Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500113
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazlina Ibrahim, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMariya Mohd Tahir (P64720)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:38:32Z-
dc.date.available2023-10-13T09:38:32Z-
dc.date.issued2018-09-07-
dc.identifier.otherukmvital:103670-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500113-
dc.descriptionAsplenium nidus (A. nidus), lebih dikenali sebagai langsuyar, merupakan paku-pakis yang digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti selsema dan jangkitan pada mulut. Kajian ini dilakukan untuk menentukan potensi A. nidus sebagai agen antivirus herpes simplex jenis I (HSV-I). Daun dan akar diekstrak menggunakan metanol dan air untuk menghasilkan ekstrak metanol dan akueus yang kemudiannnya difraksi menggunakan heksana, kloroform, dan etil asetat. Analisis fitokimia terhadap ekstrak dan fraksi menunjukkan kehadiran steroid, antrakuinon, tannin, dan flavonoid. Analisis LCMS terhadap ekstrak akueus akar A. nidus (AE) menunjukkan kehadiran beberapa bahan seperti rutin, kaempferol, katechin, metoxiflavon dan asid quinik. AE mempunyai aktiviti antioksida berdasarkan dalam tiga jenis asai iaitu penilaian jumlah kandungan fenolik (TPC), penentuan DPPH sebagai aktiviti penggarut radikal (RSA) dan pelunturan β-karotena. Hasil ujian sitotoksik ekstrak kasar dan fraksi terhadap sel Vero menunjukkan nilai kepekatan 50% sitotoksiti (CC50) adalah di antara 0.12 sehingga 47 mg/mL. Nilai ini menunjukkan kesemua ekstrak dan fraksi tidak toksik terhadap sel dan selamat digunakan. Berdasarkan asai pengurangan plak, kesemua fraksi dan ekstrak kasar mempunyai aktiviti antivirus dengan indeks pemilihan (SI) diantara 1 hingga 63. Berdasarkan nilai TI yang paling tinggi, maka kajian mod tindakan antivirus oleh AE telah dikaji. Ujian penembusan menunjukkan AE mampu menghalang penembusan virus ke dalam membran sel seawal 15 minit pasca jangkitan (p.j). AE juga menghalang perlekatan virus dengan bersandarkan dos yang didedahkan (0.6 - 1 mg/mL). Asai virusid menunjukkan AE memberi kesan langsung AE terhadap partikel HSV-1. Pengesahan melalui mikroskopi transmisi elektron mendapati sampul virus rosak setelah dirawat dengan AE. Asai kebolehjangkitan progeni virus, menunjukkan berlaku penurunan titer virus progeni sebanyak 63.3% berbanding titer progeni virus dalam sel terjangkit tanpa rawatan. Ujian penambahan ekstrak rawatan pada sela masa berbeza mendedahkan aktiviti perencatan virus sebanyak 92% apabila rawatan diberi pada fasa awal jangkitan iaitu 2 jam pasca jangkitan (j.p.j). Pengurangan plak menurun apabila sel terjangkit lewat diberi rawatan dengan AE. Asai penyingkiran rawatan menunjukkan penurunan pembentukan plak sebanyak 28% seawal 6 j.p.j. dan mencecah 90% selepas 48 j.p.j. Transkripsi Berbalik PCR Masa Nyata (RT-qPCR) digunakan untuk menganalisis kesan rawatan AE terhadap transkripsi beberapa gen virus terpilih iaitu gen paling awal (gen mengekod ICP0, ICP4, ICP27), gen awal (gen mengekod DNA polimerase) dan gen lewat (gen mengekod gB, gC dan gD). Hasil yang diperoleh menunjukkan penurunan tahap transkripsi hampir semua gen-gen ini dalam sel terjangkit yang dirawat dengan AE berbanding sel terjangkit tanpa rawatan. Teknik imunositokimia dan ELISA in situ digunakan bagi mengenalpasti kesan rawatan AE terhadap pengekspresan protein ICP0, ICP4, ICP27 dan gD. Penurunan pengekspresan protein didapati selari dengan penurunan transkripsi gen seperti dianalisis melalui RT-qPCR. Kajian ini menunjukkan A. nidus mempunyai potensi sebagai agen anti HSV-1 melalui cara-cara yang berikut: menghalang perlekatan dan penembusan virus ke dalam sel, merosakkan partikel virus secara terus, menurunkan bilangan progeni virus dan menurunkan transkripsi gen dan pengekspresan protein HSV-1 pada fasa-fasa replikasi virus yang berbeza.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHerpes simplex virus-
dc.titlePotensi asplenium nidus (langsuyar) sebagai agen antivirus terhadap herpes simplex jenis I-
dc.typeTheses-
dc.format.pages166-
dc.identifier.callnoRC147.H6M347 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003618(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103670+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.