Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500158
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Yusof Maskat, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Hafiza Zairuh (P49123) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:39:07Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:39:07Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-24 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:108321 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500158 | - |
dc.description | Penyelidikan telah dijalankan untuk mengkaji proses fermentasi jus mengkudu (Morinda citrifolia L.) oleh Saccharomyces cerevisiae. Eksperimen dilakukan berdasarkan rekabentuk komposit putaran tengah (CCRD) menggunakan 5 replikasi titik tengah dengan paksi dan titik faktorial menghasilkan 30 perlakuan yang melibatkan 4 faktor iaitu kepekatan substrat (40, 50, 60, 70 dan 80%) (w/v), saiz inokulum (0, 1.5, 3, 4.5 dan 6%) (v/v), suhu (30, 33.5, 37, 40.5 dan 44 oC) dan masa (0,1.5, 3, 4.5 dan 6 hari). Sembilan ciri-ciri fiziko-kimia termasuk pH, keasidan tertitrat,kekeruhan, jumlah pepejal terlarut, jumlah kandungan polifenol, antioksidan (DPPH),vitamin C, kepekatan asid oktanoik dan ujian sensori. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua hasil eksperimen boleh diwakili menggunakan model statistik. Keadaan optimum yang diperolehi adalah 50.4% (w v) kepekatan substrat dengan 4.5% (v/v) yis S. cerevisiae yang difermentasi selama 1.5 hari (36 jam) pada 35.6 oC. Bagi meningkatkan aroma dan kualiti jus M.citrifolia, penentuan kesan rawatan haba dilakukan iaitu kaedah pensterilan dan kesan proses fermentasi terhadap komponen antioksida (skopoletin, rutin dan kuarsetin) oleh Analisis Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC), serta jumlah kandungan polifenol dalam jus tersebut. Tiada perbezaan yang signifikan dalam skopoletin dan rutin untuk jus M. citrifolia segar, disterilkan dan difermentasi. Bagi kuersetin pula, jus M. citrifolia yang disteril dan difermentasi adalah tidak signifikan, namun kedua-duanya adalah signifikan berbanding dengan jus segar. Kepekatan asid oktanoik dan asid heksanoik dalam jus yang disteril meningkat secara signifikan, manakala dalam jus difermentasi, kepekatan asid oktanoik telah menurun secara signifikan berbanding jus segar dan disteril. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada penurunan asid oktanoik dan glukosa semasa proses fermentasi dalam sistem model. Ini menunjukkan bahawa asid oktanoik menurun sebanyak ± 30% semasa 16 jam dan 32 jam difementasi dalam media B, manakala ± 20% asid oktanoik diturunkan dalam media C semasa 24 jam proses fermentasi. Keadaan ini diaplikasikan dalam kepekatan glukosa yang berbeza untuk menentukan kandungan glukosa optimum yang akan ditambah dalam jus M. citrifolia. Oleh itu, kepekatan jus yang sesuai ditambah adalah sebanyak 6g/L and12 g/L.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Morinda citrifolia | - |
dc.subject | Morinda citrifolia -- Postharvest technology | - |
dc.subject | Medicinal plants | - |
dc.subject | Tropical fruit | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kajian penyahasidan asid oktanoik dalam jus mengkudu (Morinda citrifolia) melalui proses fermentasi oleh Saccharomyces cerevisiae | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 211 | - |
dc.identifier.callno | QK495.R85N837 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003875(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108321+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.