Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500153
Title: | Kesan penukaran hutan paya gambut sekunder kepada tanah pertanian ke atas burung bawah kanopi |
Authors: | Ainil Hawa Sazali (P62705) |
Supervisor: | Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad, Prof. Dr. |
Keywords: | Swamp ecology -- Malaysia Forest biodiversity -- Malaysia Biodiversity -- Malaysia Peatland forestry -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Oct-2018 |
Description: | Permintaan yang tinggi terhadap minyak sawit telah mendorong kepada pembukaan hutan paya gambut secara besar-besaran di Asia Tenggara. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesan penggunaan tanah pertanian secara intensif terhadap komuniti burung di Hutan Paya Gambut Selangor Utara (HPGSU). Objektif kajian ini ialah: 1) untuk membandingkan kepelbagaian dan taburan kelimpahan spesies burung antara dua habitat yang berbeza iaitu di hutan paya gambut dan ladang kelapa sawit yang berada di sekeliling hutan paya gambut; 2) untuk mengkaji faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kekayaan spesies burung; 3) untuk menyiasat hubungan di antara kumpulan pemakanan burung dalam pemilihan komposisi struktur vegetasi; 4) untuk mengkaji penggunaan habitat empat spesies burung terpilih di kawasan ekoton (hutan paya gambut dan ladang kelapa sawit). Dalam kajian ini, sebanyak 14 plot telah dipilih di kawasan hutan paya gambut dan di ladang kelapa sawit. Burung telah ditangkap dengan menggunakan jaring kabut yang dipasang secara rawak dengan sela jarak 1 km selama lapan hari secara berterusan di setiap plot iaitu dari bulan Mei 2012 sehingga Disember 2013. Komposisi dan struktur vegetasi telah direkodkan di plot kajian telemetri di hutan paya gambut. Seterusnya, kaedah radio telemetri dijalankan dari bulan Oktober 2013 sehingga Februari 2014 untuk mengetahui luas penggunaan habitat oleh empat spesies burung. Sejumlah 1045 individu daripada 73 spesies berjaya ditangkap di hutan paya gambut manakala 168 individu daripada 13 spesies di ladang kelapa sawit. Hasil tangkapan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekayaan spesies burung di bawah kanopi di antara hutan paya gambut dan ladang kelapa sawit (F1,26=16.62, p<0.001). Terdapat perbezaan yang besar bagi individu burung yang ditangkap di hutan paya gambut dan ladang kelapa sawit (F1,26=10.60, p=0.003). Dari segi kelimpahan spesies burung, didapati Merbah Kapur (Pycnonotus goivier) mendominasi hutan paya gambut di ikuti oleh Merbuk (Geopelia striata), dan Merbah Belukar (Pycnonotus plumosus). Manakala, di ladang kelapa sawit mencatatkan Murai Kampung (Copsychus saularis) yang mempunyai hasil tangkapan tertinggi, diikuti oleh Pekaka Dada Putih (Halcyon smyrnensis), dan Merbah Kapur (P. goivier). Hasil kajian mendapati komuniti burung di antara hutan paya gambut dan ladang kelapa sawit mempunyai perbezaan yang sangat ketara berdasarkan nilai analisis persamaan (ANOSIM, number of permutations = 999; Global R= 0.681; p= 0.001). Melalui plot MDS pula, komposisi spesies burung amat berbeza di antara kedua-dua kawasan kajian dengan nilai purata ialah 80.73%. Hasil daripada analisis ujian peratusan persamaan (SIMPER) juga menunjukkan komuniti burung di dalam hutan paya gambut adalah 31.32%, manakala di kawasan ladang kelapa sawit pula adalah sebanyak 51.30%. Berdasarkan pengecaman spesies tumbuhan, sebanyak 35 spesies tumbuhan yang didominasi oleh spesies pokok renek berjaya direkodkan. Ini menunjukkan struktur vegetasi yang renek dan tidak padat menjadi tarikan kepada spesies burung untuk mendiami hutan paya gambut sekunder. Hasil kajian radio telemetri pula menunjukkan, purata luas kawasan keliaran bagi Punai Kericau, Merbah Kapur, Tekukur, dan Merbuk berdasarkan analisis Minimum Convex Polygons 95% (MCP) adalah 48.78±35.27 SD ha, 36.19±37.19 SD ha, 36.13±18.14 SD ha, dan 32.98±20.61 SD ha masing-masing. Hasil analisis ujian Kruskal Wallis bagi 23 individu burung berdasarkan 95% MCP (H=0.58, P=0.902), Kernel (H=0.71, P=0.871), dan HM (H=1.79, P=0.618) menunjukkan tiada perbezaan yang siginifikan terhadap luas kawasan keliaran bagi interspesies burung. Kesimpulannya, kajian ini dapat menyediakan data terkini mengenai taburan spesies burung dan corak penggunaan habitat burung di HPGSU sekaligus dapat dijadikan petunjuk terhadap kualiti hutan paya gambut. Justeru, maklumat ini dapat membantu dalam pemuliharaan landskap dan mencegah lebih banyak hutan paya gambut diterokai menjadi ladang kelapa sawit.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 226 |
Call Number: | QH541.5.S9A386 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108159+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.