Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499952
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohd Fadly Haji Lamri (P55917)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:36:33Z-
dc.date.available2023-10-13T09:36:33Z-
dc.date.issued2016-04-05-
dc.identifier.otherukmvital:96543-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499952-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bagi melihat potensi spesies bakteria gelatinase untuk mengesan kehadiran gelatin babi di dalam sesuatu sampel. Sebanyak 14 sampel (n=14) yang berbeza sumber telah dikenalpasti bagi pencarian ini yang terdiri daripada sumber-sumber berasaskan tanah (9), kulit haiwan (3), najis haiwan (1) dan air (1). Ujian saringan dijalankan menggunakan medium asas yang ditambah 3 % (w/v) gelatin babi, lembu dan ikan. Sejumlah 270 bakteria yang dikenali sebagai gelatinase diasingkan daripada medium bercampur gelatin. Daripada jumlah tersebut, 10 pencilan bakteria dipilih kerana menunjukkan aktiviti hidrolisis terhadap gelatin babi dengan membentuk zon lingkaran yang jelas dan pencilan tersebut dinamakan sebagai pencilan G1 hingga G10. Pencirian bakteria gelatinase dilakukan dengan menumbuhkan koloni-koloni di atas plat medium yang mengandungi substrat gelatin yang berbeza peratus kepekatan (1, 3, 5 % (w/v)), pH (pH4 hingga 10) dan ditumbuhkan pada suhu yang berbeza (28 oC, 37 oC, 45 oC, 55 oC, 65 oC). Didapati suhu 37 oC dan pH7 adalah suhu dan pH yang optimum untuk pertumbuhan gelatinase bakteria di atas medium yang mengandungi gelatin sebagai substrat. Kesemua 10 koloni bakteria (G1 hingga G10) telah dikenal pasti menggunakan Biolog GEN III dan analisis separa jujukan 16s rDNA. Penjujukan DNA bagi kesemua 10 bakteria telah dijana menggunakan program BLAST secara talian dan menemui spesies pencilan G1; Uncultured bacterium clone 416, pencilan G2; Enterobacter sp. N11-24a, pencilan G3; Bacillus subtilis AB30, pencilan G4; Bacillus cereus strain JSYM6, pencilan G5; Providencia rettgeri strain SNCO1-1A, pencilan G6; Lysinbacillus sp.E15, pencilan G7; Bacillus sp. Enrichment culture clone MJJ-13, pencilan G8; Staphylococcus sp. NR7, pencilan G9; Pseudomonas otitidis strain R6-410 dan pencilan G10; Bacterium NLAE – z1-H346. Penjujukan DNA keseluruhan genom juga telah dilakukan dalam usaha penyelidikan lanjut tetapi hanya dua pencilan sahaja yang terpilih iaitu G2 dan G6. Manakala lapan pencilan bakteria selebihnya (G1, G3-G5 dan G7-G10) mempunyai ciri hidrolisis terhadap ketiga-tiga jenis substrat gelatin (babi, lembu, ikan) diabaikan. Penjujukan keseluruhan DNA untuk dua pencilan tersebut dipilih kerana ciri unik terhadap bakteria tersebut di mana pencilan G2 mempunyai aktiviti yang tinggi terhadap babi dan ikan manakala G6 memberikan tindakbalas terhadap babi dan lembu. Seterusnya penulenan enzim dilakukan ke atas 10 pencilan bakteria dengan menggunakan kaedah pemendakan ammonium sulfat. Pengkhususan umum terhadap gelatin babi diperolehi melalui aktiviti-aktiviti enzim ke atas G2 dan G6 setelah dibandingkan dengan gelatin lembu dan gelatin ikan dengan bacaan 6.83 ± 1.5 U/ml untuk G2 dan 9.12 ± 2.6 U/ml terhadap G6. Pengukuran berat molekul protein pula memberikan jisim molekul enzim 24.53 kDa bagi G2 dan 123.35 kDa bagi G6. Pengaplikasian terhadap produk-produk berasaskan gelatin yang terdiri daripada kapsul, krim kek, yogurt dan puding juga telah dilakukan pada kepekatan substrat 1 % (w/w), keputusan menunjukkan bahwa aktiviti enzim bagi produk yang mengandungi gelatin babi adalah lebih tinggi berbanding lembu dan ikan. Rumusan keseluruhan bagi kajian ini adalah tiada bakteria yang khusus terhadap gelatin babi ditemui namun maklumat kombinasi gelatin lembu dan ikan iaitu G2 bagi babi dan ikan manakala G6 untuk babi dan lembu boleh digunakan sebagai petunjuk bagi pengesanan gelatin babi di dalam aplikasi makanan atau farmaseutikal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGelatin babi-
dc.subjectBakteria gelatinase-
dc.subjectPencilan-
dc.subjectGelatin-
dc.titlePemencilan, pengenalpastian dan aktiviti enzim bagi bakteria gelatinase terhadap pengesanan gelatin babi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages203-
dc.identifier.callnoQP551.M834 2016 tesis-
dc.identifier.barcode002747(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96543+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
162.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.