Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500102
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSupervisor : Noriszura Ismail, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRos Idayuwati Alaudin (P68846)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:38:23Z-
dc.date.available2023-10-13T09:38:23Z-
dc.date.issued2018-09-07-
dc.identifier.otherukmvital:100993-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500102-
dc.descriptionKecukupan kekayaan persaraan adalah penting bagi seseorang pesara supaya taraf hidupnya dapat dikekalkan, jika tidak, beliau terpaksa kembali bekerja untuk meningkatkan pendapatannya, atau berkompromi dengan kualiti hidup yang lebih rendah di sepanjang tempoh persaraannya. Isu ketidakcukupan kekayaan persaraan boleh memberi kesan yang besar terhadap sistem sokongan sosial sesebuah negara. Di Malaysia, saiz penduduk warga tua adalah seramai 1.4 juta orang pada tahun 2010, dan dijangka meningkat sehingga seramai 4.4 juta orang pada tahun 2040 seiring dengan peningkatan jangka hayat. Pada tahun 2013, sebanyak 69% pencarum KWSP yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 atau kurang, dan simpanan ini dijangka dapat dikekalkan selama lima tahun sahaja jika mereka berbelanja sebanyak RM800 (ambang kemiskinan) sebulan. Oleh itu, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kecukupan kekayaan persaraan adalah penting agar strategi kewangan dan pelaburan yang sesuai dapat dirangka. Kajian ini menentukan aras kecukupan kekayaan pesaraan bagi isi rumah di Malaysia menggunakan nisbah kekayaan-keperluan berdasarkan data pendapatan isi rumah serta beberapa andaian perbelanjaan isi rumah di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji faktor-faktor demografi dan sosio-ekonomi yang mempengaruhi aras kecukupan kekayaan persaraan isi rumah di Malaysia berdasarkan unjuran nisbah kekayaan-keperluan. Selain itu, kajian ini mengunjur aras kecukupan kekayaan pesaraan isi rumah di Malaysia bagi pelbagai senario yang melibatkan pengeluaran simpanan KWSP untuk pembelian rumah dan pelaburan dana amanah menggunakan kaedah simulasi. Teori kitaran hidup merupakan teori ekonomi utama yang berkait dengan tingkah laku perbelanjaan dan simpanan. Menurut teori ini, seseorang individu sepatutnya dapat mengekalkan tahap perbelanjaannya di sepanjang hayat kerana perubahan pendapatan yang berlaku dalam tempoh persaraan sepatutnya boleh diramal. Namun, terdapat banyak kajian yang mendapati wujudnya penurunan perbelanjaan yang besar di tahun-tahun awal selepas bersara. Kajian ini mengkaji pola penurunan perbelanjaan di awal-awal tahun persaraan berdasarkan perbandingan pola perbelanjaan antara golongan pekerja hampir bersara dengan golongan pesara bagi isi rumah di Malaysia. Kesimpulannya, kajian ini mempunyai empat sumbangan utama; menentukan aras kecukupan kekayaan pesaraan isi rumah di Malaysia, mengkaji faktor-faktor demografi dan sosio-ekonomi yang mempengaruhi aras kecukupan kekayaan pesaraan di Malaysia berdasarkan unjuran nisbah kekayaan-keperluan, mengunjur aras kecukupan kekayaan pesaraan di Malaysia bagi pelbagai senario pengeluaran simpanan KWSP menggunakan kaedah simulasi, dan membandingkan pola perbelanjaan pekerja hampir bersara dan pesara untuk mengkaji pola penurunan perbelanjaan menjelang persaraan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDefined contribution pension plans-
dc.titlePemodelan aktuari dalam penentuan kecukupan kekayaan persaraan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages172-
dc.identifier.callnoHD7105.4.R637 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003447(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100993+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.