Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500059
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorUmar Hamzah, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNadiah Hanim Shafie (P69842)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:51Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:51Z-
dc.date.issued2017-08-18-
dc.identifier.otherukmvital:98694-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500059-
dc.descriptionAnalisis terhadap data graviti dan magnet dilakukan untuk menentukan taburan dan geometri sesar-sesar besar dalam batuan sedimen Lembangan Cheshire yang menindih batu dasar berusia Karbon. Geometri sesar-sesar besar termasuk kemiringan, kedalaman dan lebar jalur sesar ke dalam bumi. Data graviti dan magnet digunakan sebagai input ke dalam perisian Oasis Montaj untuk menjalani proses penapisan laluan rendah/tinggi, terbitan menegak jumlah, terbitan mendatar jumlah, purata kuasa spektrum, signal analitik dan graviti-pseudo, penyongsangan dekonvolusi Euler 3D dan pemodelan GM-SYS 2D untuk membina model sesar dan geologi. Anomali graviti Bouguer menunjukkan julat antara -9 hingga 17 mGal dimana anomali negatif dominen merujuk kepada penebalan sedimen di kawasan tengah dan menipis ke arah timur dan barat. Kemagnetan medan magnet jumlah dengan penurunan ke kutub juga menunjukkan nilai negatif di bahagian tengah dengan julat kerentanan magnet -90 hingga 90 nT iaitu merujuk kepada ketebalan sedimen yang maksimum di bahagian tengah dan menipis di bahagian timur barat seperti yang diperolehi daripada analisis graviti. Bahagian Timur Laut menunjukkan nilai anomali magnet positif yang tinggi dengan kehadiran bahan yang mempunyai nilai kemagnetan yang tinggi. Analisis lanjutan dilakukan dengan menghasilkan peta tren struktur melalui kaedah penapisan bagi anomali graviti dan magnet telah dapat menghasilkan tren sesar major yang berarah Barat Laut-Tenggara dan Timur Laut-Barat Daya. Tren struktur tersebut adalah setara dengan yang diperolehi secara pemetaan geologi dan seismik. Teknik penyongsangan dekonvolusi Euler tulah diaplikasikan ke atas data graviti dan magnet untuk menghasilkan kedudukan titik-titik sumber anomali yang juga dapat merungkaikan tren struktur secara pemetaan dan keratan rentas. Peta dekonvolusi Euler 3D menunjukkan pola lineamen yang bertepatan dengan garis sesar utama pada kawasan kajian dengan kedalaman sesar yang berada dalam julat 1 hingga 4 km. Peta zon sesar 3D Euler dibandingkan dengan peta geologi kawasan. Kedalaman sumber anomali bagi sesar Red Rock dan sesar Mobberly yang bertren Utara-Selatan adalah diantara 2 hingga 4 km. Lineamen-lineamen lain juga didapati bertepatan dengan sesar East Delamere dan sesar Overton yang terletak di barat kawasan kajian. Kedalaman sumber sesar Overton yang bertren Barat Laut-Tenggara adalah dalam julat 1 hingga 3 km manakala sesar East Delamere yang bertren Utara-Selatan berkedalaman 1 hingga 4 km. Terdapat juga beberapa sumber anomali pada kedalaman 3 hingga 4 km didapati setara dengan sesar King Street yang bertren Utara-Selatan sepanjang 30 km. 5 keratan rentas dibuat merentasi timur barat dari peta dekonvolusi Euler untuk mengkaji julat kemiringan sesar-sesar besar. Pada amnya, corak kemiringan sesar horst dan graben dapat dilihat melalui keratan rentas dekonvolusi Euler. Sesar-sesar normal yang diperoleh melalui keratan rentas Euler menunjukkan sudut kemiringan antara 25° hingga 86° ke arah timur dan barat dan berkedalaman 0.5-6 km. Graf analisis kuasa spektrum yang merentasi dari barat ke timur kawasan kajian dilakukan untuk menganggar sumber graviti dan magnet bagi menentukan kedalaman batuan dasar. Berdasarkan analisis kuasa spektrum, anggaran kedalaman batuan dasar adalah pada kedalaman 1 hingga 6 km. Endapan sedimen menebal di bahagian tengah lembangan dengan ketebalan maksimum melebihi 6 km dan menipis ke arah sayap timur dan barat dengan anggaran kedalaman cetek menghampiri 1 km. Perbandingan data graviti dan magnet dengan beberapa keratan seismos dapat dirumuskan bahawa Lembangan Cheshire dilapisi sedimen setebal lebih kurang 6 km. Berdasarkan kajian ini, taburan 6 zon sesar besar telah dapat diverifikasikan manakala 12 sesar baru yang belum dilaporkan telah berjaya ditemui.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBatuan sedimen-
dc.subjectStruktur sesar-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleInterpretasi struktur sesar di dalam Lembangan Cheshire, Barat Laut England menggunakan kaedah graviti dan magnet-
dc.typeTheses-
dc.format.pages309-
dc.identifier.barcode003165(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98694+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
514.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.