Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499957
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Yusof Hj. Othman, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Faridah Hussain (P46932) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:36:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:36:36Z | - |
dc.date.issued | 2016-04-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:96641 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499957 | - |
dc.description | Suhu yang panas melebihi 25 °C akan mengakibatkan kuasa elektrik panel fotovoltan (PV) menurun. Bendalir sama ada udara atau air yang dilalukan di bahagian belakang panel PV serta gabungan penyerap haba mampu menurunkan suhu panel dan meminimumkan kehilangan kuasa elektrik. Bendalir akan membawa haba keluar daripada sistem. Teknologi ini dikenali sebagai sistem pengumpul suria fotovoltan/terma (PV/T). Ianya mampu menghasilkan kedua-dua tenaga elektrik dan tenaga haba secara serentak dalam satu sistem pengumpul bersepadu. Kajian PV/T telah dilaksanakan sejak 40 tahun yang lepas. Pelbagai rekabentuk penyerap haba telah dikaji. Kajian ini membina dan menganalisa sistem PV/T aliran tunggal dan udara digunakan sebagai medium untuk mengalirkan haba keluar dari sistem. Bahan penyerap haba yang dikaji mempunyai reka bentuk sarang lebah. Dalam kajian ini, panel fotovoltan mempunyai dua fungsi secara serentak. Fungsi utamanya adalah untuk menukarkan sinaran suria kepada tenaga elektrik. Manakala fungsi sampingannya adalah bertindak sebagai pengumpul plat datar yang penyerap tenaga haba daripada sinaran suria. Didapati reka bentuk sarang lebah mempunyai luas permukaan sentuhan yang besar berada di bahagian belakang panel fotovoltan dan saluran udara. Oleh yang demikian lebih banyak tenaga haba boleh dipindahkan dari panel fotovoltan ke udara yang bergerak keluar dari sistem pengumpul. Akibatnya suhu panel fotovoltan menurun dengan lebih berkesan. Bahagian sisi dan bawah pengumpul ditebat dengan penebat terma. Sistem pengumpul PV/T yang direka diuji prestasinya di makmal dengan menggunakan simulator suria dengan keamatan sinaran di antara 391 W/m2 hingga 828 W/m2. Kadar aliran jisim yang terlibat semasa ujian adalah di antara 0.020 kg/s hingga 0.113 kg/s. Hasil kajian ini mendapati pada keamatan sinaran 828 W/m2 kecekapan elektrik sistem adalah 7.2%, manakala kecekapan terma maksimum pengumpul adalah 86.9 %. Model matematik juga telah dibina untuk meramal prestasi sistem. Keputusan analisis teori yang dihasilkan bersesuaian dengan keputusan eksperimen yang dilakukan di makmal. Pengumpul suria yang dibina mempunyai kecekapan keseluruhan yang lebih baik berbanding reka bentuk terdahulu dalam kumpulannya. Dari segi ekonomi impak, kaedah fabrikasinya lebih ringkas dan sesuai untuk disepadukan dengan reka bentuk bangunan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Penyerap haba | - |
dc.subject | Fotovoltan | - |
dc.subject | Photovoltaic power generation | - |
dc.title | Penilaian prestasi pengumpul suria fotovoltan/terma laluan tunggal dengan penyerap haba berbentuk sarang lebah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 188 | - |
dc.identifier.callno | TK1087.F346 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002757(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96641+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 246.78 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.