Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500115
Title: Pemencilan dan pengenalpastian sebatian kimia daripada yis psikrofil Glaciozyma antarctica PI12 dan aktinobakteria psikrotoleran Barrientosiimonas humi 39T dari antartika serta aktiviti antimikro
Authors: Andi Rifki Rosandy (P74014)
Supervisor: Rozida Mohd. Khalid, Dr.
Keywords: Psychrophilic bacteria
Mikroorganisme
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Mar-2018
Description: Dua mikroorganisme psikrofil, Glaciozyma antarctica PI12 (yis) dan Barrientosiimonas humi 39T (aktinobakteria) telah dikaji bagi penghasilan sebatian metabolit sekunder, sifat antibakteria dan sifat antikulat sebatian-sebatian terpencil. G. antarctica PI12 juga dikaji bagi perbandingan penghasilan metabolit sekunder apabila dikultur pada suhu optimum 12 °C dan -18 °C. Supernatan daripada G. antarctica PI12 dan B. humi 39T (suhu optimum 32 °C) diekstrak dengan etil asetat dan dipekatkan menggunakan alat penyejat berputar bagi mendapatkan ekstrak masing-masing. Pemencilan dan penulenan sebatian kimia dilakukan dengan menggunakan pelbagai teknik kromatografi antaranya kromatografi cecair vakum, kromatografi radial dan kromatografi lapisan nipis. Struktur kimia sebatian tulen yang telah dipisahkan ditentukan melalui pelbagai teknik spektroskopi termasuk RMN (1H, 13C-APT, HMQC, 1H-13C HMBC, 1H-1H COSY and 1H-1H NOESY), IM, SJ, putaran optik dan membandingkan data yang diperolehi dengan data kepustakaan. Satu sebatian baru terbitan daripada diketopiperazin yang dinamakan (-)-glasiantarsin (151), bersama dengan tujuh terbitan diketopiperazin yang telah diketahui; siklo(-Pro-Ala) (152), siklo(-Pro-Gli) (153), siklo(-Pro-Leu) (125), siklo(-Pro-Tir) (154), siklo(-Pro-Phe) (127), siklo(-Pro-Val) (155) dan siklo(-Tir-Asn) (156), lima terbitan pirimidin; timidin (157), spongotimidin (158), vidarabin (159), urasil (160) dan timin (161), satu terbitan fenazin; fenazin-1-asid karboksilik (162), satu terbitan asid amino aromatik; L-tirosina (163) dan satu terbitan fenilmetilamina; 4-hidroksibenzil amina (164). Sebatian-sebatian diketopiperazin dihasilkan daripada tapak biosintesis NRPS (Nonribosomal Sintesa Peptida), sebatian-sebatian pirimidin adalah gabungan antara aspartat dengan karbamolfospat, sebatian fenazin adalah gabungan daripada fospoenolpiruvat dan D-eritrosa 4-fosfat, manakala sebatian fenilmetilamina adalah gabungan daripada tapak asid sikimik dan mevalonik. Kajian bioaktiviti ke atas sebatian tulen dilakukan menggunakan ujian antimikrob (kaedah KPM/Kepekatan Perencatan Minimum) yang memperlihatkan sebatian siklo(-Pro-Ala) (152), siklo(-Pro-Gli) (153) dan fenazin-1-asid karboksilik (162) menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap Enterobacter aerogenes, MRSA dan Escherichia coli dengan nilai IC50 masing-masing 0.00±0.05, 0.24±0.02 dan 0.25±0.02 μg/mL. Seterusnya, urasil (160) menunjukkan aktiviti terhadap kulat Candida palliopsis dengan nilai IC50 0.27±0.02 μg/mL, sedangkan vidarabin (159) menunjukkan aktiviti terhadap kulat Candida albicans dengan nilai IC50 0.23±0.05 μg/mL. Kajian perubahan suhu G. antarctica PI12 menunjukkan perbezaan dari segi profil kimia, dengan enam sebatian hanya dihasilkan pada suhu 12 °C serta lapan lainnya pada suhu -18 °C. Berasaskan pengaruh perubahan suhu Glaciozyma antarctica PI12 menunjukkan enam sebatian dihasilkan pada suhu 12 °C iaitu siklo(-Pro-Gli) (153), siklo(-Pro-Val) (155), timidin (157), spongotimidin (158), vidarabin (159) and urasil (160). Manakala lapan sebatian dihasilkan pada suhu -18 °C iaitu (-)-glasiantarsin (151), siklo(-Pro-Ala) (152), siklo(-Pro-Leu) (125), siklo(-Pro-Phe) (127), siklo(-Pro-Tir) (154), spongotimidin (158), timin (161) dan fenazin-1-asid karboksilik (162).,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 187
Call Number: QR84.7.A533 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106076+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.