Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500014
Title: Pembangunan kaedah pemisahan mikro bagi analisis spesies merkuri dan pemodelan statistik multivariat bagi kajian kes Selat Johor
Authors: Wan Mohd Afiq Wan Mohd Khalik (P69266)
Supervisor: Md Pauzi Abdullah, Prof. Dr.
Keywords: Pengesktrakan merkuri
Hidrokimia
Selat Johor
Mercury -- Analysis
Issue Date: 1-Oct-2017
Description: Merkuri adalah logam surih yang bersifat neurotoksik kepada organisma. Ia sering dijumpai pada aras kandungan ngL-1 - μgL-1, mempunyai kitaran biogeokimia yang kompleks dan cenderung untuk berakumulasi secara biologi. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan teknik pengekstrakan yang dibangunkan terhadap tiga spesies utama, iaitu CH3Hg+, C2H5Hg+ dan Hg2+. Reka bentuk eksperimen berfaktor (25) dan komposit berpusat (24) digunakan dalam menstruktur kerja - kerja penyelidikan.Teknik pengesktrakan mikro fasa pepejal berasaskan polidimetilsiloksana diuji terhadap pengaruh lapan faktor internal dan eksternal bersama agen terbitan, NaB(C6H5)4 dalam mempengaruhi keberkesanan teknik pengekstrakan merkuri. Nilai fungsi kebolehinginan, DF yang di saran oleh model reka bentuk komposit berpusat berada di antara julat 0.90 - 0.99. Had pengesanan dan pengkuantitian dihitung pada aras kepekatan rendah iaitu masing - masing antara julat 0.021 - 0.054 dan 0.070 - 0.183 μgL-1. Kriteria lain seperti perolehan semula dihitung antara julat 83.76 - 92.02%. Ujian kebolehulangan intra dan inter merekodkan nilai sisihan piawai relatif < 10% iaitu mematuhi garis panduan AOAC bagi aras kepekatan μgL-1 bagi tujuan analisis rutin. Nisbah Horrat dihitung antara julat 3.08 - 3.38%. Anggaran ketidakpastian gabungan (uc) dan ketidakpastian terkembang (EU) dari kaedah yang dipilih berjaya mengecilkan ralat kebolehulangan inter sehingga 0.19 - 0.84 dan ±0.38 hingga ±1.68. Kepekatan merkuri bagi sampel air Selat Johor yang dianalisa mencapai nilai maksimum iaitu 1.38 μgL-1 dengan peratus pengesanan mengikut spesies adalah 100% bagi CH3Hg+ dan Hg2+ tetapi hanya 54.5% (permukaan) dan 50.2% (dasar) bagi spesies C2H5Hg+. Analisis kluster agglomeratif hierarki menunjukkan variasi ruang berlaku di kawasan kajian dan dipisahkan oleh dua kluster utama pada jarak rangkaian Dlink/Dmax x 100 < 70 dan < 30. Analisis komponen utama dan analisis faktor mengenal pasti enam faktor hidrokimia iaitu nilai pH, oksigen terlarut, karbon organik, pepejal terampai, ion sulfat dan ferus berupaya menjelaskan kehadiran spesies - spesies merkuri. Semua parameter berkenaan mewakili varian kumulatif 96.70% (permukaan) dan 97.70% (dasar). Analisis diskriminan mod langkah demi langkah hadapan berjaya menjelaskan enam parameter berkenaan boleh mempengaruhi variasi ruang dan masa dengan mewakili nilai varian kumulatif antara 91.7% dan 99%. Kaedah stokastik ARIMA (p,d,q) telah diguna untuk membandingkan kesetaraan pengukuran sebenar dan nilai ramalan. Model ARIMA mengikut spesies merkuri adalah CH3Hg+ (1,1,2) atau (1,1,1), manakala C2H5Hg+ (1,1,1) dan Hg2+ (1,0,1) masing - masing menghasilkan model sama bagi aras permukaan dan dasar selat. Hasil kajian telah merekodkan nilai kriteria informasi Akaike, AIC diperolehi antara 12.56 hingga 202.15 bagi aras permukaan air selat dan 45.01 hingga 174.08 bagi aras dasar. Semakan diagnostik melalui ujian Breusch-Pagan dan Anderson-Darling telah mengesahkan taburan nilai reja adalah bersifat homodeskatik dan normal, iaitu nilai p> 0.05 (H0). Peratusan ralat secara bandingan adalah < 10% bagi semua parameter yang diuji. Kajian ini telah berjaya meningkatkan keberkesanan teknik pengekstrakan yang dikembangkan dan pengolahan data mengunakan pendekatan pemodelan statistik telah membantu meningkatkan kefahaman tentang pengaruh perubahan hidrokimia terhadap kehadiran spesies merkuri di dalam persekitaran marin.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 215
Call Number: QD181.H6W336 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97905+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
323.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.