Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499916
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaidi Che Cob, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Guan Wan Shi (P59724) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:36:09Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:36:09Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:85985 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499916 | - |
dc.description | Di kawasan hamparan rumput laut poliket merupakan taksa invertebrat yang paling pelbagai dan melimpah, maka memahami populasinya adalah sangat penting bagi pengurusan ekosistem. Kajian ini dijalankan di dua hamparan rumput laut utama pada estuari Sungai Pulai, iaitu Beting Merambong dan Beting Tanjung Adang. Terdapat empat objektif utama dalam kajian ini: i) untuk memperihal, menyediakan senarai semak dan membina kekunci taksonomi bagi poliket yang berasosiasi dengan habitat rumput laut ii) untuk menentukan variasi spatial poliket di Beting Merambong, iii) untuk menentukan variasi temporal poliket di Beting Merambong, iv) untuk menentukan kepelbagaian, kelimpahan dan "feeding guild" poliket di Beting Merambong dan Beting Tanjung Adang. Poliket disampel dengan menggunakan tiub pengorek PVC yang berdiameter 10 cm, yang dijalankan apabila hamparan rumput laut terdedah semasa air surut perbani terendah. Sejumlah 56 genus daripada 35 famili poliket telah berjaya dikenalpasti. Famili Spionidae mempunyai bilangan genus tertinggi yang termasuk Aonides, Laonice, Polydora and Prionospio. Dari segi kelimpahan, genus Mediomastus menunjukkan kelimpahan yang paling tinggi, diikuti oleh Aonides, Platynereis and Glycera. Untuk kajian variasi spatial, analisis PERMANOVA (Analisis multivariat varians pilihan aturan) dan nMDS (penskalaan multidimensi bukan-metrik) menunjukkan himpunan poliket di antara bahagian timur, tengah dan barat Beting Merambong mempunyai perbezaan yang ketara (P < 0.05). Purata bilangan spesies dan bilangan individu tertinggi telah direkod pada bahagian tengah; dan indeks kepelbagaian (H'), indeks kekayaan (d), indeks kesamarataan (J') dan indeks kedominanan (D) yang tertinggi direkod di bahagian barat beting. Analisis DISTLM, model linear untuk analisis multivariat bersandarkan jarak menunjukkan bahawa saliniti dan oksigen terlarut air liang, potensi redoks, Cr, O&G, n-alkana, PAH dan OM sedimen, jumlah litupan rumput laut ,tanah liat dan pasir sangat halus mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap struktur himpunan poliket. Perbandingan di antara Beting Merambong dan Beting Tanjung Adang menunjukkan bilangan spesies, bilangan individu, H' dan d adalah lebih tinggi di Beting Merambong manakala J' dan D adalah lebih tinggi di Beting Tanjung Adang (ujian-t, P< 0.05). Analisis PERMANOVA dan nMDS dengan jelas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi himpunan poliket di antara kedua-dua kawasan persampelan. Analisis DISTLM diikuti dengan ujian sequential menunjukkan bahawa jumlah litupan makrofit bentik dan pasir sangat halus kekal signifikan korelasi dengan kelimpahan poliket. Kajian variasi temporal di Beting Merambong menunjukkan purata kelimpahan poliket berjulat daripada 2675.16 ± 538.96 ind/m2 pada bulan Mei 2013 hingga 6445.86 ± 611.73 ind/m2 pada bulan Oktober 2012. Kelimpahan poliket adalah lebih tinggi dengan ketara pada musim hujan apabila dibandingkan dengan musim kering (ANOSIM, P < 0.05). Julat nilai indeks Biotik Marin AZTI (AMBI) adalah di antara 2.19 ± 0.14 hingga 2.62 ± 0.17, dan kedua-dua Beting Merambong dan Tanjung Adang telah dikelaskan sebagai sedikit tercemar. Kesimpulannya, senarai kekunci taksonomi poliket di hamparan rumput laut telah berjaya dibina dan dikenalpasti. Selain daripada itu, keputusan yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa parameter persekitaran yang berbeza mungkin mempunyai pengaruh ke atas struktur komuniti dan himpunan poliket di kawasan kajian.Walau bagaimanapun kajian lanjutan termasuk biologi amat penting dan diperlukan untuk lebih memahami fauna invertebrat ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Poliket | - |
dc.subject | Rumput laut | - |
dc.subject | Taksonomi | - |
dc.subject | Fauna invertebrat | - |
dc.subject | Ekosistem | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kepelbagaian dan ekologi poliket dari hamparan rumput laut pada estuari Sungai Pulai, Selat Johor, Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 366 | - |
dc.identifier.barcode | 002674(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85985+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 689.86 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.