Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499990
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mohd Razi Idris, Dr.-
dc.contributor.authorRoslaili Abdul Aziz (P63155)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:36:59Z-
dc.date.available2023-10-13T09:36:59Z-
dc.date.issued2017-05-15-
dc.identifier.otherukmvital:97631-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499990-
dc.descriptionKajian tanih sawah padi telah dijalankan di Kampung Tanah Merah, Ranau, Sabah. Tanih sawah di kawasan ini dipengaruhi oleh tanih ultrabes yang mengandungi kepekatan logam berat yang tinggi seperti Ni, Cr, dan Co. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengurangkan kesan langsung pengambilan logam berat bertoksik oleh tumbuhan padi di dalam tanih sawah tercemar ultrabes menerusi kaedah pemegunan in situ menggunakan zeolite klinoptilolit teraktif (ZKT). Kajian telah dijalankan pada tahun 2014 hingga 2015 menggunakan padi varieti tempatan, YTM 16 Sarawak Merah. Lima jenis rawatan ZKT digunakan (0, 250, 500, 750 & 1000 kg/ha) dalam petak sawah berkeluasan 5x5 m2. Peratusan kelodak dalam tanih sawah adalah 51.16±9.19%, lempung 30.23±9.31%, dan pasir 18.62±6.62%. Tekstur tanih didominasi tekstur lempung berkelodak dan lom lempung berkelodak. Bahan organik (BOT) tinggi dengan nilai purata 10.51±1.99 %, pH tanih sederhana berasid dengan purata 5.21±0.57, kekonduksian elektrik (KE) rendah dengan nilai purata 1.81 mS/cm, kapasiti pertukaran kation (KPK) sederhana pada purata 16.74±3.06 meq/100g, peratus ketepuan bes (KB) sangat tinggi, fosforus tersedia sangat rendah, magnesium dan kalium tersedia rendah, serta mengandungi SiO2 yang tinggi diikuti Fe2O dan Al2O3. Penambahan ZKT telah meningkatkan sedikit nilai pH tanih sawah yang sederhana berasid, mengurangkan KE, serta meningkatkan nilai KPK, % KB dan BOT berbanding sebelum rawatan. Peningkatan pH tanih sawah menyebabkan penurunan nilai kepekatan logam berat dalam fraksi tersedia terutama pada logam Mn, Co, Ni, Cu, Zn dan Cd pada rawatan 250-1000 kg/ha ZKT. Rawatan P2 (500 kg/ha ZKT) menunjukkan hasil optimum dengan peratus pengurangan kandungan logam berat tertinggi iaitu pada julat di antara 71.23-90.14%, kecuali Zn dan Pb. Indeks Igeo berkurang bagi logam Cr, Ni dan Mn. Indeks CF berkurang bagi Mn, Cu dan Co. Indeks Cdeg dan PLI menunjukkan kualiti tanih yang lebih baik dalam rawatan 500-750 kg/ha ZKT. Rawatan ZKT menunjukkan peningkatan fizikal dan kualiti hasil padi terutamanya di plot P2-P5 (dos 250-1000 kg/ha). Hasil padi yang optimum ditunjukkan pada rawatan P4 dan P5 iaitu tinggi pokok serta panjang tangkai, dan hasil padi daripada segi purata bilangan butir padi per malai dan butir padi bernas per pokok. Penggunaan ZKT berupaya memegunkan dan mengurangkan kepekatan semua logam berat yang dikaji kecuali Pb, meningkatkan kesuburan tanih dan merangsang pertumbuhan pokok padi. Rawatan tanih sawah dalam pasu dicemar dengan peratusan tanih ultrabes 0%, 20%, 40%, 60%, 80% dan 100% di Rumah Kaca UKM menunjukkan tumbesaran dan hasil padi berkurangan dengan penambahan peratusan tinggi tanih ultrabes. Nilai Igeo, CF, dan Cdeg rendah bagi rawatan 0-TU bagi semua jenis logam, manakala rawatan mengandungi tanih ultrabes memiliki indeks Igeo sederhana tercemar-tercemar, indeks CF dikelaskan sebagai rendah hingga sangat tinggi, indeks Cdeg tinggi hingga sangat tinggi dan PLI menunjukkan pencemaran rendah, dengan meningkatnya peratusan tanih ultrabes dalam ujikaji. Kepekatan logam berat dalam biji padi berada di bawah aras kritikal bagi semua ujikaji. Mn mempunyai nilai BAC, BCF dan TF yang tinggi, Co dan Cd mempunyai BAC dan BCF melebihi satu, manakala Cu serta Zn mempunyai BCF >1. Nilai TF rendah untuk semua jenis logam dalam semua ujikaji, kecuali Mn.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTanih sawah tercemar-
dc.subjectZeolit klinoptilolit teraktif-
dc.subjectSoils -- Heavy metal content-
dc.titlePemegunan in situ logam-logam berat terpilih dalam tanih sawah tercemar ultrabes menggunakan zeolit klinoptilolit teraktif-
dc.typeTheses-
dc.format.pages262-
dc.identifier.callnoTD879.H4R637 2017 tesis-
dc.identifier.barcode002967(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97631+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
379.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.