Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500130
Title: | Organogel polimer daripada monomer terbitan tandan kosong buah kelapa sawit sebagai pembawa ubat |
Authors: | Satriani Aga Pasma (P75190) |
Supervisor: | Rusli Daik, Prof. Dr. |
Keywords: | Biopolymers Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Oct-2018 |
Description: | Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan formulasi organogel baharu menggunakan polimer terbiodegradasi yang dihasilkan daripada monomer terbitan tandan kosong buah kelapa sawit (OPEFB). Fokus formulasi adalah penghantar ubat hidrofobik dengan keserasian bio dan kadar penembusan ubat yang dipertingkatkan. Monomer asid suksinik dihasilkan daripada selulosa OPEFB dengan menggunakan kaedah hidrolisis berenzim dan fermentasi. Pempolimean berenzim dijalankan menggunakan asid suksinik dan alkohol untuk menghasilkan beberapa poliester terbiodegradasi dengan berat molekul tertinggi 6.20×104 g/ mol. Monomer asid 4-hidroksibenzoik dihasilkan daripada lignin OPEFB dengan menggunakan kaedah hidrolisis berenzim. Asid oleik digunakan sebagai fasa lipid dalam sistem dan juga sebagai penggalak ke atas penembusan ubat manakala kurkumin digunakan sebagai model ubat hidrofobik dalam kajian ini. Selanjutnya, kajian penelapan in vitro dijalankan untuk menentukan keupayaan Organogel polimer sebagai penghantar ubat secara topikal. Analisis perbandingan dijalankan menggunakan sel difusi franz dan organogel Soya Lesitin (SLO) digunakan sebagai kawalan. Organogel polimer memiliki ciri reologi dan tekstur yang baik dan sesuai untuk penyebaran gel ke atas kulit, kestabilan jangka panjang, nilai pH yang sesuai dengan kulit dan pembebasan kurkumin yang tinggi. Tahap muatan kurkumin dalam sistem adalah tinggi iatu sebanyak 99.70 ± 0.88 % bagi organogel polimer p-Ha-PBSO. Seterusnya, nilai pembebasan ubat oleh organogel polimer p-Ha-PESO dalam kajian ini adalah sebanyak 194.08 ± 0.01 % μg/cm2 dan nilai ubat yang tertahan pada lapisan kulit epidermis sebanyak 588.88 ± 207.16 μg/cm2. Nilai tersebut adalah lebih tinggi berbanding formulasi organogel lain terutamanya organogel kawalan SLO dan organogel daripada surfaktan yang sudah berkembang. Oleh itu, organogel polimer dijangka dapat digunakan sebagai penghantar ubat secara topikal yang berkesan dalam bidang farmasi.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 208 |
Call Number: | QP801.B69P337 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106311+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.