Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500078
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nazlina Ibrahim, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Adibah Ahamad Bahtiar (P70785) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:38:05Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:38:05Z | - |
dc.date.issued | 2017-12-31 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98908 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500078 | - |
dc.description | Sebatian terbitan stirilpiron (SPD) merupakan sebatian aktif daripada Goniothalamus umbrosus yang berkesan terhadap virus herpes simpleks jenis-1 (HSV-1) secara in vitro. Oleh kerana HSV-1 menjangkiti kulit terutamanya mulut dan kemaluan, maka SPD amat sesuai untuk dibangunkan sebagai rawatan topikal. Dalam kajian ini, formulasi topikal SPD telah dibangunkan dan dinilai tahap ketoksikannya, kemudian diuji keberkesanannya sebagai rawatan antivirus topikal in vivo serta cuba memahami tindakannya. Bagi mencapai objektif ini, dua formulasi topikal SPD telah disediakan, iaitu minyak salap+SPD (MSPD) dan gel+SPD (GSPD). Kedua formulasi dianalisis dari sudut kestabilan jangka hayat dan aktiviti antivirus in vitro. Pemerhatian terhadap kedua-dua formulasi dari segi pH, komposisi fizikal serta kandungan SPD menunjukkan ianya stabil selama 30 hari. Penilaian aktiviti antivirus in vitro menggunakan asai penurunan plak menunjukkan kedua-dua formulasi mengekalkan aktiviti antivirus dengan peratus penurunan plak sebanyak 98% bagi GSPD 10% dan 86% bagi MSPD 20%. Seterusnya, kesan ketoksikan rawatan topikal SPD dinilai berdasarkan tahap kerengsaan kulit mencit. Hasil menunjukkan formulasi MSPD 2.5% dan GSPD 0.63% tidak menyebabkan kerengsaan kulit selepas tujuh hari rawatan. Namun, tanda kerengsaan mula diperhatikan pada hari keempat apabila dirawat dengan MSPD 20% manakala GSPD 10% menunjukkan kerengsaan pada hari kedua rawatan. Analisis histologi mendedahkan terdapat parakeratosis dan edema intersel pada kawasan kerengsaan. Berdasarkan hasil ujian kestabilan dan kerengsaan kulit, formulasi MSPD telah dipilih untuk ujian saringan antivirus kerana ciri fizikalnya yang lebih konsisten serta kurang mengaruh kerengsaan berbanding GSPD. Kajian aktiviti antivirus MSPD 1% menunjukkan pengurangan pembentukan lepuhan herpes berbanding mencit terjangkit tanpa rawatan (kawalan negatif) apabila rawatan diberikan 6 jam selepas jangkitan. Beban virus pada kulit terjangkit kemudiannya ditentukan melalui kuantiti salinan DNA yang dianalisis menggunakan tindak balas berantai polimerase kuantitatif (qPCR). Melalui analisis ini, bilangan virus yang berkadaran dengan beban virus didapati lebih rendah dalam mencit terjangkit terawat MSPD iaitu 1000 kali ganda, berbanding mencit tanpa rawatan (nilai p < 0.001). Bagi menjelaskan dapatan ini, analisis sitometri aliran dan pemerhatian mikroskopik telah dilakukan untuk menilai gerak balas imun semasa rawatan MSPD. Hasil menunjukkan populasi sel CD8+ teraktif dalam nodus limfa pengetus mencit terjangkit yang dirawat MSPD lebih tinggi berbanding mencit terjangkit tanpa rawatan dan dirawat Acyclovir (ACV). Kesimpulannya, formulasi topikal MSPD 1% tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit serta berkesan dalam mengurangkan lepuhan herpes. Kesan pengurangan lepuhan turut diiringi dengan penurunan beban virus pada tapak jangkitan, yang mungkin dibantu oleh pengaktifan sel T CD8+ di nodus limfa pengetus serta kehadiran sel T di tapak jangkitan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Herpes simplex | |
dc.title | Kajian terhadap rawatan topikal sebatian terbitan stirilpiron (SPD) ke atas mencit terjangkit virus herpes simpleks jenis-1 (HSV-1) | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 151 | |
dc.identifier.callno | RC147.H6A335 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003226(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98908+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 368.08 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.