Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500062
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Nizam Mohd Said, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Faezah Pardi (P65260) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:37:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:37:53Z | - |
dc.date.issued | 2017-09-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98696 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500062 | - |
dc.description | Kepelbagaian biologi hutan kepulauan adalah unik kerana populasi biologi di pulau-pulau mempunyai banyak spesies endemik dan bernilai pemuliharaan yang tinggi. Di Semenanjung Malaysia, ekosistem hutan pulau hadir di kebanyakan pulau-pulau yang terdapat di sepanjang pantai barat dan timur Semenanjung, yang mana ekosistem ini memperlihatkan pengaruh kepulauan terhadap komuniti biologi yang hadir di habitat ini. Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan ciri-ciri ekologi bagi komuniti pokok hutan kepulauan di 14 buah pulau terpilih di Semenanjung Malaysia merangkumi pulau-pulau dalam kepulauan Langkawi (HS Gunung Raya, P. Tuba, P. Singa Besar dan P. Timun), kepulauan Perak-P.Pinang (P. Jerejak, P. Pangkor, P. Rumbia dan P. Lalang), kepulauan Seribuat (P. Aur, P. Tioman, P. Besar dan P. Tinggi) dan kepulauan Terengganu (P. Perhentian Besar dan P. Redang). Parameter-parameter ekologi bagi komuniti hutan seperti struktur komuniti pokok, kepelbagaian spesies, ciri tanah, perkaitan taburan pokok dengan ciri tanah, biojisim pokok, keendemikan dan kelangkaan spesies telah ditentukan di kawasan-kawasan kajian. Plot-plot kajian telah diwujudkan di semua hutan-hutan pulau terpilih, dan bancian pokok telah dijalankan ke atas semua pokok berdiameter pada paras dada (DBH) 5 cm dan ke atas yang hadir dalam semua plot. Ukuran diameter pokok direkodkan dan specimen daun dikutip untuk pengecaman. Bagi penentuan ciri tanah, sampel tanah lapisan atas (0-30 cm) diambil dalam setiap plot dan analisis tanah dijalankan untuk menentukan ciri-ciri fizikal dan kimia tanah. Hasil bancian pokok mendapati sejumlah 692 spesies pokok yang terdiri daripada 275 genus dan 71 famili telah direkodkan di keseluruhan 14 buah hutan pulau. Kekayaan spesies pokok menunjukkan korelasi yang positif dengan saiz pulau kajian yang mana pulau yang lebih besar mempunyai bilangan spesies pokok yang lebih tinggi berbanding pulau yang kecil. Daripada segi kepadatan, Dipterocarpaceae muncul sebagai famili dengan kepadatan tertinggi di kepulauan Terengganu. Seterusnya, Euphorbiaceae dan Myrtaceae merekodkan kepadatan tertinggi masing-masing di kepulauan Seribuat dan Perak-P.Pinang manakala Anacardiaceae dan Euphorbiaceae merekodkan kepadatan tertinggi di kepulauan Langkawi. Dipterocarpaceae menyumbang kepada luas pangkal tertinggi di enam buah hutan pulau iaitu di HS Pulau Tinggi, HS Pulau Redang, HS Pulau Perhentian Besar, HS Pulau Rumbia, HS Pulau Lalang dan HS Pulau Besar. Nilai biojisim pokok di kebanyakan kawasan kajian adalah tinggi iaitu melebihi 500 tan/ha. Indeks Kekayaan Margalef di 14 buah hutan pulau menunjukkan nilai-nilai indeks di antara 9.45 - 22.34, yang mana sesetengah hutan pulau dilihat menyokong kekayaan spesies yang tinggi. Disebabkan ketidaksamaan usaha persampelan antara semua habitat hutan pulau, kekayaan spesies telah diselaraskan dengan analisis rarefaksi (rarefaction) menggunakan perisian EcoSim, yang mana selepas analisis tersebut, kepulauan Seribuat masih menunjukkan kekayaan spesies tertinggi berbanding kepulauan-kepulauan lain. Indeks Kesamaan Sorensen menunjukkan kesamaan komuniti pokok yang rendah di antara habitat hutan kepulauan, dan ini menggambarkan kepelbagaian-β yang tinggi. Daripada segi kelangkaaan, banyak spesies pokok yang dicatatkan di 14 buah hutan pulau boleh dianggap sebagai langka, sangat terhad dan hanya dijumpai dalam habitat tunggal; juga bilangan endemik yang tinggi, bilangan rekod baru dan bilangan spesies terancam juga telah didokumenkan. Analisis tanah menunjukkan tekstur tanih di 14 buah hutan pulau Semenanjung Malaysia, didominasi oleh lom liat berpasir. Ordinasi menggunakan Analisis Kesepadanan Berkanonik (CCA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan corak variasi flora pokok di antara habitat-habitat hutan yang mempunyai ciri tanah yang berbeza, terutamanya habitat dengan batuan induk berasaskan batu kapur dan batuan granit serta habitat berasaskan bahan induk batu pasir, lodak dan syal. CCA juga menunjukkan bahawa faktor-faktor tanah memainkan peranan penting dalam taburan spesies pokok di kawasan kajian. Kajian ini telah membuktikan bahawa ekosistem hutan pulau Semenanjung Malaysia menyokong kekayaan, kepelbagaian, kelangkaan dan keendemikan spesies pokok yang tinggi, di mana terdapat banyak spesies pokok yang ditemui mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi. Hasil kajian ini juga mewajarkan kepada kepentingan pemuliharaan ekosistem hutan kepulauan di Semenanjung Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hutan | - |
dc.subject | Ekosistem | - |
dc.subject | Kepulauan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Ciri ekologi, status pemuliharaan dan keendemikan komuniti pokok di habitat hutan pulau dan taburannya dengan faktor tanah di pulau-pulau terpilih Semenanjung Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 462 | - |
dc.identifier.barcode | 003167(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98696+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 478.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.