Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499919
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Ambar Yarmo, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Alinda Samsuri (P69269) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:36:11Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:36:11Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:85987 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499919 | - |
dc.description | Penggunaan berterusan bahan api fosil untuk memenuhi permintaan tenaga dunia telah meningkatkan kepekatan karbon dioksida di atmosfera sekitar 404.83 ppm yang seterusnya mengakibatkan pemanasan global yang serius. Untuk itu, hidrogen dikenalpasti sebagai tenaga alternatif yang akan menggantikan kebergantungan manusia terhadap bahan api fosil. Dalam kajian ini, teknik penghasilan hidrogen daripada pembelahan molekul air (H2O) secara kitaran dua langkah (penurunan-pengoksidaan) dengan bantuan mangkin dan gas karbon monoksida (CO) dilakukan. Bermula dengan pemilihan mangkin menggunakan pendekatan termodinamik, didapati mangkin MoO3 sangat berpotensi untuk menghasilkan hidrogen pada suhu penurunan (ΔG = -113 kJmol-1) dan pengoksidaan (ΔG = +112 kJmol-1) sekitar 700 °C. Penurunan MoO3 menggunakan gas CO dilakukan bagi mendapatkan MoO3 terturun sebelum penghasilan hidrogen dilakukan. Mangkin MoO3 sahaja memberikan peratus hasil hidrogen yang rendah iaitu sebanyak 23.7% berbanding peratus teori sebanyak 50.0% menyebabkan penambahan logam lain diperlukan. Peratus hasil hidrogen selepas penambahan logam lain adalah seperti berikut: 3% Rh/MoO3 (28.1%) > 3% Zr/MoO3 (26.6%) > 3% Cu/MoO3 (24.8%) > MoO3 (23.7%) > 3% Mg/MoO3 (21.7%) > 3% Ag/MoO3 (17.6%). Analisis BET menunjukkan penambahan 3 bt. % Rh telah mengurangkan luas permukaan dan isipadu liang MoO3 dan ini membuktikan bahawa logam Rh bertindak sebagai tapak aktif utama disamping logam Mo. Analisis XRD tidak menunjukkan sebarang puncak pembelauan Rh pada mangkin 3% Rh/MoO3 disebabkan kuantitinya yang kecil, namun analisis pemetaan FESEM-EDX menunjukkan penyerakan sekata partikel logam Rh di atas permukaan MoO3. Penambahan secara fizikal pelbagai bahan penyokong dilakukan bagi meningkatkan aktiviti pemangkinan. Penggunaan penyokong Al2O3 kristalin dilihat memberi kesan aktiviti penghasilan hidrogen tertinggi bagi mangkin Rh/MoO3-Al2O3 (K) (27.8%). Analisis FESEM menunjukkan partikel logam 3% Rh/MoO3 terserak dengan sekata di antara penyokong Al2O3 kristalin. Penyokong Al2O3 kristalin sangat menyumbang kepada peratus hasil hidrogen yang lebih baik berbanding penyokong Al2O3 amorfus secara mengurangkan kesan pensinteran mangkin Rh/MoO3-Al2O3 (K). Pengoptimumam terhadap sistem mangkin (3% Rh/MoO3)-50% Al2O3 (K) mendapati kesan keadaan penurunan, suhu pembelahan molekul air, aliran gas pembawa wap air dan muatan mangkin merupakan faktor yang sangat mempengaruhi aktiviti mangkin. Keadaan optimum bagi tindak balas penghasilan hidrogen (45.2%) boleh dicapai dengan menggunakan mangkin (3% Rh/MoO3)-50% Al2O3 (K) pada suhu 700 °C dan kadar aliran gas pembawa wap air 10 mLmin-1. Kajian mendapati bahawa mangkin (3% Rh/MoO3)-50% Al2O3 (K) boleh dijana semula sehingga empat kali dengan mengekalkan purata peratus hasil hidrogen sebanyak 45.2% selepas 250x dos wap air (10.4 μmol/dos). Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa mangkin (3% Rh/MoO3)-50% Al2O3 (K) merupakan mangkin baru yang sangat berpotensi digunakan dalam penghasilan hidrogen dengan syarat mempunyai bekalan CO yang berterusan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hidrogen | - |
dc.subject | Molekul air | - |
dc.subject | Pemangkinan | - |
dc.subject | Molibdenum oksida | - |
dc.subject | Karbon dioksida | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penghasilan hidrogen daripada tindak balas pembelahan molekul air menggunakan mangkin berasaskan molibdenum oksida | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 286 | - |
dc.identifier.barcode | 002676(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85987+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 586.08 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.