Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499948
Title: Kajian struktur dan sifat kinetik untuk enzim nerol dehidrogenase (PmNeDH) daripada Polygonum minus
Authors: Tan Cheng Seng (P57247)
Supervisor: Zamri Zainal, Prof. Dr.
Keywords: Kinetik
Enzim
Polygonum minus
Sitral
Polygonum
Issue Date: 8-Oct-2016
Description: Tapak jalan degradasi geraniol telah lama dikaji pada mikroorganisme melalui kaedah biopertukaran, akan tetapi tapak jalan yang sama masih kurang difahami pada tumbuhan. Satu cDNA baru yang mengekodkan kepada enzim nerol dehidrogenase, dikenali sebagai PmNeDH, telah dipencilkan daripada herba beraroma Polygonum minus. PmNeDH merupakan enzim oksidoreduktase berhomodimer dan bergantungan kepada NADP(H) (~ 95 kDa) yang tergolong pada superfamili MDR (dehidrogenase/reduktase berantai sederhana), di mana memangkinkan pengoksidaan pada tindak balas pertama tapak jalan degradasi geraniol untuk penghasilan sitral. Analisis kinetik enzim menunjukkan bahawa rekombinan PmNeDH mempunyai kespesifikan yang sangat khusus terhadap alkohol primer beralilik dengan tulang belakang tidak melebihi 10 karbon. PmNeDH mempunyai keafinan tertinggi terhadap nerol (Km 0.165 mM) berbanding dengan isomer geometriknya geraniol (Km 0.446 mM). Walaupun PmNeDH dan geraniol dehidrogenase (GeDH) memangkinkan tindak balas yang sama, akan tetapi tiada GeDH yang dilaporkan setakat ini menunjukkan keafinan yang lebih tinggi terhadap nerol mencadangkan bahawa PmNeDH mungkin telah berevolusi untuk mengoksidakan nerol dengan lebih cekap untuk penghasilan sitral dalam P. minus. Struktur hablur rekombinan PmNeDH (beresolusi 1.54 Å) meunjukkan persamaan yang tinggi dengan struktur enzim lain daripada superfamili MDR. Kajian ini telah menggunakan struktur tiga dimensi PmNeDH sebagai rujukan untuk menjanakan beberapa struktur enzim menyerupai PmNeDH bagi menjelaskan hubungan di antara kespesifikan substrat dan penggantian asid amino tapak aktif pada mutan. Analisis kinetik terhadap PmNeDH dan beberapa mutan tapak aktif menunjukkan bahawa kespesifikan substrat PmNeDH boleh diubah dengan menukarkan mana-mana residu tapak aktif yang terpilih (Ala303, Asp280 dan Leu294). Keafinan mutan L294F, A303F dan A303G terhadap nerol telah menurun dan mempunyai keafinan tertinggi terhadap geraniol. Mutan D280A mempunyai keafinan yang sama untuk nerol dan geraniol, tetapi menunjukkan julat substrat yang lebih luas berbanding dengan mutan lain dan PmNeDH. Kajian ini menunjukkan bahawa PmNeDH telah berevolusi untuk mengecamkan nerol berkonfigurasi cis dengan optimum pada P. minus dan hasil kajian juga membekalkan pandangan baru terhadap kespesifikan substrat enzim daripada famili ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 194
Call Number: QK495.P78T335 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96534+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
365.57 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.