Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499954
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roohaida Othman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Chong Huei Li (P45126) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:36:34Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:36:34Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:96610 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499954 | - |
dc.description | Iota-karaginan merupakan sejenis fikokoloid yang digunakan secara meluas sebagai agen pengemulsi, penstabil dan pengelan dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Di mana, Eucheuma denticulatum merupakan sumber rumpai laut utama dalam penghasilan iota-karaginan. Tapak jalan utama biosintesis karaginan dipercayai bermula daripada metabolisme karbohidrat D-galaktosa dengan penghasilan UDPgalaktosa daripada UDP-glukosa yang dikatalisiskan oleh UDP-glukosa pirofosforilase (UGPase; EC 2.7.7.9). Manakala, sulfohidrolase pula memainkan peranan penting dalam memangkinkan penukaran nu-karaginan kepada iota-karaginan dalam langkah akhir tapak jalan biosintesis karaginan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk memencil dan menciri klon cDNA mengekodkan UGPase (EdUGP) dan sulfohidrolase (EdSH) daripada E. denticulatum seterusnya mengkaji fungsi enzim UGPase dan sulfohidrolase melalui pengekspresan protein rekombinan dalam Escherichia coli. Dalam kajian ini, klon cDNA EdUGP dan EdSH masing-masing bersaiz 1554 pb dan 1264 pb telah berjaya dipencilkan. Analisis ke atas klon cDNA EdUGP menunjukkan ia mengekodkan satu jujukan polipeptida bersaiz 54.29 kDa dengan nilai pI putatif 7.05. Protein rekombinan UGPase jenis liar dan varian UGPase telah berjaya diekspreskan sebagai protein jasad terlarut menggunakan vektor pengekspresan pQE-2 dan ditulenkan. Protein rekombinan UGPase jenis liar kemudiannya dilakukan pencirian kinetik enzim dan aktiviti pirofosforilase didapati optimum pada pH 7.6 dan suhu 37 °C dengan mempunyai aktiviti spesifik sebanyak 0.44 U/mg. Nilai Km enzim tersebut bagi PPi dan UDP-glukosa pula masing-masing bernilai 191 μM dan 121 μM. Rekombinan UGPase jenis liar didapati tidak aktif apabila menggunakan UDP-galaktosa sebagai substrat. Hasil mutasi substitusi untuk Lisina-481 (K481A) menunjukkan peningkatan aktiviti sebanyak 10% berbanding UGPase liar dengan nilai Km enzim bagi PPi dan UDP-glukosa dua kali lebih rendah daripada UGPase liar. Mutasi delesi ke atas 11 residu asid amino pada hujung-C (Ccut11) menunjukkan penurunan aktiviti berbanding UGPase liar. Manakala, analisis ke atas jujukan cDNA EdSH menunjukkan EdSH mengekodkan satu jujukan polipeptida berberat molekul 37.21 kDa dengan nilai pI jangkaan 9.49. Hasil penjajaran jujukan asid amino tertranslasi EdSH menunjukkan terdapat persamaan dengan jujukan asid amino sulfohidrolase II Chondrus crispus. Protein rekombinan sulfohidrolase juga telah berjaya diekspreskan dengan menggunakan vektor pengekspresan pQE-2 dan ditulenkan. Hasil pengasaian ke atas protein rekombinan sulfohidrolase separa tulen ke atas substrat p-nitrofenilsulfat menunjukkan aktiviti enzim adalah optimum pada pH 6, suhu 37 °C dengan aktiviti spesifik sebanyak 60.5 U/mg serta nilai Km iaitu 54 mM dan Vmax adalah 222 mM min-1. Kajian ini berjaya mencirikan cDNA bagi enzim kekunci dalam penghasilan karaginan iaitu UGPase dan sulfohidrolase. Hasil kajian ini menyumbang terhadap pemahaman yang lebih mendalam mengenai enzim yang terlibat dalam biosintesis iota-karaginan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Karaginan | - |
dc.subject | Molecular cloning | - |
dc.title | Analisis klon cDNA yang mengekod udp-glukosa pirofosforilase dan sulfohidrolase dalam tapak jalan biosintesis karaginan Eucheuma denticulatum | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 142 | - |
dc.identifier.callno | QH442.2.C495 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002752(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96610+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 306.24 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.