Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500001
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahidan Radiman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAri Sulistyo Rini (P48048)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:07Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:07Z-
dc.date.issued2017-07-20
dc.identifier.otherukmvital:97667
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500001-
dc.descriptionTeknik mikrogelombang (MG) merupakan salah satu prosedur penyediaan nanozarah yang mesra alam kerana memiliki mekanisme pemanasan yang cepat dan seragam. Dalam kajian ini, teknik MG telah digunakan bagi menyediakan nanomangkin bagi pengurangan pencemaran air, khasnya untuk penurunan 4-nitrofenol (4-NP) dan penyahwarnaan metilena biru (MB). Untuk tujuan itu, nanozarah dwilogam (Ru-Sn) dan monologam (Ru, Pd) telah dibangunkan dan digunakan untuk penurunan 4-NP dan degradasi MB. Nanomangkin Ru/Al2O3 telah disediakan melalui kaedah MG. Kesan kuasa penyinaran, prosedur penyediaan dan penggunaan ejen penstabil telah dikaji dan menghubungkannya dengan struktur dan morfologi nanomangkin yang terhasil. Kaedah pencirian XRD, TEM, FESEM, XPS, TPR, FTIR dan SAXS telah dilakukan ke atas sampel. Dari kajian ini didapati bahawa, kuasa yang tinggi dengan penambahan polivinil pirolidon (PVP) menghasilkan morfologi dan struktur yang sesuai diaplikasikan sebagai mangkin yang dicirikan oleh sifat dimensi fraktal permukaan dan keadaan kimia logam yang terhasil. Bagi menghasilkan nanozarah dwilogam berkos rendah, Sn telah ditambahkan sebagai logam kedua. Nanozarah dwilogam Ru-Sn/Al2O3 belum pernah disediakan melalui kaedah MG dan tidak pernah diujikaji aktiviti pemangkinannya terhadap penurunan 4-NP sebelum ini. Bagi mendapatkan mangkin yang beraktiviti terbaik, laluan penyediaan bagi menyediakan Ru-Sn telah diubahsuai dan membandingkannya dengan kaedah pemanasan konvensional. Dalam kajian ini didapati bahawa, prosedur penyediaan monologam dan dwilogam berpenyokong mempunyai peranan penting untuk mengawal morfologi nanopartikel. Nanopartikel PVP-stabil didapati dalam bentuk sfera dengan dengan taburan saiz yang agak sekata. Impregnasi daripada koloid nanozarah bersama PVP kepada oksida penyokong alumina (Ru-Sn(PVP)) menghasilkan nanozarah yang tersebar lebih sekata berbanding penyediaan secara konvensional. Untuk aplikasi penyahwarnaan MB, nanozarah yang disokong di atas karbon teraktif telah disediakan. Nanozarah Ru/C, Pd/C dan Ru-Pd/C telah berjaya disediakan dengan teknik penurunan etanol tanpa menggunakan ejen penstabil. Prosedur ini dilakukan dengan menyesuaikan pH campuran dan pengawalan kandungan etanol sebelum tindak balas mikro gelombang dilakukan. Keputusan difraktogram XRD menunjukkan bahawa, satu fasa fcc struktur kristal Pd dan hcp Ru juga diperolehi tanpa proses penurunan menggunakan aliran H2. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa nanozarah yang disediakan menggunakan teknik mikro gelombang memiliki sifat pemangkinan yang lebih baik berbanding nanozarah yang disediakan oleh kaedah impregnasi konvensional. Kadar pemalar tindak balas bagi penurunan 4-NP menggunakan mangkin Ru-Sn(PVP) adalah paling tinggi berbanding mangkin yang disediakan tanpa PVP. Kadar pemalar tindak balas bagi penurunan 4-NP menggunakan mangkin dwilogam Ru-Sn menunjukkan peningkatan yang tinggi berbanding mono logam Ru/Al2O3. Ujian pemangkinan bagi pengurainan MB mendapati bahawa 5%Pd/C mempamerkan aktiviti mangkin yang lebih baik dibandingkan dengan 10%Ru/C. Penyahwarnaan MB dengan menggunakan 5%Pd/C sebagai mangkin mencecah sehingga 98% selepas 8 minit masa tindak balas, manakala menggunakan 10% Ru/C hanya mencapai 46% selepas 10 minit masa tindak balas. Dari penyelidikan ini disimpulkan bahawa teknik penyediaan menggunakan mikro gelombang dapat meningkatkan aktiviti nanozarah dalam aplikasi penurunan 4-nitrofenol dan degradasi MB.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectTeknik mikrogelombang
dc.subjectNanomangkin
dc.subjectDwilogam
dc.subjectNanoparticles
dc.titlePenyediaan, pencirian dan potensi aplikasi nanozarah mono dan dwilogam peralihan
dc.typeTheses
dc.format.pages138
dc.identifier.callnoRS201.N35A735 2017 tesis
dc.identifier.barcode002979(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97667+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.