Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500124
Title: | Pengubahsuaian kimia kanji ubi dioscorea, pencirian dan penggunaannya sebagai surfaktan polimer ionik |
Authors: | Elmi Sharlina Md Suhaimi (P74111) |
Supervisor: | Mohd Azwani Shah Mat Lazim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Yams Polymerization Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Oct-2018 |
Description: | Kajian yang melibatkan penyediaan dan penghasilan bahan baharu berasaskan sumber semula jadi telah meningkat dan menarik perhatian penyelidik pada masa kini. Kanji mempunyai keistimewaan seperti mudah terbiodegradasi, mudah diperolehi, boleh diperbaharui, murah secara relatif dan telah digunakan secara meluas dalam industri makanan dan bukan makanan. Sebelum sintesis surfaktan polimer ionik dijalankan, kanji diekstrak terlebih dahulu dari ubi Dioscorea pyrifolia dan D. pentaphylla diikuti dengan penciriannya. Surfaktan polimer ionik berasaskan kanji D. pyrifolia berjaya disintesis melalui pengubahsuaian kimia bagi menghasilkan natrium kanji sulfat (kanji anionik), kanji 2-hidroksi-3-(N,N,N-trimetilammonium)-propiloksi (kanji kationik) dan kanji 2-hidroksi-3-(N,N,N-trimetilammonium)-propiloksi sulfat (kanji zwitterionik) yang masing-masing mempunyai darjah penukargantian optimum 1.81,0.11 dan 0.14. Struktur molekul kanji asli dan terbitannya telah berjaya dikenal pasti dengan spektroskopi infra-merah transformasi Fourier (IMTF) dan resonans magnet nukleus (RMN). Julat nilai LC50 bagi kanji asli dan terbitannya ialah 29.5 - 5047.9 mg/mL (bagi ujian eko-ketoksikan) dan 5.02 – 2928.6 mg/mL (bagi ujian sitoketoksikan). Nilai LC50 yang melebihi 1 mg/mL (atau 1000 mg/L) ini menunjukkan kanji asli dan terbitannya adalah tidak toksik dan tidak berbahaya secara relatif. Kajian antibakteria yang telah dilakukan menunjukkan kanji asli dan terbitannya mempunyai perencatan lemah terhadap lima bakteria Gram negatif dan perencatan sederhana terhadap empat bakteria Gram positif dengan perencatan pada kepekatan perencatan minimum 10 – 100 mg/mL terhadap sembilan bakteria yang dikaji. Sifat fizikokimia, sifat berfungsi dan sifat surfaktan kanji asli dan terbitannya telah dikaji. Surfaktan polimer ionik berasaskan kanji ini mempunyai kestabilan terma yang tinggi dengan nilai imbangan hidrofilik lipofilik (IHL) masing-masing adalah 14.0 (kanji anionik), 11.1 (kanji kationik) dan 5.5 (kanji zwitterionik). Kanji anionik bersifat hablur dengan kapasiti penyerapan air, kecerahan pes, kepekatan penggelatinan minimum dan indek kebolehmampatan yang tinggi. Selain itu, kanji anionik juga mempunyai kestabilan kelikatan yang baik (sesuai untuk produk yang memerlukan pemanasan tetapi ingin mengekalkan kelikatannya), kebolehan kedetergenan dan kuasa pembasuhan yang tinggi menyebabkan ia sesuai dijadikan sebagai pengemulsi minyak dalam air, agen pemelarutan dan digunakan dalam formulasi pembersihan. Kanji kationik pula lebih bersifat amorfus (darjah penghabluran hanya 6.41%), mempunyai kelikatan yang tinggi dan kelikatannya meningkat dengan pertambahan suhu, sesuai dijadikan penjerap pewarna terutamanya metil ungu 2B dengan kapasiti penjerapan 0.43 mg/g. Selain itu, kanji kationik juga mempunyai kuasa pembasahan yang tinggi yang sesuai dijadikan agen pembasahan terutamanya dalam bidang pertanian. Kanji zwitterionik pula bersifat hablur, mempunyai kestabilan kelikatan dan kestabilan terma yang tinggi sama ada sejuk atau pun panas serta sesuai dijadikan pengemulsi air dalam minyak. Emulsi yang stabil daripada surfaktan polimer ionik ini telah berjaya dihasilkan dan ia sesuai bagi menghasilkan produk penjagaan diri, produk pembersihan dan pelembut pakaian. Secara keseluruhan, surfaktan polimer ionik berasaskan kanji ini boleh dijadikan surfaktan alternatif berasaskan bahan semula jadi bagi menggantikan surfaktan komersial berasaskan petrokimia bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 274 |
Call Number: | QK495.D54E435 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106256+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.