Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500089
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Rosmanira Ismail, Dr.-
dc.contributor.authorWan Malissa Wan Mohd Aminuddin (P72857)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:38:13Z-
dc.date.available2023-10-13T09:38:13Z-
dc.date.issued2018-03-16-
dc.identifier.otherukmvital:100574-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500089-
dc.descriptionJabatan Kecemasan PPUKM menerima kedatangan pesakit yang ramai pada setiap hari. Perkara ini telah menyebabkan jabatan ini kerap berdepan dengan masalah kesesakan yang mengakibatkan jabatan menutup sementara operasi rawatan di Zon Hijau apabila kesesakan itu berlaku. Kesesakan ini dapat dibendung dengan memastikan jabatan beroperasi dengan cekap melalui pengoptimum sumber. Justeru, objektif kajian ini adalah membina suatu kaedah pengoptimuman sumber bagi meningkatkan tahap kecekapan Jabatan Kecemasan PPUKM dan menyelesaikan masalah kesesakan jabatan. Simulasi Peristiwa Diskret digunakan bagi membina model jabatan kecemasan. Pemboleh ubah yang digunakan dalam pemodelan simulasi ini adalah dikhususkan berdasarkan zon atau ruang rawatan. Analisis dilakukan ke atas dapatan simulasi bagi mengenal pasti ketakcapaian dan kesendatan jabatan yang menjadi faktor kegagalan jabatan beroperasi pada tahap yang cekap. Seterusnya, suatu rumus matematik dibangunkan bagi mencadangkan alternatif penambahbaikan yang dapat menyelesaikan ketakcapaian dan kesendatan yang dikenal pasti. Alternatif penambahbaikan yang dicadangkan adalah berdasarkan bajet jabatan dan setiap satunya mengandungi konfigurasi bilangan sumber jabatan yang baharu. Model simulasi turut diaplikasikan bagi menentukan nilai input dan nilai output setiap alternatif penambahbaikan. Sementara itu, alternatif penambahbaikan paling cekap dan terbaik (optimum) ditentukan melalui teknik turutan model-model iaitu Model CCR dan Set Rujukan, Model BCC dan Set Rujukan, Model CCR dan Model Kecekapan-Super, Model BCC dan Model Kecekapan-Super, Model Bi-Objektif MCDEA-CCR dan Kecekapan Silang, dan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC dan Kecekapan Silang, yang merupakan lanjutan kepada Model Bi-Objektif MCDEA-CCR daripada kajian terdahulu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemboleh ubah yang lebih khusus telah menghasilkan dapatan simulasi yang lebih realistik yang dapat menggambarkan dengan lebih terperinci akan situasi yang berlaku dalam jabatan kecemasan berbanding dengan yang dilakukan sebelum ini iaitu mengambil kira nilai dapatan secara purata. Selain itu, rumus matematik yang dibina menggantikan kaedah manual yang dilakukan sebelum ini telah mempercepatkan proses penjanaan alternatif penambahbaikan dan mengelakkan daripada berlakunya kesilapan dalam menyusun atur sumber jabatan. Dalam pada itu, Model Bi-Objektif MCDEA-BCC yang dibina telah memberikan bilangan alternatif penambahbaikan cekap paling kurang berbanding dengan model-model lain dan telah mencadangkan DMU 52 sebagai altenatif penambahbaikan yang paling optimum. Melalui alternatif ini, masa menunggu pesakit di Zon Hijau dikurangkan sebanyak 51% manakala peratusan penggunaan tenaga kerja sumber berjaya ditambah baik agar lebih munasabah. DMU 52 turut meningkatkan tahap kecekapan jabatan dengan hanya menyusun atur kembali kedudukan sumber tanpa melakukan perubahan yang besar ke atas sistem asal. Pengoptimuman sumber yang dilakukan ini telah berjaya menghasilkan konfigurasi sumber Jabatan Kecemasan PPUKM yang optimum. Pengoptimuman ini dapat menjadikan Jabatan Kecemasan PPUKM beroperasi dengan lebih cekap, bebas daripada sebarang ketakcapaian dan kesendatan serta secara tidak langsung mengurangkan kekerapan berlakunya kesesakan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKesesakan-
dc.subjectDiscrete-time systems-
dc.titlePengoptimuman sumber di Jabatan Kecemasan PPUKM menggunakan Simulasi Peristiwa Diskret dan analisis pengumpulan data-
dc.typeTheses-
dc.format.pages215-
dc.identifier.callnoQA402.W336 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003397(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100574+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
429.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.