Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500016
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYap Chi Chin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNasehah Syamin Sabri (P74028)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:18Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:18Z-
dc.date.issued2017-05-29
dc.identifier.otherukmvital:97906
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500016-
dc.descriptionKajian tesis tertumpu kepada kesan pengoptimuman parameter pemendapan polimer fotoaktif dan lapisan pengangkut lohong terhadap prestasi sel suria organik hibrid jenis songsang. Peranti yang digunakan berstruktur florin timah oksida (FTO)/nanorod zink oksida (ZnO)/poli (3-heksilthiofena-2,5-dil) (P3HT)/argentum (Ag), yang mana FTO berfungsi sebagai katod, ZnO sebagai penerima elektron, P3HT sebagai penderma elektron dan Ag sebagai anod. Objektif pertama kajian ini tertumpu pada parameter untuk mengoptimumkan lapisan fotoaktif P3HT dengan mengkaji kesan kepekatan larutan P3HT dan kelajuan salutan berputar bagi pemendapan P3HT ke atas peranti. Lapisan P3HT dimendapkan ke atas nanorod ZnO yang telah tumbuh secara menegak di atas substrat FTO menggunakan teknik salutan berputar, diikuti dengan pemendapan Ag menggunakan teknik pengewapan terma. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepekatan optimum P3HT dicapai pada 35 mg/ml dengan kelajuan salutan berputar ditetapkan pada 500 rpm. Seterusnya, pemendapan P3HT dioptimumkan lagi dengan menggunakan kelajuan salutan berputar yang berbeza, dan dengan kelajuan 1000 rpm kecekapan penukaran kuasa (PCE) peranti yang tertinggi tercapai. Kajian diteruskan lagi dengan mengkaji kesan lapisan pengangkut lohong tembaga oksida (CuO) yang dimendapkan di antara lapisan fotoaktif P3HT dan Ag. Penyediaan lapisan pengangkut lohong menggunakan kaedah koloid iaitu melarutkan serbuk CuO ke dalam jenis pelarut yang berlainan dan seterusnya dimendapkan ke atas lapisan fotoaktif. Serbuk nanozarah CuO yang terlarut dalam 1-butanol menunjukkan sifat kebolehbasahan yang paling tinggi pada permukaan lapisan fotoaktif, menyebabkan prestasi peranti menjadi lebih baik berbanding dengan pelarut lain. Kajian diteruskan lagi dengan pemendapan lapisan CuO ke atas lapisan fotoaktif menggunakan kelajuan salutan berputar yang berbeza dan nilai PCE mencapai tahap optimum pada kelajuan 2000 rpm, hasil daripada litupan lapisan CuO yang lengkap dan seragam pada lapisan fotoaktif. Lapisan CuO dapat membentuk sentuhan ohmik yang baik dan seterusnya meningkatkan kecekapan pengumpulan lohong pada Ag. Seterusnya, bagi mendalami lebih lagi tentang fungsi lapisan pengangkut lohong, kajian dilanjutkan dengan campuran penerima (6,6)-fenil-C61 butrik asid metal ester (PCBM) ke dalam lapisan fotoaktif peranti. Berbeza dengan peranti berasaskan ZnO/P3HT, CuO bukan saja bertindak sebagai lapisan pengangkut lohong tetapi juga bertindak sebagai lapisan penghalang kebocoran elektron untuk peranti berasaskan ZnO/P3HT:PCBM. Akhir sekali, kesan lapisan pengangkut lohong yang berbeza iaitu nikel oksida (NiO) ke atas prestasi peranti turut dikaji sebagai perbandingan. Jalur konduksi NiO yang lebih tinggi telah meningkatkan nilai rintangan pirau (Rsh) membuktikan semakin sukar untuk berlaku kebocoran elektron daripada PCBM ke elektrod Ag dan seterusnya mengurangkan penggabungan semula elektron dan lohong di dalam peranti sel suria. Kesimpulannya, nilai kecekapan peranti sel suria organik hibrid jenis songsang berasaskan ZnO/P3HT:PCBM dengan lapisan pengangkut lohong dapat ditingkatkan sebanyak 108% daripada kecekapan peranti tanpa lapisan pengangkut lohong dengan PCE optimum yang dicapai ialah 2.25%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPolimer fotoaktif
dc.subjectLohong
dc.subjectSel suria
dc.subjectPolymers
dc.titleKesan parameter pemendapan P3HT dan lapisan pengangkut lohong CuO dan NiO ke atas prestasi sel suria organik hibrid jenis songsang FTO/ZnO/P3HT/Ag dan FTO/ZnO/P3HT:PCBM/Ag
dc.typeTheses
dc.format.pages115
dc.identifier.callnoTP1180.P53N337 2017 tesis
dc.identifier.barcode003023(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97906+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
316.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.