengah pada bahagian batang dan sulur paut. Tanin hadir pada bahagian akar. Kesimpulannya, kajian ini telah menambahkan data mengenai T. rafflesiae di Malaysia dan berguna dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan T. rafflesiae khasnya dan Rafflesia amnya.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 247
Call Number: QK495.R15S973 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108327+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.