Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500165
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBohari M. Yamin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorFarah Ruslin (P64388)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:39:12Z-
dc.date.available2023-10-13T09:39:12Z-
dc.date.issued2018-12-26-
dc.identifier.otherukmvital:108326-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500165-
dc.descriptionSebatian ferosenium boleh terhasil melalui pengoksidaan ferosena oleh logam halida atau oksigen dengan kehadiran asid. Dalam projek ini, asid dikarbosilik dan ammonium tiosianat telah ditindakbalas dengan ferosena untuk menghasilkan sebatian ferosenium. Spektrum inframerah produk daripada tindak balas ferosena dengan asid oksalik dan asid maleik menunjukkan kehadiran ferosenium melalui pengecaman mod C-H bengkokan di luar satah pada getaran sekitar 850 cm-1. Manakala spektrum ultralembayung menunjukkan puncak pada 617 nm. Kajian sinar-X hablur tunggal terhadap produk tindak balas daripada asid oksalik mempunyai sistem hablur monoklinik dengan kumpulan ruang P2(1)/c, a = 14.076(7), b = 13.544(7), c = 15.903(8), α = γ = 90 o, β = 107.029(10) o, Z = 4 dan V = 2902(3) A3. Penyelesaian struktur mendapati ia adalah tetraferosenium μ-(oksalato)bis(tetraisotiosianato)ferum(III) 1 yang terdiri daripada empat kumpulan ferosenium dengan satu anion kompleks dinuklear [Fe2C2O4(NCS)8]4-. Produk daripada tindak balas asid maleik tidak analogus dengan produk asid oksalik. Ia mempunyai sistem trigonal dengan kumpulan ruang P-3, a = 18.1606(12), b = 18.1606(12), c = 8.9808(6), α = β = 90 o dan γ = 120 o, Z = 1 dan V = 2565 A3. Produk tersebut adalah heksaferosenium heksa(isotiosianato)ferum(III) trihidroksinium 2 yang mana kationnya terdiri daripada enam ferosenium dan tiga hidroksinium diimbangi oleh kompleks anion heksa(tiosianato)ferum(III). Kehadiran organotimah MeSnCl3 dan BuSnCl3 menghasilkan produk yang sama dengan produk 1. Tindak balas dengan kehadiran Bu2SnCl2 menghasilkan produk berwarna kuning iaitu triammonium trioksalatoferat(III) 3 yang dikenalpasti melalui penyelesaian struktur kajian hablur tunggal sinar-X. Manakala, Me2SnCl2, Me3SnCl, Bu3SnCl dan Ph3SnCl menghasilkan campuran kedua-dua produk 1 dan 3. PhSnCl3 dan Ph2SnCl2 memberi produk pepejal berwarna biru yang menunjukkan pembentukan garam ferosenium. Walau bagaimanapun, terdapat kehadiran pepejal putih di permukaan yang tidak mudah dipisahkan kecuali pepejal biru larut dalam air. Pemejalan garam biru daripada air adalah sukar kerana menghasilkan pepejal likat. Kajian magnetik produk 1 dan 2 menunjukkan kedua-dua sebatian bersifat paramagnetik masing-masing dengan nilai momen magnet yang agak tinggi iaitu 3.193 BM dan 5.089 BM. Kajian sifat penguraian terma dan sitotoksik menggunakan sel tumor MCF-7 terhadap produk 1 dan 2 juga dilakukan. Tindak balas asid tiosianik dengan MeSnCl3, BuSnCl3 dan PhSnCl3 tanpa ferosena menghasilkan 5-hidroksi-[1,2,4]ditiazol-3-tion 4, C2HNOS3 dan menghablur pada sistem hablur monoklinik dengan kumpulan ruang P2(1)/c, a = 4.0439(4) Å, b = 10.5663(8) Å, c = 12.7644(10) Å, β = 97.081(3) °, Z = 4 dan V = 541.25(8) A3. Kajian DFT terhadap produk 4 mendapati persetujuan di antara data spektroskopi IM, RMN dan eksperimen sinar-X hablur tunggal dengan data kiraan DFT.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFerrocene-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis, pencirian, sifat penguraian terma, magnetik dan sitotoksik sebatian ferosenium-
dc.typeTheses-
dc.format.pages241-
dc.identifier.callnoQD412.F4F337 2018 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108326+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.