Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500137
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Amran Ab. Majid, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Che Nor Aniza Che Zainul Bahri (P70787) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:38:51Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:38:51Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:107625 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500137 | - |
dc.description | Torium merupakan radionuklid tabii (NORM) dalam kerak bumi berkelimpahan empat kali ganda berbanding uranium. Di Malaysia, kandungan torium dalam mineral monazit didapati berada dalam julat 6.5 - 7.5%. Potensi besar penggunaan torium sebagai bahan api reaktor nuklear Generasi-IV iaitu Reaktor Cecair Torium Florida (LFTR) menjadikannya sebagai satu komoditi penting pada masa kini. LFTR mencadangkan torium tetraflorida (ThF4) sebagai bahan api manakala campuran garam LiF-BeF2 (FLiBe) sebagai pelarut dan pembawa bahan api. ThF4 dan LiF-BeF2 ini menjadi keutamaan dalam memahami konsep kitaran bahan api LFTR. Oleh kerana torium dan berilium merupakan bahan kawalan pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), maka kaedah alternatif untuk membangunkan bahan api cecair torium perlu diusahakan. Kajian ini bertujuan mensintesis dan mencirikan ThF4 yang dihasilkan daripada monazit Malaysia serta menilai campuran garam LiF-NaF-KF (FLiNaK) sebagai pembawa bahan api cecair. Sebatian pemula larutan torium nitrat (Th(NO3)4 yang diekstrak daripada monazit Malaysia telah digunakan untuk menghasilkan ThF4. Kajian ini melibatkan empat peringkat proses iaitu pemendakan Th(NO3)4 dengan asid oksalik (C2H2O4.2H2O), pengkalsinan torium oksalat (Th(C2O4)2) kepada torium oksida (ThO2), pemflorinan ThO2 menggunakan ammonium hidrogen diflorida (NH4HF2) dan penguraian terma kepada ThF4. Dalam proses pemflorinan, campuran ThO2 dan NH4HF2 pada julat mol 4.0 - 6.0 ditindak balaskan pada suhu bilik dan dibiarkan sehingga 20 hari. Analisis Belauan Sinar-X (XRD) terhadap campuran dilakukan pada hari ke 5, 10, 15 dan 20. Campuran tersebut seterusnya dipanaskan pada suhu 450 - 750°C dengan aliran gas argon. Pembentukan ThF4 disahkan menggunakan analisis XRD. Pencirian Th(NO3)4, ThO2 dan ThF4 dianalisis menggunakan Spektrometri Jisim Gandingan Plasma Teraruh (ICP-MS), Analisis Termogravimetri (TGA), XRD dan Mikroskopi Pengimbas Elektron dengan Spektroskopi Serakan Tenaga Sinar-X (SEM-EDS). Larutan Th(NO3)4 dan ThO2 yang dihasilkan masing-masing adalah berketulenan 97.10 ± 0.74 % dan 98.85 ± 0.69 %. Pemflorinan ThO2 pada suhu bilik telah menghasilkan ammonium torium florida samada (NH4)4ThF8, (NH4)3ThF7 atau (NH4)4/3ThF8/7. Nisbah molar optimum bagi sintesis (NH4)3ThF7 adalah 1.0:5.5 (ThO2:NH4HF2) dengan masa tindak balas selama 5 hari. Pemanasan (NH4)4/3ThF8/7 pada suhu 450°C memadai bagi menghasilkan ThF4. Seterusnya penilaian ke atas garam lebur LiF-NaF-KF sebagai pembawa bahan api ThF4 telah ditentukan berdasarkan komposisi dan suhu eutektiknya melalui gambarajah fasa tetiga (terner) dan analisis Kalorimetri Imbasan Pembeza (DSC). Hasil kajian mendapati komposisi dan suhu eutektik campuran LiF-NaF-KF masing-masing adalah 45-12-43 mol % dan 468.19°C. Kajian ini menunjukkan bahawa ThF4 yang dihasilkan daripada monazit Malaysia boleh dipertimbangkan sebagai bahan api LFTR. Penilaian campuran garam LiF-NaF-KF menjadi asas kepada penyediaan campuran garam LiF-BeF2-ThF4 untuk penggunaan LFTR.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Thorium | - |
dc.subject | Thorium alloys | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sintesis dan pencirian torium tetraflorida (ThF4) daripada monazit Malaysia serta penentuan suhu eutektik garam lebur florida (LiF-NaF-KF) | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 187 | - |
dc.identifier.callno | QD181.T5C484 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003851(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107625+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.