Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500030
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lee Yook Heng, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Norma Mohammad Rashid (P68840) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:37:28Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:37:28Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98259 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500030 | - |
dc.description | Mikrosfera akrilik pernah dilaporkan sebagai matriks pemegunan yang berjaya dalam reka bentuk pelbagai jenis biosensor elektrokimia. Walaupun demikian, bahan ini perlu digunakan bersama bahan berkonduktif secara berasingan seperti zarahan nanoemas. Dalam kajian ini, satu jenis mikrosfera akrilik baru yang bersifat konduktif telah dihasilkan untuk pembangunan biosensor elektrokimia. Ini dapat mengelakkan penggunaan bahan konduktif secara berasingan dalam reka bentuk biosensor. Mikrosfera akrilik berkonduktif (ACM) disintesis melalui kaedah mikroemulsi dan fotopempolimeran. Saiz sfera akrilik yang dihasilkan ialah 0.3 - 1.25 μm. Hasil analisis FTIR menunjukkan bahawa mikrosfera akrilik berkonduktif ini telah berjaya diubahsuai dengan kumpulan berfungsi ester suksinimida untuk mewujudkan tapak pemegunan enzim, manakala sifat konduktif mikrosfera telah dihasilkan melalui penukaran cis kepada trans poliasitelina akibat daripada pemanasan pada 250 OC. Kajian voltammetri siklik dan juga kekonduksian menggunakan spektroskopi impedans menunjukkan lapisan tunggal ACM ini dapat dijadikan sebagai bahan alternatif kepada penggunaan zarah nano-emas. Prestasi bahan baru ini dinilai dengan membangunkan biosensor triasilgliserol yang menggunakan teknik amperometri dan impedans. Dalam kajian biosensor triasilgliserol amperometri, sistem biosensor dibangunkan berasaskan enzim lipase yang terpegun ke atas ACM dengan ferrosianida sebagai bahan pengantara redoks. Biosensor ini memberikan julat rangsangan linear terhadap triasilgliserol iaitu 1-250 mg/dL (R2=0.988) dengan had pengesanan 3.20 mg/dL. Kajian keselektifan menunjukkan peningkatan kepekaan kepada asid palmitik berbanding asid lemak yang lain. Dalam penentuan triasilgliserol bagi sampel lemak haiwan, biosensor ini didapati memberikan peratus perolehan semula 86-120%. Untuk biosensor triasilgliserol impedans berasaskan ACM yang tanpa bahan pengantara, iaitu rangsangan biosensor berdasarkan nilai rintangan, julat linear pengesanan ialah 1-1000 mg/dL (R2=0.992) dan had pengesanan 0.0087 mg/dL. Walaupun demikian, ujian keselektifan dan perolehan semula adalah tidak memuaskan. Satu biosensor optik (mod pantulan) untuk triasilgliserol juga dibangunkan dengan menggunakan mikrosfera akrilik yang dijerap kromoionofor ETH5294 sebagai bahan yang peka terhadap perubahan pH. Hidrolisis triasilgliserol oleh enzim lipase terpegun mengubah pH dan perubahan keamatan kepantulan didapati berkadaran dengan kepekatan triasilgliserol dalam julat rangsangan linear (0.05-300 mg/dL; R2 = 0.934) dan had pengesanan 0.13 μg/dL. Biosensor triasilgliserol berasaskan teknik optik pantulan tidak mengalami sebarang gangguan yang signifikan daripada asid lemak yang pelbagai jenis. Julat perolehan semula yang didapati berdasarkan pengukuran sampel sebenar lemak haiwan adalah 89-116%. Sebagai kesimpulan, biosensor baru untuk analisis triasilgliserol berjaya dihasilkan dengan menggunakan bahan mikrosfera akrilik sebagai bahan pemegunan. Biosensor ini telah menunjukkan prestasi analisis triasilgliserol yang lebih baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Biosensor | - |
dc.subject | Bahan konduktif | - |
dc.subject | Pemegunan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Biosensor triasilgliserol elektrokimia dan optik berasaskan bahan mikrosfera akrilik | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 135 | - |
dc.identifier.barcode | 003122(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98259+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 128.81 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.