Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499971
Title: | Kajian prestasi sistem pengumpul suria hibrid fotovoltan terma multi-arah |
Authors: | Mohd Syahriman Mohd Azmi (P54532) |
Supervisor: | Mohd Yusof Hj. Othman, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Sistem pengumpul suria Fotovoltan Multi-arah Plat penyerap Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 22-May-2017 |
Description: | Sistem pengumpul suria hibrid fotovoltan terma (PV/T) multi-arah telah direka bentuk, dibina dan dikaji prestasinya. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan satu reka bentuk sistem yang mempunyai kecekapan dan prestasi yang lebih baik berbanding reka bentuk konvensional. Sistem ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu sistem PV/T dengan plat penyerap terma konfigurasi-Z dan sistem pengumpul suria multi-arah (PSMA) dengan plat penyerap terma bersilang. Pengumpul suria terma yang direka di dalam sistem ini dipanggil pengumpul suria multi-arah kerana sinaran matahari bukan sahaja dapat menembusi bahagian atas pengumpul suria tetapi juga bahagian tepi dan sisinya. Keadaan ini akan meningkatkan jumlah haba yang akan diserap oleh plat penyerap. Plat penyerap terma bersilang pula digunakan dalam sistem pengumpul suria multi-arah kerana ia dapat disusun secara bertingkat-tingkat. Enam set plat penyerap terma bersilang digunakan dalam sistem ini. Sistem PV/T aliran udara pula menggunakan plat penyerap terma konfigurasi-Z, di mana ia diletakkan di bahagian bawah modul fotovoltan (PV). Tenaga haba yang terhasil dari sistem PV/T konfigurasi-Z ini digunakan sebagai pra pemanasan sebelum udara panas ini dialirkan ke pengumpul suria multi-arah. Manakala tenaga elektrik pula digunakan untuk menggerakkan kipas pengudaraan. Kedua-dua sistem PV/T konfigurasi-Z dan sistem PSMA ini diuji dan dibandingkan dengan sistem konvensional. Perbandingan ini dilakukan di dalam ujikaji makmal dengan keamatan sinaran suria dan kadar aliran jisim udara yang telah ditetapkan. Daripada eksperimen tersebut didapati prestasi dan kecekapan sistem PV/T konfigurasi-Z dan sistem PSMA adalah lebih baik daripada sistem konvensional. Gabungan sistem PV/T konfigurasi-Z dan sistem PSMA kemudiannya diuji keberkesanannya di lapangan iaitu di bawah keamatan sinaran suria harian sebenar. Hasilnya kecekapan elektrik yang terjana dari sistem PV/T konfigurasi-Z berada dalam lingkungan 3.88% hingga 4.28%. Manakala kecekapan keseluruhan sistem PV/T konfigurasi-Z berada pada julat 35% hingga 50%. Bagi sistem PSMA pula, suhu output yang terjana adalah antara 32.0 ºC hingga 45.0 ºC, di mana kecekapan terma PSMA berada dalam lingkungan 50% hingga 70%. Kesimpulannya, kajian ini mendapati sistem pengumpul suria hibrid fotovoltan terma (PV/T) multi-arah telah mencapai matlamat pembinaannya dan ia amat sesuai digunakan untuk industri pengeringan secara kendiri. Pengeringan menggunakan kaedah alternatif ini adalah sangat ringkas, inovatif dan mudah diselenggara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 112 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96859+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 476.67 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.