Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500161
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norrakiah Abdullah Sani, Dr. | - |
dc.contributor.author | Jelin Sawei (P75322) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:39:09Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:39:09Z | - |
dc.date.issued | 2019-01-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:108323 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500161 | - |
dc.description | Bacillus cereus merupakan patogen makanan yang sering dikaitkan dengan dua jenis penyakit seperti muntah dan cirit-birit. Dua toksin tidak tahan haba dikaitkan dengan gejala cirit-birit, manakala satu peptid toksin tahan haba pula merupakan punca kepada gejala muntah. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengenalpasti risiko B. cereus dalam beras tempatan Malaysia. Sebanyak 64 (n=3) variati beras berpigmen dan tidak berpigmen diperolehi daripada pasar tempatan yang menjual pelbagai variati beras yang ditanam di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah digunakan di dalam kajian ini. Pada objektif pertama, sifat warna, antioksida dan antibakteria sampel beras telah dilakukan. Parameter warna bagi nilai L*, adjustor.sh assign_extension.sh dan base.sh bb bb2 bb6 bagi sampel berpigmen adalah dalam julat 37.1-91.9, -8.5-13.9 dan -5.1-17.6 masing-masing. Bagi sampel tiada pigmen pula, tiga nilai warna tersebut adalah dalam julat 70.9-108.2, -12-(-6.9) dan -8.3-13.6 masing-masing. Sampel berpigmen juga menunjukkan MIC (kepekatan paling minimum) dan MBC (kepekatan bakteria minimum) paling rendah serta zon perencatan yang tertinggi ke atas B. cereus (ATCC® 11778TM). Objektif kedua pula adalah untuk menentukan kehadiran sel vegetatif, sel endospora dan gen toksin yang hadir. Daripada 192 sampel yang dianalisis, B. cereus vegetatif telah didapati dalam 180 (93.8%) sampel beras mentah dengan julat log cfu/g sebanyak 1.7-4.2. Walau bagaimanapun, hanya 107 (55.8%) sampel dicemari oleh endospora B. cereus selepas bertahan dalam rawatan haba pada 75°C selama 15 minit. Lima pencilan B. cereus sel vegetatif telah membawa gen toksin cirit-birit seperti hblA dan hblD Sebanyak 177 (97.8%), 155 (85.6%) dan 172 (95%) masing-masing daripada pencilan B. cereus sel vegetatif membawa gen toksin hblC, cyt-K dan nheA. Manakala hanya 42 (23.3%) pencilan B. cereus sel vegetatif diuji positif bagi gen toksin nheC. Tidak ada pencilan B. cereus sel vegetatif bagi gen toksin muntah, ces dikenalpasti. Bagi pencilan endospora B. cereus pula, 2 (1.9%) dan 106 (99.1%) pencilan adalah positif bagi gen toksin hblA dan hblC masing-masing. Jenis gen toksin cyt-K, nheA, nheB dan nheC pula adalah positif dalam 86 (80.4%), 105 (98.1%), 1 (0.9%) dan 52 (48.6%) pencilan endospora B. cereus masing-masing. Kesemua pencilan endospora adalah negatif bagi hblD dan ces. Objektif terakhir adalah menentukan daya kerintangan terhadap suhu tinggi dan pertumbuhan pencilan endospora di dalam nasi yang telah dimasak dan ketika proses memasak nasi. Hanya 20 pencilan endospora B. cereus telah dipilih untuk tujuan objektif tersebut. Sebanyak 106 cfu/g telah didapati dalam nasi selepas 34 jam pada 17oC, 22 jam pada 20oC dan 14 jam pada 25oC pengeraman. Pencilan endospora B. cereus telah mencapai sebanyak 107 cfu/g selepas 4 jam pada 30oC pengeraman. Sementara itu, pada 4oC dan 12oC, jumlah kiraan endospora B. cereus tidak mencapai 104 cfu/g walaupun selepas 48 jam pengeraman. Julat nilai D95 bagi 20 pencilan endospora B. cereus adalah di antara 2.6-3.5 minit (purata 3.2±0 minit). Walau bagaimanapun, kesemua 20 pencilan endospora B. cereus jenis muntah tidak hidup dengan baik pada tahap 102 dan 103 cfu/g inokulum ketika proses memasak. Oleh yang demikian, hasil kajian telah menunjukkan walaupun jenis cirit-birit adalah lebih ketara dalam beras Malaysia, risiko untuk penyakit bawaan makanan berpunca daripada jenis cirit-birit adalah rendah.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Bacillus cereus | - |
dc.subject | Bacillus (Bacteria) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kehadiran, pencirian, ketoksikan dan pertumbuhan Bacillus cereus dalam pelbagai jenis beras (Oryza sativa L.) di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 182 | - |
dc.identifier.callno | QR82.B3J435 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003877(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108323+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.